Harakah percoma untuk pencacai bn umno mangkuk hayun
Oh! Krai Utara
Lebih 2,000 daftar e-paper Harakah percuma
KUALA LUMPUR: Tindakan Harakah mengadakan langganan percuma e-paper http://epaper.harakah.net.mykelmarin mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih 2,000 pengguna mendaftar dalam tempoh sehari ia dibuka.Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar memberitahu, bahagian IT Harakah yang menguruskan pengaktifan akaun percuma e-paper ini menerima banyak pertanyaan berhubung cara untuk melanggan sejak dibuka.Tatacara mengaktifkan langganan percuma sempena PRU13 bagi pengguna yang masih mempunyai akaun yang aktif:Log masuk ke akaunDi bahagian Add/Renew subscription - Membership *pilih jenis langganan Langganan Percuma Sempena PRU13Klik butang OrderLangganan percuma tersebut akan ditambah ke akaun anda secara automatik - lihat di bahagian Your SubscriptionSekiranya anda belum mempunyai akaun e-paper, sila kemuka hadapan laman web e-Paper dan klik Signup here. Isikan borang dengan maklumat seperti yang dikehendaki dan klik Continue. Seterusnya log masuk ke akaun dan ikuti langkah 1 hingga 4 seperti di atas. Seterusnya, anda bolehlah melayari ePaper dengan memilih jenis langganan percuma tersebut ataupun langganan berbayar (jika masih aktif).E-Paper Harakah percuma sempena PRU13
Penyokong PR tumpah air mata angkara perbuatan Nik Aziz Nik Mat
Oh! Krai Utara
Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.Ini kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.Petang semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan kediaman Karpal itu.Tuan Guru Nik Aziz dengan ditemani Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, disambut gembira oleh Karpal dan keluarganya. Tuan Guru Aziz berkunjung ke rumah Karpal dalam rangka lawatan beliau ke Pulau Pinang semalam dan malam tadi.Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya memotong kek hari jadinya yang ke 82 di rumah anggota Parlimen Bukit Gelugor di Jalan Scotland itu.Setiausaha Dewan Ulamak, Ustaz Khairudin Aman Razali ketika menyambut baik berita ini berkata, beliau pernah membuat kenyataan sebelum ini, ahli PAS wajib mengundi calon DAP di kawasan mereka."Ia perlu sekiranya ia membantu untuk menjatuhkan kezaliman dan menegakkan kebajikan," katanya.Ia juga dipersetujui oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Riduan Mohd Nor.Karpal ketika mengulas kunjungan ini berkata, "Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku."Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," kata Karpal kepada media selepas kunjungan itu.Kegembiraan ini tidak dikalangan penyokong PAS dan orang Islam sahaja bahkan di kongsi bersama oleh orang bukan Islam yang ingin melihat Malaysia yang lebih baik.Vivek Vairakkannu dalam komennya di Facebok TG Nik Aziz menulis: "Semoga Tok menyambut hari jadi selama-lamanya. Saya anggap Tok adalah tunggak utama untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan aman dan makmur. Harap saya jabat tangan Tok satu hari dimana saya anggap Tok bersamaan dengan Mahtma Gandhi."
UMCEDEL: Sokongan Pakatan meningkat, BN turun
Oh! Krai Utara
Harakahdaily
Nazri Abdullah dan Faizal Mohamad,23 Jan 2013(Keputusan kajian yang dibuat oleh UMCEDEL) KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan kepada Pakatan terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional. Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara.Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu.Dalam hasil kajian yang didedahkan hari ini, daripada 1409 responden, 42 peratus menjangkakan BN akan menang, 37 peratus pula yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala 21 peratus tidak pasti.Dalam kajian sebelum ini, sokongan untuk Pakatan hanya bermula dengan Pakatan 18%, BN 43% (Disember 2011), Pakatan 21%, BN 49% (April 2012) dan Pakatan 30%, BN 44% (September 2012) Yang terbaru, sokongan kepada Pakatan sudah 37% dan BN turun kepada 42% manakala 21% lagi masih atas pagar.Pengarah UMCEDEL, Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman (gambar) berkata, hasil itu menunjukkan pertarungan antara kedua-dua kelompok parti bertanding pada waktu ini adalah bersifat terbuka."Kita boleh kata penentu kemenangan bagi kedua-dua parti yang bertanding adalah golongan 21% ini," katanya ketika membentangkan hasil kajian itu di Pejabat UMCEDEL, di UM hari ini.Memperincikan golongan 21 peratus ini beliau berkata, jika mengikut pecahan bangsa, paling tinggi adalah golongan Tionghua iaitu 53 peratus.Dari segi pendidikan pula, paling tinggi adalah gologan lepasan ijazah iaitu 49 peratus.Peringkat umur pula, peratusan paling tinggi adalah yang berumur antara 21 hingga 30 tahun."Jika dalam kategori status mengundi, peratusan paling tinggi adalah golongan yang kali pertama mengundi iaitu sebanyak 48%," katanya.Menurut beliau lagi, parti yang mampu menguasai golongan 21 peratus ini mempunyai peluang untuk menang pada pilihan raya umum nanti.Hasil kajian ini dibuat UMCEDEL bermula 26 Disember lalu hingga 11 Januari tahun ini.
Oh¡ kejamnya: Minta air sebelum sembelih sepupu
Oh! Krai Utara
myMetro MIRI: “Apa yang saya bimbang akhirnya berlaku,” kata Senab Saing, 26, isteri pekerja ladang kelapa sawit Minta air sebelum sembelih sepupu warga Indonesia yang mati akibat dikelar di leher dengan sebilah pisau buatan sendiri oleh sepupunya, awal pagi semalam.Dalam kejadian jam 12.30 awal pagi di rumah pekerja ladang kelapa sawit di Bakong itu, Mantang Sakara, 33, berasal dari Makasar, Indonesia mati di tempat kejadian akibat parah di leher dan dahi selepas dikelar suspek yang dipercayai mengalami gangguan mental.Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa memberikan segelas air yang diminta lelaki berusia 20-an itu ketika dia terjaga daripada tidur.Bagaimanapun, ibarat bom jangka, sepupu Mantang itu tiba-tiba bertindak agresif menyerangnya sebelum mengelar leher mangsa menggunakan pisau buatan sendiri.Menurut Senab, dia terjaga dari tidur selepas terdengar suaminya menjerit meminta tolong dan terkejut apabila melihat Mantang berlumuran darah terbaring mengerang kesakitan.Katanya, ketika itu dia melihat suspek memegang pisau dan cuba merampasnya namun gagal, malah menyebabkannya hampir menerima nasib sama apabila diserang suspek sebelum lelaki itu melarikan diri.“Ketika itu, saya melihat suami yang berlumuran darah mengerang kesakitan serta memegang lehernya yang cedera sebelum rebah ke lantai.“Usaha saya untuk menghalang pendarahan pada leher suami dengan sehelai tuala gagal sebelum dia tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di Hospital Miri, semalam.Katanya, sebelum kejadian, suspek yang bekerja di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran bertandang ke rumahnya petang kelmarin dan menyatakan hasrat untuk bermalam di situ.“Ketika itu, saya benar-benar bimbang dan menyuarakan perkara itu kepada suami selepas melihat perangai pelik sepupunya yang sering bercakap seorang diri namun tidak dihiraukan suami.“Malah, saya dan suami serta anak perempuan berusia tiga tahun tidur di luar kerana bilik tidur kami dikunci lelaki itu dari dalam beberapa jam sebelum kejadian,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong ketika mengesahkan kejadian itu berkata, gerakan mencari suspek dilakukan.Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Oh! Wanita warga asing disuruh makan kertas di malaysia
Oh! Krai Utara
105 dipaksa makan kertas
myMetro
PELABUHAN KLANG: Seramai 105 wanita warga asing bukan saja dikurung, malah turut dipaksa makan kertas surat khabar selain tidak dibayar gaji sejak enam bulan lalu oleh sebuah syarikat agensi pembantu rumah yang beroperasi di Bandar Baru Klang, di sini.Mereka yang berusia 18 hingga 25 tahun itu diperdaya menjadi pembantu rumah secara bulanan dan harian, namun tidak menerima gaji selepas berkhidmat sejak enam bulan lalu dengan alasan mereka perlu menyerahkan gaji selama tujuh bulan sebagai bayaran untuk bekerja di Malaysia.Mereka yang terdiri daripada 95 warga Indonesia dan masing-masing enam dan empat warga Filipina itu, diselamatkan dalam Ops Khas 6P Jabatan Imigresen Selangor, kelmarin.Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Amran Ahmad berkata, serbuan jam 7.45 pagi itu mendapati semua wanita terbabit dikurung di tingkat tiga dan empat premis syarikat agensi pembantu rumah berkenaan.Beliau berkata, wanita terbabit turut mendakwa dikasari selain makanan dicatu agensi berkenaan dan ada antara mereka yang dipaksa makan kertas surat khabar setiap kali cuba melawan atau menuntut hak mereka.“Setiap pagi, agensi ini akan menghantar mangsa dengan van ke rumah dan pejabat di Klang untuk bekerja sebagai pembantu rumah dan tukang cuci dengan pendapatan RM700 sebulan.