Oh! Nenek tua kaki politik, Tok Mun hasrat nak tanding pilihanraya pru13...

Oh! Krai Utara

Share

sinarharian
KUALA TERENGGANU -  Mungkin masih ramai mengingati Maimun Yusof atau 'Tok Mun', warga emas yang mencabar jagoan Pas Mohamad Sabu dan calon Barisan Nasional (BN) (Allahyarham) Datuk Razali Ismail bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya umum 2008.Sekalipun tewas dan hilang deposit pada pilihan raya umum itu, nenek berusia 93 tahun ini menyimpan hasrat untuk bertanding sekali lagi pada pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan bila-bila masa."Kalau Tok menang, Tok nak jaga hati rakyat yang menyokong Tok. Orang-orang susah Tok nak bagi rumah kepada mereka," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Jalan Panji Alam di sini.Beliau bagaimanapun sedar hasratnya untuk bertanding sekali lagi mungkin sukar menjadi kenyataan kerana faktor kewangan selain tiada siapa mahu menjadi pencadang dan penyokongnya.Pada pilihan raya umum 2008, Maimun yang menjadi calon tertua, mengaku kepada media beliau mengeluarkan simpanan Tabung Haji untuk membayar deposit bagi melayakkannya bertanding.  Beliau cuba bertanding pada empat pilihan raya umum sebelum itu namun ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya kerana tidak memenuhi syarat.Mengulas lanjut, Maimun juga berpandangan beliau mungkin sukar untuk menang jika hasratnya bertanding lagi menjadi realiti, kerana "penyokong Umno dan BN semakin ramai".Dilahirkan pada 1919, Maimun yang tinggal di sebuah rumah usang bersama beberapa orang cucu, jelas masih kuat dan sihat dengan deria penglihatan dan pendengaran yang baik.Pada pilihan raya umum 2008, Maimun hanya memperolehi 685 undi. Kerusi parlimen itu dimenangi Razali dengan 32,562 undi, sementara Mohamad menerima 31,934 undi.Bagaimanapun, pada pilihan raya kecil yang diadakan pada Januari 2009 susulan kematian Razali, Maimun memutuskan untuk tidak bertanding kerana faktor kewangan.  Kerusi itu dimenangi calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi mengatasi calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam meraih hanya 193 undi. - Bernama

Read More - Oh! Nenek tua kaki politik, Tok Mun hasrat nak tanding pilihanraya pru13...

(Bergambar) Aneh! 22 Tahun Hidup di Saluran Pembuangan Air

Oh! Krai Utara

Share

Tags on : unik aneh77932Bekas penagih dadah Miguel Restrepo. 62, dan isterinya Maria Garcia hidup di dalam saluran pembuangan air di Medellin, Kolombia, bersama anjing mereka Blackie, selama 22 tahun. Rumah mereka, berisi dapur, kipas angin, televisyen, kerusi, dan katil, berukuran 6x1.4 m, dan bocor ketika hujan sehingga harus ditutup. ... Selengkapnya ›

Read More - (Bergambar) Aneh! 22 Tahun Hidup di Saluran Pembuangan Air

Hot! Wanita cuba bunuh teman lelaki dengan dada bersaiz dd

Oh! Krai Utara

Share

 UNNA - Seorang wanita berdada besar, didakwa mencuba membunuh teman lelakinya, dengan cara mencekik menggunakan payudaranya yang berukuran DD.Franziska Hansen (33) didakwa dengan pasal 'percubaan pembunuhan dengan senjata', setelah peguam mangsa menyatakan, Franziska mencuba mencekiknya, sambil berpura-pura bahawa itu adalah bahagian dari permainan seks.Perempuan asal Jerman membantah tuduhan itu, dan mengatakan itu memang sebuah permainan seks. Demikian dilaporkan Daily Mail dan dikutip The Mirror, Jumat (23/11/2012).Namun, Tim Schmidt, mangsa sekaligus teman lelaki terdakwa mengungkapkan, Franziska memang sudah berniat membunuhnya. Dalam pembicaran di telepon, Franziska mengatakan ingin membuat kematian teman lelakinya semenyenangkan mungkin.Di Mahkamah Kota Unna, Jerman, Schmidt menceritakan peristiwa yang dia alami. Kejadian berawal saat ia berhubungan seks dengan teman wanitanya, Mei 2012.Tiba-tiba, Franziska menyambar kepala Schmidt, lalu mendorongnya di antara payudaranya, dengan sekuat tenaga."Aku tidak boleh  bernafas lagi. Mungkin saat itu wajahku sudah membiru. Saat itu saya fikir saya akan mati," ujar Schmidt.Singkat cerita, Schmidt berhasil lolos dari sekapan payudara pacarnya. Dia kemudian melarikan diri dengan bogel ke rumah tetangganya. Schmidt menduga, sang pacar mencuba membunuhnya, kerana dia memang berencana meninggalkan perempuan yang sudah ia pacari sekitar empat tahun. (*)Penulis: Yaspen Martinus  | TRIBUNNEWS.COM,

