Wow! Kempen: Najib digesa henti guna jabatan kerajaan
Oh! Krai Utara
Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta menghentikan segera penggunaan jabatan kerajaan dan separa kerajaan untuk berkempen bagi pihak Umno BN.Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, kini jentera kerajaan itu sedang masuk ke kampung-kampung atas nama agensi masing-masing tapi bertujuan berkempen untuk Umno BN.Antara agensi itu katanya termasuklah Kemas, Jasa, Pejabat Penerangan dan termasuk juga polis cawangan khas."Perkara ini cukup serius. Berkampung di kampung. Dia guna alasan dia pegawai kerajaan. Sbnrnya mereka berkempen."Guna wang rakyat secara besar-besaran, beri bantuan la, kenduri la. Sebenarnya memujuk kempen satu pihak," katanya dalam temubual bersama Harakah dan Harakahdaily kelmarin.Beliau yang juga bekas menteri penerangan berkata, sepatutnya semua jabatan-jabatan kerajaan ini dibebaskan dari kerja-kerja kempen politik, paling kurang dalam tempoh enam bulan sebelum pilihan raya.Katanya, dalam tempoh yang disebut 'countdown' pilihan raya itu, semua jabatan kerajaan perlu bersifat neutral."Tak adil, masuk rumah org kempen sebelah pihak. Sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh pilihan raya, kerja-kerja turun ke bawah itu kena diberhentikan, kalau benar mahu pilihan raya adil dan telus," katanya lagi.Beliau turut mengakui amalan itu juga berlaku pada zamannya dalam kabinet dahulu namun katanya perubahan perlu dilakukan jika benar Najib mahu melakukan transformasi politik."Terlalu ketinggalan zaman dan tak boleh dibenarkan."Benda ini waktu saya jadi menteri pun berlaku. Tapi sekarang kata dah transformasi politik, zaman pun sekarang dah 2013," tegasnya.Pada masa sama, beliau yang juga Presiden Protem Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak lepas tangan berhubung perkara itu.Katanya SPR perlu memainkan peranan berunding dan menasihati kerajaan menghentikan perkara itu.Beliau juga turut menyeru orang ramai khususnya ahli parti politik membuat laporan polis jika ada pihak yang cuba masuk ke kampung-kampung, berkempen atas nama jabatan kerajaan."Bila semua buat laporan polis sepanjang masa, saya yakin benda ini dapat dikurangkan."Ahli parti jadi mata dan telinga sesuai dengan semangat himpunan kebangkitan rakyat di ibu negara tempoh hari," katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan