Laluan Maut!
Oh! Krai Utara
Laluan Gua Musang, Kuala Krai dilabel ‘sakaratul maut
GUA MUSANG – Laluan Gua Musang Kuala Krai menjadi laluan ‘sakaratul maut’ apabila dikesan antara penyumbang utama jumlah 6,200 hinga 6,300 kematian jalan raya dicatatkan di seluruh negara setiap tahun.
:Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, tahun ini sahaja sebanyak 18 kematian dicatatkan.
:Menurutnya, peningkatan kes menyebabkan JPJ mengambil inisiatif untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik yang mana kawasan yang kerap berlaku kemalangan yang dikenali sebagai ‘black spot’ yang mana telah mengakibatkan dua kematian mengikut tahun 2006 akan dipasang dengan kamera.
“Kamera yang dipasang akan merakam plat kenderaan serta imej pemandu dan maklumat akan terus sampai ke ibu pejabat dan dalam tempoh dua hari, mereka yang melakukan kesalahan akan menerima surat saman.
“Sebanyak 11 kawasan telah dikenal pasti untuk dipasang dengan kamera antaranya di KM13.8, KM38, KM63, KM22.2 dan Gua Musang ke Kuala Krai ada lima kawasan yang mana terdapat satu kawasan di Felda Aring, Gua Musang Kuala Lipis terdapat empat kawasan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Satu Komuniti Satu JPJ di Dataran Kebudayaan Kesedar Tiga, semalam.
:Menurutnya, selain pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik, JPJ juga akan membuat rondaan 24 jam bagi mengenal pasti kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna jalan raya.
“Laluan Gua Musang sentiasa sibuk yang mana hujung minggu bagi Kelantan adalah pada hari Jumaat dan bagi negeri di Pantai Barat hujung minggu mereka adalah pada Sabtu dan Ahad dan di sini kita dapat lihat walau pun cuti hujung minggu, tetapi ramai penduduk Kelantan yang menetap di Kuala Lumpur mengambil peluang untuk pulang dan begitu juga yang berada di Kelantan akan ke Kuala Lumpur.
“Keadaan ini menjadikan empat hari dalam tempoh satu minggu keadaan jalan di Gua Musang Kuala Krai menjadi sibuk , apatah lagi sekiranya tiba cuti umum,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan