Ku li, tiada dalam senarai calon umno.....? Biar betoi

Oh! Krai Utara

Share

Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum dengan tekad untuk menamatkan kuasa Umno Barisan Nasional (BN), yang ramai ialah orang-orang seperti saya — orang-orang yang tidak hebat, tidak berbakat dan tak pernah lelah memendam hasrat untuk menghambat Umno BN yang jahat.Namun, sebodoh mana pun orang-orang yang mudah dipersetankan seperti saya, kamilah yang paling memerlukan negara ini. Kami tak ada pelajaran dan tak ada wang yang memungkinkan kami membawa anak isteri kami berhijrah ke tempat lain. Sebab itulah, kamilah yang lebih memerlukan negara ini ditadbir dengan lebih baik, kalaupun tidak terbaik.Kerana kita yang dhaif dan lemah inilah yang lebih memerlukan negara ini, marilah kita yang tidak hebat ini buat apa yang dapat. Kita buat apa yang termampu untuk memastikan negara kita merdeka dari cengkaman Umno BN.Bercakap fasal pilihan raya, berlegar khabar bahawa Tengku Razaleigh Hamzah tidak ada dalam senarai calon Umno BN. Mungkin auta. Tapi, boleh jadi benar.Bila tersiar khabar Ku Li tak ada dalam senarai Umno BN, seorang kawan berharap agar tidak ada pemimpin PAS yang gatal hendak mengusung Ku Li sebagai calon Perdana Menteri pula. Semua itu hanya mengundang pecah belah yang akhirnya menguntungkan Umno BN.Tolonglah hentikan kelaku jahat kencing atas kepala rakyat.penarikbeca15.blogspot.com

Read More - Ku li, tiada dalam senarai calon umno.....? Biar betoi

Artis sokong aisyah menangi pru ini! Umno tentu irihati

Oh! Krai Utara

Share

KUALA LUMPUR: Penulis lirik dan pelakon Bob Lokman menyokong penuh keputusan PAS meletakkan penyanyi Aishah untuk bertanding di Parlimen Jempol pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).Beliau berkata, Aishah (gambar)sangat sesuai dicalonkan kerana beliau seorang yang berpelajaran tinggi ditambah pula faktor beliau sebagai selebriti yang dikenali ramai.Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Jurusan Sains Politik dari Universiti of Auckland, New Zealand."Ya, saya memang sokong dan mesti sokong sebab Aishah seorang yang berpelajaran. Kalau dia sekadar artis tapi tak berpelajaran, saya tak berapa sokonglah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.Aishah yang terkenal dengan lagu 'Janji Manismu' diumumkan akan bertanding di Jempol oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Taman Melewar Rabu lalu.Bob juga berkata, beliau dan rakan artis yang lain akan membantu memberikan sokongan dan turun membantu Aishah berkempen di Jempol."Kami rakan-rakan artis memberi sokongan penuh kepada Aishah. Kami mesti turun...mesti turun bantu Aishah (berkempen)," katanya sambil menyeru masyarakat khususnya ahli PAS memberikan sokongan padu kepada Aishah.Dalam pada itu, beliau menambah, Aishah akan 'selamat' jika tetap berpegang kepada ajaran Islam selepas menjadi wakil rakyat nanti."Saya menyokong sahabat artis yang bertanding kerana bukan sahaja kita menyokong untuk Aishah tapi untuk Islam juga."Tapi Aishah kena ingat, dia kena bezakan Melayu dan Islam. Melayu dan Islam banyak bezanya. Jadi wakil rakyat ini kena berpegang dengan Islam. Selagi Aishah berpegang dengan Islam dia akan boleh bertahan," kata Bob Lokman (gambar kanan)Menurut sumber, masyarakat setempat khususnya wanita menyokong penuh Aishah bertanding di Jempol. Menurut mereka, Aishah mempunyai peluang yang sangat cerah berbanding tokoh-tokoh PAS yang lain.Ini kerana Jempol adalah kubu Umno dan hanya orang seperti Aishah mampu memecahkan kubu itu."Dengan kekuatan jentera PAS di sini dan bantuan tenaga dari para artis, saya yakin Aishah boleh menang," kata salah seorang dari mereka yang menghubungi Harakahdaily.Pada pilihan raya umum 2008 calon BN Datuk Lilah Yasin menang dengan majoriti 12,320 undi mengalahkan calon PAS, Siti Meriam Naan.BN menguasai lima daripada lapan kerusi parlimen di negeri itu, sementara DAP pula menang dua kerusi dan PKR satu kerusi.

Read More - Artis sokong aisyah menangi pru ini! Umno tentu irihati

Penyokong umno berpaling tadah!