Read More - Hot! Wanita cuba bunuh teman lelaki dengan dada bersaiz dd

Edisi Cilok! : Bintang Pop jerman, Ramma Damma kahwini buah nenas.

Oh! Krai Utara

Share

Memang Pelik, Seorang Lelaki Menikah dengan Buah Nanas

Bak perkahwinan para selebriti, kisah berikut boleh jadi menjadi salah satu hal yang terheboh, dan boleh jadi yang termanis, yang pernah anda ketahui. Bintang pop asal Jerman, Ramma Damma alias Ulli Hopper, memutuskan menikah dengan sebiji nanas! Dengan lamaran senilai 8 poundsterling  itu, Ramma memandu menyeberangi perbatasan Scotland menuju Gretna Green dengan sebuah Jaguar berselimutkan akesoris serba hijau.Di sanalah, dia dan sang nanas yang kemudian ia namakan Tippi, menikah sebelum akhirnya kembali ke Munich, Jerman."Kami berkendara sepanjang malam, perkahwinan yang indah, tapi bukan kawin lari, lo," kata dia, seperti yang disitir situs Metro.co.uk.Kata Ramma, "Saya mencintainya. Saya ingin menikahinya. Kami menginap di Hotel Gretna Green Hall dan kami dinikahkan oleh seorang  yang mengenakan kilt (skirt khas dari Scotland). "Kami menikmati berbagai hidangan. Kami melanglang ke perlbagai restoran dan Tippi menikmati segelas air selama makan malam itu," tutur pria eksentrik itu lagi."Tippi senang menonton film -- khususnya film-film tentang gempa bumi -- dan dia akan duduk di pangkuan saya ketika dia merasa ketakutan," ucap dia. sumber

Read More - Edisi Cilok! : Bintang Pop jerman, Ramma Damma kahwini buah nenas.

OH:Cantik Tak Lukisan Bapak?

Oh! Krai Utara

Share

ha3 lama tak nukih..cuba melukis balik,,,errr ok ke tak bro2 sekelian?
Read More - OH:Cantik Tak Lukisan Bapak?

Oh! Selebriti:Kisah Gila! Putera Jefri Bolkiah Dan Patung Sex nya

Oh! Krai Utara

Share
Salam Buat Semua, Mengaibkan Pabila Sesuatu Perbuatan Pelik Dan Memalukan Yang Dilakukan Oleh Seseorang Yang Ternama, Kini Di Ketahui Oleh Setiap Ceruk Di Seluruh Dunia.. Inilah Yang Terjadi Pada Putera Jefri Bolkiah (Adik Kepada Sultan Brunei) Yang Dikatakan Memiliki 4 Buah/Orang/Watak/Barbie Dolls/Robot/Patung Erotik @ Sex *Sila Pilih Ayat Yang Betul* Yang Bernilai Lebih Kurang RM33 Juta… Huiyoo…READ MORE
Read More - Oh! Selebriti:Kisah Gila! Putera Jefri Bolkiah Dan Patung Sex nya

Oh! Artis:Fasha berparti Halloween

Oh! Krai Utara

Share
BUDAYA ASING… gambar Fasha bersama kenalannya meraikan Halloween yang terpapar pada Facebook kelab peminat.
KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila ada artis tanah air tergamak menyambut Halloween pada 31 Oktober lalu, sedangkan perayaan itu jelas 
bertentangan dengan ajaran Islam.
Sekurang-kurangnya dua artis dikesan berbuat demikian, dipercayai di sebuah kelab malam sekitar ibu kota, biarpun jumlahnya mungkin lebih ramai.
Artis terbabit ialah pelakon kontroversi, Fasha Sandha dan penyanyi popular, Joe Flizzow.
Gelagat mereka dikesan selepas lapan gambar Fasha berpakaian…READ MORE
Read More - Oh! Artis:Fasha berparti Halloween

OH Artis:kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Suspek Bongkar Beberapa Kejadian Culik-Bunuh

