Poland berkabung kematian Presiden Lech Kaczynski
Oh! Krai Utara
WARSAW - Keranda berisi mayat Presiden Poland, Lech Kaczynski selamat tiba di Warsaw semalam, sehari selepas beliau dan 95 lagi maut dalam nahas udara di barat Rusia, kelmarin.
Ketibaan keranda mendiang disambut saudara kembar Kaczynski, Jaroslav Kaczynski, pemangku Presiden Bronislaw Komorowski, Perdana Menteri, Donald Tusk dan beberapa pegawai kerajaan lain di lapangan terbang tentera di ibu kota.
Beribu-ribu rakyat Poland memenuhi Istana Presiden di Warsaw untuk menghadiri upacara perkabungan ke atas Kaczynski dan mangsa lain.
Selain Kaczynski, turut terbunuh dalam nahas itu adalah isteri beliau, Maria dan beberapa pegawai kanan kerajaan dan ahli Parlimen Poland.
Gereja seluruh negara turut dihadiri beribu-ribu penduduk Poland yang datang meletakkan jambangan bunga, menyalakan lilin dan berdoa.
Tusk menyifatkan tragedi kali ini sebagai peristiwa paling tragik pernah melanda Poland selepas era Perang Dunia Kedua.
Turut maut dalam nahas adalah Ketua Turus Tentera dan Pengerusi Bank Negara. - Pic ihsan
guardian.co.uk
0 ulasan:
Catat Ulasan