Oh! Krai Utara

Share

Jangan tidak percaya...Penyokong tegar UMNO/BN sanggup pasang bendera PKR/DAP/PAS secara sukarela.Ini dinamakan apabila rakyat cerdik dia akan bangkit dan UMNO pasti sakit!!!!!Para pemimpin UMNO kalau nampak ni boleh pitam pengsan.Siapa sangka kejadian ajaib tapi benar ini boleh berlaku ketika tarikh pembuangan undi PRU 13 semakin hampir tiba.BERI DUIT REMBAT... BERI KAIN PELIKAT PAKAI... BERI GULA KACAU... BERI BERAS TANAK...UNDI TETAP KEPADA PAKATAN RAKYAT

Read More - Penyokong umno berpaling tadah!

Harakah percoma untuk pencacai bn umno mangkuk hayun

Oh! Krai Utara

Share

Lebih 2,000 daftar e-paper Harakah percuma

KUALA LUMPUR: Tindakan Harakah mengadakan langganan percuma e-paper http://epaper.harakah.net.mykelmarin mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih 2,000 pengguna mendaftar dalam tempoh sehari ia dibuka.Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar memberitahu, bahagian IT Harakah yang menguruskan pengaktifan akaun percuma e-paper ini menerima banyak pertanyaan berhubung cara untuk melanggan sejak dibuka.Tatacara mengaktifkan langganan percuma sempena PRU13 bagi pengguna yang masih mempunyai akaun yang aktif:Log masuk ke akaunDi bahagian Add/Renew subscription - Membership *pilih jenis langganan Langganan Percuma Sempena PRU13Klik butang OrderLangganan percuma tersebut akan ditambah ke akaun anda secara automatik - lihat di bahagian Your SubscriptionSekiranya anda belum mempunyai akaun e-paper, sila kemuka hadapan laman web e-Paper dan klik Signup here. Isikan borang dengan maklumat seperti yang dikehendaki dan klik Continue. Seterusnya log masuk ke akaun dan ikuti langkah 1 hingga 4 seperti di atas. Seterusnya, anda bolehlah melayari ePaper dengan memilih jenis langganan percuma tersebut ataupun langganan berbayar (jika masih aktif).E-Paper Harakah percuma sempena PRU13

Read More - Harakah percoma untuk pencacai bn umno mangkuk hayun

UMCEDEL: Sokongan Pakatan meningkat, BN turun

Oh! Krai Utara

Share

Harakahdaily 

Nazri Abdullah dan Faizal Mohamad,23 Jan 2013(Keputusan kajian yang dibuat oleh UMCEDEL) KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan kepada Pakatan terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional. Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara.Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu.Dalam hasil kajian yang didedahkan hari ini, daripada 1409 responden, 42 peratus menjangkakan BN akan menang, 37 peratus pula yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala 21 peratus tidak pasti.Dalam kajian sebelum ini, sokongan untuk Pakatan hanya bermula dengan Pakatan 18%, BN 43% (Disember 2011), Pakatan 21%, BN 49% (April 2012) dan Pakatan 30%, BN 44% (September 2012) Yang terbaru, sokongan kepada Pakatan sudah 37% dan BN turun kepada 42% manakala 21% lagi masih atas pagar.Pengarah UMCEDEL, Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman (gambar) berkata, hasil itu menunjukkan pertarungan antara kedua-dua kelompok parti bertanding pada waktu ini adalah bersifat terbuka."Kita boleh kata penentu kemenangan bagi kedua-dua parti yang bertanding adalah golongan 21% ini," katanya ketika membentangkan hasil kajian itu di Pejabat UMCEDEL, di UM hari ini.Memperincikan golongan 21 peratus ini beliau berkata, jika mengikut pecahan bangsa, paling tinggi adalah golongan Tionghua iaitu 53 peratus.Dari segi pendidikan pula, paling tinggi adalah gologan lepasan ijazah iaitu 49 peratus.Peringkat umur pula, peratusan paling tinggi adalah yang berumur antara 21 hingga 30 tahun."Jika dalam kategori status mengundi, peratusan paling tinggi adalah golongan yang kali pertama mengundi iaitu sebanyak 48%," katanya.Menurut beliau lagi, parti yang mampu menguasai golongan 21 peratus ini mempunyai peluang untuk menang pada pilihan raya umum nanti.Hasil kajian ini dibuat UMCEDEL bermula 26 Disember lalu hingga 11 Januari tahun ini.

