OH! Malaysiaku::Nasi Kerabu Organik
Oh! Krai Utara
Nasi Kerabu Organik... yang pertama di Malaysia... cuma ada beberapa kerat je orang malaysia yang dah rasa Nasi Kerabu Organik termasuk aku, Presiden China Muslim Beijing pun bernasib baik sempat rasa dan sangat-sangat berminat dengan padi organik ni.
Beras Organik sebelum dimasak... warna keperang-perangan... ada yang tanya - "kenapa nampak kotor je..?".Ni nak bagitau semua, asalnya kebanyakan beras berkualiti warnanya keperang-perangan. yang jadik kaler putih melepak tu sebab dah lalui proses "polishing" supaya 'kununnya" nampak putih & bersih.
Padahal proses "polishing" tu dah membuang selaput luar atau kulit luar beras yang mengandungi banyak Vitamin, Zat dan Khasiat.
Mat Saleh dah tipu kita laaamaaa sangat dah... mula dari bajak, semai semuanya disodok dengan macam-macam racun (kununnya baja) yang sikit demi sikit menghilangkan zat-zat yang ada dalam beras.
Sebab tu la orang Malaysia ni makin lama makin kecik, makin halus, makin pendek... sebabnya sekian lama makanan asas kita iaitu beras dihilangkan zat2nya oleh Mat Saleh.
Yang kita makan sebenarnya ialah racun. lepas bajak, tanah ditabur dengan racun, lepas semai sembur lagi racun, dah bercambah bunga sembur racun, dah berbuah sembur racun, dah masak pun sembur racun.
Elok pakat-pakat bertukar pada makanan organik yang 100% nyah racun dan berkhasiat tinggi.
Sekarang harganya beras organik ni memang mahal sebab production kita tak banyak, kalau semua rakyat Malaysia support, insya-Allah industri sihat ni akan berkembang, sawah-sawah padi organik akan bertaburan di Malaysia dan masa tu, harganya Insya-Allah akan jadi lebih murah dari sekarang sebab kalau dikira dari segi kos, kos tanaman padi organik jauh lebih murah dari padi-padi lain yang kita ada sekarang.
Jadi elok la kita pakat-pakat tolong promote padi organik ni dekat semua kawan2 yang kita kenal. -topeng perak unmasked
0 ulasan:
Catat Ulasan