PANAS!!! Dari sebodoh bodoh Lembu, Kad Kredit, Menantu Hantu, Suami Tersayang, Ada banyak ANGKA yang akan runtuhkan Najib!
Oh! Krai Utara
Tumbangkan Dinasti BN Dengan Angka
Oleh : Mohamed Hanipa Maidin
Dalam politik Malaysia angka sering menjadi perhatian ramai. Angka-angka yang diterbitkan oleh media-media massa di Negara ini sama ada media bercetak atau media di alam siber memberi banyak makna.Bercakap tentang angka sudah tentu Sharizat dan keluarganya mendahului. Kita percaya angka RM 250 juta yang diamanahkan untuk digunakan bagi pembelian lembu tetapi disalahguna bagi membeli kondominium adalah angka keramat bagi kejatuhan dinasti Umno/BN dalam pilihanraya akan datang.Angka boleh memberi petunjuk bagaimana kaum keluarga ahli politik Baraisan Nasional bergelumang dengan kemewahan hidup dengan wang rakyat. Lihat sahaja pendedahan yang dibuat oleh pegawai bank yang mengesahkan anak kepada Ketua Menteri Sarawak, membelanjakan wang sebanyak RM782,520.88 dalam tempoh enam bulan semasa perbicaraan kes tuntutan bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Shahnaz Majid iaitu kakak kepada penyanyi Sheila Majid.“Ya, saya mengesahkan semua maklumat dalam penyata akaun kad kredit platinum American Express ini adalah milik Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib,” kata Musinah Manap, pengurus bahagian khidmat pelanggan Maybank dalam perbicaraan tuntutan nafkah sebanyak RM 400 juta oleh Shahnaz.Dalam penyata bank itu, Mahmud Abu Bekir telah menggunakan kad American Express sebanyak RM166,332.37 pada bulan Januari 2012 ; RM148,763.88 pada Februari; RM102,236.85 pada Mac; RM172,193.23 pada April; RM39,454.70 pada Mei; dan RM153,539.85 pada Jun, menjadikan jumlah keseluruhan ialah RM880,958.91.Angka-angka berikut pula menunjukkan bagaimana wang rakyat atau pembayar cukui dengan mudah disalahgunakan. Kementerian Pertahanan telah membeli empat buah RIV ( Rapid Intervention Vehicles ) dengan harga RM 2.67juta iaitu pada harga lebih kurang RM 690,000 sebuah. Kita mungkin akan mudah sahaja tertipu bahawa harga yang dinyatakan tersebut mungkin suatu harga yang munsabah sehinggalah Y.M Sultan Johor sendiri bersuara mempertikaikan harga yang amat tinggi tersebut. Media melaporkan pada 8/9/2012 Sultan Johor yang juga memiliki kenderaan RIV tersebut berkata baginda membeli sebuah RIV hanya pada harga RM 150 ribu sebuah.Sultan Johor menyatakan “ tidak seorang pun yang sepatutnya mengambil manfaat dengan pembelian RIV tersebut bagi mendapat keuntungan peribadi”. Hanya setelah Sultan Johor bersuara barulah Zahid Hamidi tersipu-sipu mengarahkan siasatan dijalankan !!Hakikatnya angka pembelian alat-alatan oleh Kementerian Pertahanan dengan harga yang jauh melambung tinggi bukanlah perkara baru. Pada tahun 2008 rakyat telah didedahkan bagaimana Kementerian Pertahanan telah membeli 12 buah Eurocopter Cougar EC725 pada harga RM2.3 bilion atau RM193juta sebuah sedangkan Kerajaan Brazil telah membeli model yang sama pada harga RM 82.8 juta sebuah . Lihat bagaimana wang rakyat sebanyak RM 111juta disonglap di siang hari !!!Angka juga menunjukkan hutang. Suatu yang ironi dalam keadaan Najib berbangga kononnya beliau telah melakukan transformasi ekonomi Malaysia, hutang negara semakin meningkat setiap tahun. Hutang Kerajaan Persekutuan di bawah BN telah meningkat secara mendadak daripada RM242 bilion pada tahun 2004 kepada RM 363 bilion dalam tahun 2009 dan RM 456 bilion pada tahun 2011 dan bagi tahun 2012 hutang Negara dijangka akan meningkat sehingga RM520 bilion. Jika diterjemah dalam bentuk peratus hutang Negara telah meningkat sebanyak 107.4 peratus dalam masa 8 tahun. Apa yang menakutkan rakyat adalah liabiliti kontinjen ( contigent liability ) Kerajaan dijangka akan meningkat pada tahun 2013 hasil dari perbelanjaan RM53 bilion bagi projek MRT dan projek-projek mega yang lain .Yang lebih menyenakkan perut rakyat adalah syarikat kroni Umno yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga mempunyai penggabungan hutang yang melambung iaitu sebanyak RM34.3 bilion sedangkan syarikat-syarikat yang beliau ada kepentingan tersebut hanya dijangka mempunyai wang tunai sekadar RM 7.8 bilion setakat bulan Mei tahun ini.Yang lebih mengejutkan meskipun dibelenggu dengan hutang yang banyak, syarikat-syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary masih terus menerus diberi kontrak oleh Kerajaan BN. Baru-baru ini Jabatan Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa projek penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang akan diberikan kepada syarikat milik beliau. Juga menjadi berita yang hangat bahawa syarikat beliau dikatakan mendahului persaingan bagi mendapat projek penswastaan Pelabuhan Kelang (Northport Holdings) dan KTM Berhad.Adakah rakyat lupa bahawa pada tahun 1998 apabila berlakuknya krisis ekonomi, syarikat kroni Umno, Renong Berhad yang mempunyai hutang sebanyak RM 20 bilion iaiitu sebanyak 7 peratus dari keseluruhan hutang sektor perbankan di Negara ini . Hutang yang melambung tinggi menyaksikan beberapa bank jatuh bankrap. Ia bukan sahaja mendatangkan kerugian kepada para pelabur dan keruntuhan pasaran saham , wang kita semua sebanyak RM 10 bilion juga disalahguna oleh Kerajaan BN untuk selamatkan kroni Umno ini. Tidak mustahil perkara yang sama akan dilakukan ke atas Syed Mohktar yang semua tahu adalah kroni Umno.Bercakap tentang angka pemimpin MCA pula nampaknya buta angka. Timbalan Menteri Kewangan , Datuk Donald Lim dengan tanpa segan silu berbohong di Parlimen apabila beliau menuduh tanpa bukti bahawa sejak Pakatan Rakyat ambil alih Selangor pada tahun 2008 tiada satu rumah kos rendah pun dibina oleh Kerajaan PR Selangor.Apabila ditunjukkan dengan angka sebenar oleh YB Tony Pua, “Sibuta angka” MCA ini masih tidak dihukum oleh Speaker Parlimen di bawah Aturan 36 ( 12 ) Standing Orders kerana berbohong di dalam Parlimen. Kerajaan Selangor hakikatnya telah membina 23,637 unit rumah kos rendah termasuklah memulihkan semula 9,176 unit rumah akibat projek yang ditinggalkan.Posted by Kedah Lanie
18 Januari 2013 pada 8:39 PG
Mudah
Murah
Terjamin dan
Sah di sisi undang-undang
Kami menggunakan kaedah Plan Pembayaran Mudah (atau 'Easy Payment Plan) yang telah terbukti berkesan dalam
membantu ramai yang telah terjerumus ke dalam 'lembah' hutang kad kredit untuk keluar dari sistem yang amat memeritkan lagi
menyeksakan ini.
Kunci kepada pengendalian ini ialah bagaimana kami boleh jadikan hutang tertunggak anda yang telah sekian lama 'terperap'
dalam kad itu BEBAS dari interest atau dalam Islam dipanggil 'Riba'.
Apabila tiada interest maka hutang anda PASTI selesai dalam tempoh yang telah ditetapkan kerana tiada bayaran 'bunga' yang
akan dikenakan oleh bank lagi. Maknanya di sini anda akan bayar kepada bank setakat yang anda gunakan sahaja.
Kami akan tunjukkan cara atau kaedah yang betul dan selamat dalam menyelesaikan kad kredit walau pun akhirnya nanti anda
tak jadi nak dapatkan perkhidmatan kami. Yang penting anda faham dan sedar punca kepada segala permasalahan yang
berkaitan dengan hutang kad kredit anda dan bagaimana cara nak mengatasinya.
Memandangkan setiap kes adalah unik dan bergantung kepada kondisi serta keadaan serta tahap hutang masing-masing.
Maka perkhidmatan ini adalah secara one-to-one session secara bersemuka dan sangat unik khusus untuk menyelesaikan
masalah hutang kad kredit anda sahaja. Lebih istimewa lagi kerana kami akan berikan khidmat nasihat ini secara PERCUMA!
Jadi... Jangan buang masa... Tarikh akhir pembayaran hutang kad kredit dah semakin dekat dan bila sampai masa nanti anda
harus membayar 'bunga' berserta bayaran2 lain sekiranya ada... Kalau berterusan macam ni ntah bila lah agaknya hutang nak
selesai kan?
Tanpa membuang masa... Hubungi SEKARANG juga - 0193355399 atau 0389275399
Boleh juga hubungi saya secara online sama ada melalui Whatsapp / Viber / WeChat atau website rasmi EzPayment2U di
http://www.ezpayment2u.com