Read More - UMCEDEL: Sokongan Pakatan meningkat, BN turun

Wow! Kempen: Najib digesa henti guna jabatan kerajaan

Oh! Krai Utara

Share

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta menghentikan segera penggunaan jabatan kerajaan dan separa kerajaan untuk berkempen bagi pihak Umno BN.Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, kini jentera kerajaan itu sedang masuk ke kampung-kampung atas nama agensi masing-masing tapi bertujuan berkempen untuk Umno BN.Antara agensi itu katanya termasuklah Kemas, Jasa, Pejabat Penerangan dan termasuk juga polis cawangan khas."Perkara ini cukup serius. Berkampung di kampung. Dia guna alasan dia pegawai kerajaan. Sbnrnya mereka berkempen."Guna wang rakyat secara besar-besaran, beri bantuan la, kenduri la. Sebenarnya memujuk kempen satu pihak," katanya dalam temubual bersama Harakah dan Harakahdaily kelmarin.Beliau yang juga bekas menteri penerangan berkata, sepatutnya semua jabatan-jabatan kerajaan ini dibebaskan dari kerja-kerja kempen politik, paling kurang dalam tempoh enam bulan sebelum pilihan raya.Katanya, dalam tempoh yang disebut 'countdown' pilihan raya itu, semua jabatan kerajaan perlu bersifat neutral."Tak adil, masuk rumah org kempen sebelah pihak. Sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh pilihan raya, kerja-kerja turun ke bawah itu kena diberhentikan, kalau benar mahu pilihan raya adil dan telus," katanya lagi.Beliau turut mengakui amalan itu juga berlaku pada zamannya dalam kabinet dahulu namun katanya perubahan perlu dilakukan jika benar Najib mahu melakukan transformasi politik."Terlalu ketinggalan zaman dan tak boleh dibenarkan."Benda ini waktu saya jadi menteri pun berlaku. Tapi sekarang kata dah transformasi politik,  zaman pun sekarang dah 2013," tegasnya.Pada masa sama, beliau yang juga Presiden Protem Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak lepas tangan berhubung perkara itu.Katanya SPR perlu memainkan peranan berunding dan menasihati kerajaan menghentikan perkara itu.Beliau juga turut menyeru orang ramai khususnya ahli parti politik membuat laporan polis jika ada pihak yang cuba masuk ke kampung-kampung, berkempen atas nama jabatan kerajaan."Bila semua buat laporan polis sepanjang masa, saya yakin benda ini dapat dikurangkan."Ahli parti jadi mata dan telinga sesuai dengan semangat himpunan kebangkitan rakyat di ibu negara tempoh hari," katanya.

Read More - Wow! Kempen: Najib digesa henti guna jabatan kerajaan

PANAS!!! Dari sebodoh bodoh Lembu, Kad Kredit, Menantu Hantu, Suami Tersayang, Ada banyak ANGKA yang akan runtuhkan Najib!