Oh! Krai Utara

Share
Suspek kes Sosilawati bongkar lagi kejadian culik-bunuh Gambar: Seorang suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ketika dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil hari ini. Polis turut menyiasat beberapa kes culik dan bunuh berdasarkan keterangan yang diberikan oleh suspek-suspek kes Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain yang didapati dibunuh dan dibakar. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Bakri Zinin berkata, empat suspek pertama yang ditahan Jumaat lalu mendedahkan mereka terlibat dalam kes yang sama tahun lalu.Artikel Penuh
Read More - OH Artis:kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Suspek Bongkar Beberapa Kejadian Culik-Bunuh

Oh Pelik:Si gemuk malang

Oh! Krai Utara

Share
LONDON: Wanita paling gemuk di Britain, Sharon Mevsimler, mendakwa dia terlantar di atas katil dan terbiar sementara menunggu mati selepas doktor enggan menjalankan pembedahan menyelamatkan nyawanya.


BERBEZA...keadaan Sharon sekarang (kiri) dan 20 tahun lalu.

Sharon, 40, mempunyai berat 285.8 kilogram dan kini terpaksa menghabiskan masa setiap hari di atas katil hospital dicipta khas untuknya.

Katil itu diperkukuhkan bagi menampung berat Sharon.

Pada asasnya, tubuh Sharon agak kecil dengan ketinggian hanya 1.5 meter.

Kegemukan melampau menyebabkan berlaku tekanan ke atas jantung dan paru-paru Sharon, memaksa dia menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas.

Suaminya, Tyler, berada di sisinya hampir setiap masa untuk membantu.

Ketika berkahwin kira-kira 20 tahun lalu, Sharon memiliki tubuh normal.

Bagaimanapun, dia menjadi kemaruk kepada makanan selepas mengalami kemurungan pascanatal melampau tidak lama kemudian.

Pada 2007, doktor menjangkakan dia hanya mampu hidup beberapa bulan saja.

Ketika itu berat badan Sharon adalah 266.7 kilogram.

Kini ditempatkan di Hospital Broomfield yang terletak berhampiran rumahnya di Chelmsford, Essex, Sharon berkata, doktor enggan menjalankan pembedahan menyelamatkan nyawanya kerana terlalu gemuk.

“Saya dibiarkan di sini untuk mati.

“Jika saya sukar bernafas, memang hospital memberi bantuan tapi nampaknya tiada siapa yang bersimpati kepada orang gemuk,” katanya.

Sementara itu, pentadbiran hospital berkata, Sharon dijadual menjalani pembedahan bernilai RM147,489 tidak lama lagi. - Agensi
Read More - Oh Pelik:Si gemuk malang

Oh! Tuhanku::Awan berbentuk jenazah di Kelantan

Oh! Krai Utara

Share

BENTUK awan aneh menyerupai jenazah yang sempat dirakam di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam.

Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini

KOTA BHARU - Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam.

Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi.

Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut.

"Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugas di balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalan di kem tersebut.

"Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangan supaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazah setinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun dari langit," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selain itu, Mahiran pula berkata, kepulan awan yang berbentuk seperti kalimah syahadah juga kelihatan di atas objek tersebut.
Read More - Oh! Tuhanku::Awan berbentuk jenazah di Kelantan

OH! Malaysiaku::Nasi Kerabu Organik

Oh! Krai Utara

Share

Nasi Kerabu Organik... yang pertama di Malaysia... cuma ada beberapa kerat je orang malaysia yang dah rasa Nasi Kerabu Organik termasuk aku, Presiden China Muslim Beijing pun bernasib baik sempat rasa dan sangat-sangat berminat dengan padi organik ni.
Beras Organik sebelum dimasak... warna keperang-perangan... ada yang tanya - "kenapa nampak kotor je..?".

Ni nak bagitau semua, asalnya kebanyakan beras berkualiti warnanya keperang-perangan. yang jadik kaler putih melepak tu sebab dah lalui proses "polishing" supaya 'kununnya" nampak putih & bersih.

Padahal proses "polishing" tu dah membuang selaput luar atau kulit luar beras yang mengandungi banyak Vitamin, Zat dan Khasiat.

Mat Saleh dah tipu kita laaamaaa sangat dah... mula dari bajak, semai semuanya disodok dengan macam-macam racun (kununnya baja) yang sikit demi sikit menghilangkan zat-zat yang ada dalam beras.