Oh! Krai Utara

Share

Tumbangkan Dinasti BN Dengan Angka

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin
Dalam politik Malaysia angka sering menjadi perhatian ramai. Angka-angka yang diterbitkan oleh media-media massa di Negara ini sama ada media bercetak atau media di alam siber memberi banyak makna.Bercakap tentang angka sudah tentu Sharizat dan keluarganya mendahului. Kita percaya angka RM 250 juta yang diamanahkan untuk digunakan bagi pembelian lembu tetapi disalahguna bagi membeli kondominium adalah angka keramat bagi kejatuhan dinasti Umno/BN dalam pilihanraya akan datang.Angka boleh memberi petunjuk bagaimana kaum keluarga ahli politik Baraisan Nasional bergelumang dengan kemewahan hidup dengan wang rakyat. Lihat sahaja pendedahan yang dibuat oleh pegawai bank yang mengesahkan anak kepada Ketua Menteri Sarawak, membelanjakan wang sebanyak RM782,520.88 dalam tempoh enam bulan semasa perbicaraan kes tuntutan bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Shahnaz Majid iaitu kakak kepada penyanyi Sheila Majid.“Ya, saya mengesahkan semua maklumat dalam penyata akaun kad kredit platinum American Express ini adalah milik Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib,” kata Musinah Manap, pengurus bahagian khidmat pelanggan Maybank dalam perbicaraan tuntutan nafkah sebanyak RM 400 juta oleh Shahnaz.Dalam penyata bank itu, Mahmud Abu Bekir telah menggunakan kad American Express sebanyak RM166,332.37 pada bulan Januari 2012 ; RM148,763.88 pada Februari; RM102,236.85 pada Mac; RM172,193.23 pada April; RM39,454.70 pada Mei; dan RM153,539.85 pada Jun, menjadikan jumlah keseluruhan ialah RM880,958.91.Angka-angka berikut pula menunjukkan bagaimana wang rakyat atau pembayar cukui dengan mudah disalahgunakan. Kementerian Pertahanan telah membeli empat buah RIV ( Rapid Intervention Vehicles ) dengan harga RM 2.67juta iaitu pada harga lebih kurang RM 690,000 sebuah. Kita mungkin akan mudah sahaja tertipu bahawa harga yang dinyatakan tersebut mungkin suatu harga yang munsabah sehinggalah Y.M Sultan Johor sendiri bersuara mempertikaikan harga yang amat tinggi tersebut. Media melaporkan pada 8/9/2012 Sultan Johor yang juga memiliki kenderaan RIV tersebut berkata baginda membeli sebuah RIV hanya pada harga RM 150 ribu sebuah.Sultan Johor menyatakan “ tidak seorang pun yang sepatutnya mengambil manfaat dengan pembelian RIV tersebut bagi mendapat keuntungan peribadi”. Hanya setelah Sultan Johor bersuara barulah Zahid Hamidi tersipu-sipu mengarahkan siasatan dijalankan !!Hakikatnya angka pembelian alat-alatan oleh Kementerian Pertahanan dengan harga yang jauh melambung tinggi bukanlah perkara baru. Pada tahun 2008 rakyat telah didedahkan bagaimana Kementerian Pertahanan telah membeli 12 buah Eurocopter Cougar EC725 pada harga RM2.3 bilion atau RM193juta sebuah sedangkan Kerajaan Brazil telah membeli model yang sama pada harga RM 82.8 juta sebuah . Lihat bagaimana wang rakyat sebanyak RM 111juta disonglap di siang hari !!!Angka juga menunjukkan hutang. Suatu yang ironi dalam keadaan Najib berbangga kononnya beliau telah melakukan transformasi ekonomi Malaysia, hutang negara semakin meningkat setiap tahun. Hutang Kerajaan Persekutuan di bawah BN telah meningkat secara mendadak daripada RM242 bilion pada tahun 2004 kepada RM 363 bilion dalam tahun 2009 dan RM 456 bilion pada tahun 2011 dan bagi tahun 2012 hutang Negara dijangka akan meningkat sehingga RM520 bilion. Jika diterjemah dalam bentuk peratus hutang Negara telah meningkat sebanyak 107.4 peratus dalam masa 8 tahun. Apa yang menakutkan rakyat adalah liabiliti kontinjen ( contigent liability ) Kerajaan dijangka akan meningkat pada tahun 2013 hasil dari perbelanjaan RM53 bilion bagi projek MRT dan projek-projek mega yang lain .Yang lebih menyenakkan perut rakyat adalah syarikat kroni Umno yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga mempunyai penggabungan hutang yang melambung iaitu sebanyak RM34.3 bilion sedangkan syarikat-syarikat yang beliau ada kepentingan tersebut hanya dijangka mempunyai wang tunai sekadar RM 7.8 bilion setakat bulan Mei tahun ini.Yang lebih mengejutkan meskipun dibelenggu dengan hutang yang banyak, syarikat-syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary masih terus menerus diberi kontrak oleh Kerajaan BN. Baru-baru ini Jabatan Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa projek penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang akan diberikan kepada syarikat milik beliau. Juga menjadi berita yang hangat bahawa syarikat beliau dikatakan mendahului persaingan bagi mendapat projek penswastaan Pelabuhan Kelang (Northport Holdings) dan KTM Berhad.Adakah rakyat lupa bahawa pada tahun 1998 apabila berlakuknya krisis ekonomi, syarikat kroni Umno, Renong Berhad yang mempunyai hutang sebanyak RM 20 bilion iaiitu sebanyak 7 peratus dari keseluruhan hutang sektor perbankan di Negara ini . Hutang yang melambung tinggi menyaksikan beberapa bank jatuh bankrap. Ia bukan sahaja mendatangkan kerugian kepada para pelabur dan keruntuhan pasaran saham , wang kita semua sebanyak RM 10 bilion juga disalahguna oleh Kerajaan BN untuk selamatkan kroni Umno ini. Tidak mustahil perkara yang sama akan dilakukan ke atas Syed Mohktar yang semua tahu adalah kroni Umno.Bercakap tentang angka pemimpin MCA pula nampaknya buta angka. Timbalan Menteri Kewangan , Datuk Donald Lim dengan tanpa segan silu berbohong di Parlimen apabila beliau menuduh tanpa bukti bahawa sejak Pakatan Rakyat ambil alih Selangor pada tahun 2008 tiada satu rumah kos rendah pun dibina oleh Kerajaan PR Selangor.Apabila ditunjukkan dengan angka sebenar oleh YB Tony Pua, “Sibuta angka” MCA ini masih tidak dihukum oleh Speaker Parlimen di bawah Aturan 36 ( 12 ) Standing Orders kerana berbohong di dalam Parlimen. Kerajaan Selangor hakikatnya telah membina 23,637 unit rumah kos rendah termasuklah memulihkan semula 9,176 unit rumah akibat projek yang ditinggalkan.Posted by Kedah Lanie

Read More - PANAS!!! Dari sebodoh bodoh Lembu, Kad Kredit, Menantu Hantu, Suami Tersayang, Ada banyak ANGKA yang akan runtuhkan Najib!

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...