Sebab tu la orang Malaysia ni makin lama makin kecik, makin halus, makin pendek... sebabnya sekian lama makanan asas kita iaitu beras dihilangkan zat2nya oleh Mat Saleh.

Yang kita makan sebenarnya ialah racun. lepas bajak, tanah ditabur dengan racun, lepas semai sembur lagi racun, dah bercambah bunga sembur racun, dah berbuah sembur racun, dah masak pun sembur racun.

Elok pakat-pakat bertukar pada makanan organik yang 100% nyah racun dan berkhasiat tinggi.

Sekarang harganya beras organik ni memang mahal sebab production kita tak banyak, kalau semua rakyat Malaysia support, insya-Allah industri sihat ni akan berkembang, sawah-sawah padi organik akan bertaburan di Malaysia dan masa tu, harganya Insya-Allah akan jadi lebih murah dari sekarang sebab kalau dikira dari segi kos, kos tanaman padi organik jauh lebih murah dari padi-padi lain yang kita ada sekarang.

Jadi elok la kita pakat-pakat tolong promote padi organik ni dekat semua kawan2 yang kita kenal. -topeng perak unmasked
Read More - OH! Malaysiaku::Nasi Kerabu Organik

OH! Malaysiaku:: Mahathir GAGAL mendidik anaknya, Ye la yang nama Mazhar dah jadi GAY!r

Oh! Krai Utara

Share
Setelah UMNO meluluskan lesen judi. Kini ia mulakan kembali berita pengganas tempatan yang bertopengkan agama. Ini benda basi. Dulu UMNO sudah bikin cerita Al-Maunah. Sekarang entah apa kumpulan pula. Kenapa di zaman Pak Lah tak ada cerita dongeng ni?

Jangan kerana UMNO marahkan PAS, mereka terus bikin cerita pengganas II ini. Liwat II sudah ada. Insaflah UMNO. Khususnya Mahathir, kamu sudah tua. Sekejap halalkan judi, sekejap tolong orang Palestin, sekejap guna APCO, sekejap anak meniaga arak, sekejap anak jual minyak sawit pada Israel. Apakah kamu ini wira Freemason gerakan bertopengkan Islam?

Mana kamu dapat idea menuduh Anwar meliwat?

Daripada idea Mazhar anak kamukah?

Cari-cari di Internet, bau dia macam gay? 
Makan ayam terlebihkah atau pun Google dah salah orang?

Read More - OH! Malaysiaku:: Mahathir GAGAL mendidik anaknya, Ye la yang nama Mazhar dah jadi GAY!r

Oh! Dunia:.Seeing the world through each other’s eyes: The amazing twins who share a brain

Oh! Krai Utara

Share

Tatiana and Krista Hogan are unique – the only conjoined twins in the world who share a brain.
They are so intricately entwined they cannot be separated. Their family say they have special abilities thanks to the neural connections between them and they may even be able to see through each other’s eyes.

Despite their unusual predicament, the three-year-old girls’ happiness is evident to all around them.
While Tatiana and Krista move together amazingly well, they don’t always agree on which way to go or what to do – and that can cause problems….READ MORE
Read More - Oh! Dunia:.Seeing the world through each other’s eyes: The amazing twins who share a brain

Oh! Tuhan:: Pencuri Hangus kena renjatan elektrik

Oh! Krai Utara

Share
ROMPIN - Gara-gara mahu mencuri kabel elektrik mengandungi tembaga tulen, seorang lelaki berusia 20 tahun maut terkena renjatan elektrik di pencawang milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Felda Keratong 9, di sini, malam kelmarin. 





Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, mangsa yang dipercayai penagih dadah dipercayai cuba memotong wayar bumi apabila bahagian depan badannya terkena wayar hidup yang mempunyai arus elektrik. 

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, mayat mangsa ditemui rentung dan tergantung kira-kira tiga meter dari tanah setelah tersangkut di talian elektrik di pencawang itu oleh beberapa orang kakitangan TNB.: 

“Mangsa dipercayai melakukan kegiatan itu pada lewat malam supaya tidak disedari orang awam,” katanya ketika ditemui :Sinar Harian:, semalam. 

Johari berkata, kejadian itu turut mengakibatkan seluruh rumah di kawasan Felda berkenaan bergelap beberapa jam berikutan bekalan elektrik terputus. 

“Polis difahamkan pihak TNB melakukan pemeriksaan di kawasan itu selepas menerima aduan orang awam mengenai ketiadaan elektrik di kawasan itu. 

“Bagaimanapun, selepas melakukan pemeriksaan di pencawang terbabit, kakitangan TNB terkejut apabila mendapati ada mayat tergantung pada pencawang berkenaan,” katanya. 

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek memasuki kawasan pencawang dengan memotong pagar pencawang TNB sebelum menyusup masuk ke kawasan pencawang. 

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa individu lain yang turut sama dalam kejadian itu namun menghilangkan diri selepas mendapati rakan mereka terkena renjatan elektrik tersebut. 

“Lelaki itu sepatutnya sudah mengetahui bahaya yang menanti kerana ia melibatkan kabel elektrik bervoltan tinggi,” katanya. _Sinar Harian
Read More - Oh! Tuhan:: Pencuri Hangus kena renjatan elektrik

Oh! Politik:.Video Dalam Kaabah dan Kisah Tun Mahathir Masuk Ke Dalamnya !!!

Oh! Krai Utara

Share
DATUK Seri Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin negara yang pernah dibenarkan pihak berkuasa Arab Saudi memasuki Kaabah ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah Al Mukarramah pada 1993.
“Perdana Menteri mengerjakan solat dalam rumah Allah itu dan turut berdoa tetapi apa yang didoakan beliau, tiada siapa tahu,” cerita bekas pegawai waran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rosme Hassan, 45.
Apa yang pasti, katanya, Dr Mahathir sehingga kini dikurniakan kesihatan yang baik walaupun usianya sudah mencecah 77 tahun dan berjaya membangunkan Malaysia sehingga dikenali sebagai negarawan ulung negara…READ MORE
Read More - Oh! Politik:.Video Dalam Kaabah dan Kisah Tun Mahathir Masuk Ke Dalamnya !!!

Oh! WoW:.Jom Beli Kereta kalis peluru

Oh! Krai Utara

Share


GAMBAR menunjukkan kereta kalis peluru Hummer Knight XV.
Berharga cuma 3.16 juta.
Berapa sangat lah 3.16 juta di bandingkan dengan nyawa orang tersayang.
Kereta yang patut dimiliki oleh rakyat malaysia ketika kes tembak menembak rancak berlaku sekarang…READ MORE
Read More - Oh! WoW:.Jom Beli Kereta kalis peluru

Oh! Pelik:.Mustahil cicak Gecko capai 64 kilo

Oh! Krai Utara

Share
KUALA LUMPUR - Seorang pakar hidupan liar melahirkan keraguan terhadap kesahihan saiz sebenar cicak gergasi seperti yang ditemui oleh seorang belia di Kalabakan, Sabah kerana spesies cicak tersebut tidak mungkin akan mencapai berat sehingga 64 kilogram.

Menurut Pengarah Eksekutif Dana Hidupan Liar Malaysia (WWF) Malaysia, Datuk Dr. Dionysius S.K. Sharma, adalah mustahil untuk seekor cicak hutan atau nama saintifiknya Gecko boleh membesar sehingga mencapai berat tersebut. READ MORE
Read More - Oh! Pelik:.Mustahil cicak Gecko capai 64 kilo

Guna gambar Pemimpin PR untuk ceramah UMNO

Oh! Krai Utara

Share
KEPALA BATAS, 3 April: Sekali pandang nampak macam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang akan memberikan ceramah tetapi sebenarnya Datuk Seri Zahrain Ibrahim dan Ezam Mohd Nor sebenar. Ia sangat mengelirukan.

Ekoran itu, Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pinang Tunggal dan Pakatan Rakyat Kepala Batas mendesak Polis membuat siasatan segera terhadap beberapa helai sepanduk yang mengelirukan rakyat itu.

Ia digantung untuk satu majlis ceramah di Kampung Paya Keladi pada 6 April ini.

Sebenarnya ia adalah program anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas yang didalangi oleh Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas.

Pemidato jemputan ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan bekas Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Ezzam Mohd Noor.

Pengarah Dun Pinang Tunggal, Mohd Akhir Che Mat berkata, lapuran polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seberang Perai Utara pada pukul 9.00 pagi dan selesai pada pukul 11.00 pagi tadi.

Menurut beliau, pihak polis dikehendaki mencari dalang sebenar yang dikira sengaja menimbulkan perasaan benci membenci di kalangan masyarakat.

Bukan itu sahaja mereka juga harus menyiasat siapa Angkatan Belia Muda Kepala Batas yang menjadi penganjur program terbabit yang pastinya tanpa permit.

"Pihak polis dikehendaki membuat siasatan segera terhadap sepanduk yang terpampang di serata tempat yang memaparkan gambar Anwar dan Lim Guan Eng. Dari gambar itu seolah mereka yang akan berpidato, " tegasnya kesal.

"Keadaan itu membuktikan Umno ketandusan ideal untuk berhadapan dangan rakyat dengan mempergunakan dua tokoh besar tanah air sedangkan yang akan berceramah ialah Dato' Zahrain dan Ezzam, " jelas beliau yang juga Naib Pengerusi Pakatan Rakyat Kepala Batas.


Harakah Daily
Read More - Guna gambar Pemimpin PR untuk ceramah UMNO

ADUN Bakar Bata meracau

Oh! Krai Utara

Share

Menghidap penyakit kanser pada usia emas amat menyiksakan.Apatah lagi apabila doktor telah meramalkan tarikh kematian dalam tempoh 3-6 bulan.

Kesan kesakitan pada fizikal akibat kanser hanya Allah saja yang maha mengetahui.Sebab itu di saat terminal stage ini doktor akan membekalkan ubat penahan sakit kepada pesakit tersebut.

Tetapi trauma yang lebih hebat sudah tentu tekanan mental akibat kanser.

Kedua-dua tekanan fizikal dan mental yang hebat ini, menyebabkan beberapa Negara Barat membenarkan eutanasi,iaitu membenarkan pesakit tersebut mengambil ubat-ubat tertentu untuk memendekan jangka hayat kehidupan mereka.

Saya bawakan analogi diatas untuk membuat perbandingan dengan politik Umno BeEnd pada hari ini.Umno BeEnd yang sudah berada diusia emas dan sarat dengan penyakit seperti perjuangan perkauman,kronisma,nepotisma,membudayakan rasuah dalam kehidupan,mencabuli undang-undang federalisma negara berada diakhir hayat dalam keadaan kesakitan sebagaimana pesakit kanser tadi.

Kedua-dua analogi diatas juga boleh diterima pakai untuk menggambarkan keadaan semasa politik ADUN Bakar Bata,Md Bashah. -pkwr-alormengkudu

Tekanan yang beliau hadapai amat banyak.Latar belakang beliau yang tidak mempunyai pendidikan yang baik,ditambah dengan tiadanya ciri-ciri kepimpinan dalam diri beliau menyebabkan beliau tidak dilantik untuk mengetuai Umno Kedah.

Penyokong tegar beliau di DUN Bakar Bata termasuk pengundi fixed deposit di Taman Wira Mergong telah beralih angin.Kemenangan tipis beliau dalam PRU 12,disusuli pula dengan kemasukan pemuda-pemuda dan bekas JKKK Taman Wira Mergong kedalam Pas menceritakan kebenaran fakta diatas.

Dalam keadaan politik beliau yang sakit,Md Bashah mula meracau untuk mencari keuntungan politik.Beliau meninggalkan DUNnya merentasi DUN Kota Darul Aman ke Alor Mengkudu untuk menunjukan 'keperihatinan' beliau membela orang susah.

Beliau mengangkut segala jentera media supaya rakyat dapat saksikan 'keperihatinan' beliau membela Puan Rasilawati di Kampung Alor Mengkudu.Mungkin beliau terlupa memberitahu Puan Rasilawati bagaimana untuk berbicara dengan media.

"Apa yang saya nak ialah rumah Keda",tegas Puan Rasilawati dalam TV 1.Mungkin beliau sendiri tidak tahu bahawa pengerusi Keda ialah Md Bashah.

Marah dengan perbuatan Bashah ini,tuan rumah yang disewa oleh Puan Rasilawati telah memberi notis keluar rumah dalam masa 24 jam.

Sekali lagi Md bashah mengankut jentera media untuk memaparkan peristiwa ini yang beliau sendiri anggap peristiwa ini sebagai bersejarah.

Alangkah baiknya kalau Md Bashah menjaga pengundi beliau sendiri dari mengacau ketenteraman orang lain.Kita akan berterima kasih kalau beliau ikhlas sebagai pengerusi Keda untuk menolong rakyat tetapi apa yang beliau pamirkan ialah semata-mata untuk mencari keuntungan politik.

Dan selepas ini apa lagi yang Md Bashah nak meracau?.Kita sama-sama tunggu dan lihat.
Read More - ADUN Bakar Bata meracau

Najib Kenakan Mahathir dengan April Fool

Oh! Krai Utara

Share
sebenarnya anda terkena....maaflah gurau je
Read More - Najib Kenakan Mahathir dengan April Fool

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...