Oh Politik:Sekitar Hari Penamaan Calon Prk N 45 Galas

Oh! Krai Utara

Share
11.00 pagi: SPR mengumumkan waktu bantahan, dan pameran borang pencalonan ditutup.
10.07 pagi: Rais Yatim setuju RTM bagi laluan 15 minit kepada pakatan rakyat dalam siaran mereka seperti diminta oleh Presiden PAS.

Dia berkata demikian sewaktu berkunjung ke khemah Pakatan dan berbual dengan presiden.

"Kita boleh bagi, asalkan program yang memberi kebaikan utk rakyat.

"In fact bagi tau masa dan program kat mana," katanya.
10.05 pagi: borang penamaan mula dipamer untuk bantahan.

Hanya dua borang diterima SPR iaitu dari PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan BN, Ab Aziz yusoff.

Zulkefli dicadang oleh mohamed Noor awang Hamat dan disokong Abdullah Hussein.

Manakala Ab Aziz dicadang Mohd Azmi Mahnood dan disokong Chong Kam Siong.
10.02 pagi: SPR mengumukan masa penerimaan borang calon ditutup jam 10 pagi. Kini dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi.


9:45 pagi:Pengarah Pilihan Raya Kelantan, Datuk Abd Fatah Harun melahirkan kekesalan atas sekatan pasukan polis 100 meter sebelum sampai ke pintu pagar pusat penamaan.

Ianya ekoran dihalang sehingga berlaku kekecohan antara calon dan pemimpin parti dengan pihak polis sewaktu mahu menuju ke pintu masuk pusat penamaan.

"Kita bincang dengan SPR dan Polis sebelum ni lain, hari ni jadi lain.

"Dia hanya benarkan calon, pencadang dan penyokong sahaja, dia minta pengiring masuk kemudian.

"Mana boleh, kita bincang sebelum ni semua boleh masuk kecuali dalam dewan," katanya.


9.35 pagi:Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan penamaan calon.

Pimpinan utama pakatan rakyat berkumpul di bawah khemah khas yg disediakan SPR sementara menunggu selesai proses penyerahan borang pencalonan.



9.30 pagi:Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad dan pimpinan utama Pakatan Rakyat dilihat memasuki pintu pagar pusat penamaan.
9:25 pagi:Calon melepasi sekatan, sedikit pergelutan berlaku antara penyokong dengan pasukan keselamatan.

Pimpinan utama sedang berasak-asak masuk melepasi sekatan yang agak sempit.

9.20 pagi:Perarakan mula tiba di sekatan pasukan keselamatan kira-kira 100 meter dari pintu masuk penamaan.

Menunggu ketibaan calon.
9.05 pagi: Perarakan dimulakan. Pimpinan utama mengiringi calon menuju ke pusat penamaan diiringi laungan selawat dan takbir.

Antara pimpinan lain yang hadir adalah Datuk Mahfuz, YB Azmin Ali, Ronie Liu, Datuk Husam Musa, Datuk Taqiyuddin, Dr. Mariah Mahmood, Drs. Khalil Idham Lim dan Datuk Ngeh Ko Ham.


9.00 pagi: Tok Guru Nik Aziz menangis ketika membaca doa selepas selesai solat hajat diikuti laungan amin oleh para penyokong.
8.45 pagi: Lebih 5000 penyokong telah hadir dan berbaris sepanjang jalan bermula dari masjid menuju ke pusat penamaan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, kira-kira 700 meter dari masjid.
8.40 pagi: penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di Masjid
8.25 pagi: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tiba di Masjid
8.20 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di masjid.
8.15 pagi:Penyokong bukan Islam berkumpul di luar masjid menuggu solat hajat selesai.
8.00 pagi:Perhimpunan dimulakan dengan solat hajat di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra.
6.10 pagi: Selesai solat Subuh. Jemaah kini sedang mendengar tazkirah disampaikan imam yang bertajuk kepentingan ulama'.
5.45 pagi: Penyokong beragama Islam mula memenuhi ruang solat. Di dakwa solat Subuh hari ini lebih ramai berbanding jemaah Solat Jumaat.
Turut kelihatan penyokong DAP, mula berkumpul sementara menanti yang lain selesai solat Subuh.
5.30 pagi:Masjid kehabisan air sehingga mereka yang mahu berwuduk dan ke tandas perlu menggunakan air mineral.
5.00 pagi:Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, bandar Gua Musang mula dipenuhi Penyokong Pakatan Rakyat.
Beberapa pimpinan PAS dari pelbagai peringkat khusunya dari luar Kelantan juga mula tiba.

Ehsan Harakahdaily
Read More - Oh Politik:Sekitar Hari Penamaan Calon Prk N 45 Galas

PRK Batu Sapi : Pertandingan tiga penjuru

Oh! Krai Utara

Share
SANDAKAN: Pilihan raya Kecil Parlimen Batu Sapi (P185), Sabah menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Parti Bersatu Sabah-Barisan Nasional (PBS-BN), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Calon yang mewakili BN adalah balu bekas mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, Datin Linda Tsen, 54; SAPP diwakili pengerusinya, Datuk Yong Teck Lee, 52, dan Ansari Abdullah, 56 daripada PKR.

Pengumuman senarai calon bertanding dalam pilihan raya 4 November depan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Hamsan Awang Supain .

Pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi diadakan susulan kematian Edmund dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu di Kota Kinabalu.

Pada Pilihanraya Umum Mac 2008, mendiang Edmund menang dengan majoriti 3,708 menewaskan calon Bebas, Dr Chung Kwong Wing yang memperoleh 5,771 undi.

Berita Harian Online
Read More - PRK Batu Sapi : Pertandingan tiga penjuru

Oh Politik:Umno serba tak kena

Oh! Krai Utara

Share
Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) tidak memberikan ruang demokrasi yang sempurna dalam mentadbir negara, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta media diperalatkan oleh kerajaan, maka demokrasi hampir menjunam.

"Apabila mereka melihat sokongan terhadap mereka semakin lama semakin terhakis dan tersasar dari unjuran sebenar, maka mereka akan cuba keluar dari amalan demokrasi dengan menidakkan undang-undang.

"Umno dan BN akan cuba mencari helah menjelang pilihan raya umum yang sudah begitu hampir bagi mempertahankan Putrajaya dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat," ujarnya pada satu majlis di sini, semalam.

Tambahnya lagi, dalam apa jua kondisi yang berlaku, PR yang disertai PAS, PKR dan DAP akan tetap bersama sama ada semasa senang mapun semasa susah.

Beliau juga membidas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang cuba mendapat simpati orang Melayu dengan cara mendombakan hak yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Sebenarnya PR tidak pernah mempertikaikan apa yang termaktub dalam perkara 153 yang menyentuh hak dan keistimewaan orang Melayu sepertimana yang didakwa oleh Presiden Umno dalam perhimpunan agung mereka baru-baru ini.

"Namun begitu apa yang kita pertikaikan ialah cara kerajaan untuk menguasai pemerintahan haruslah dengan cara demokrasi yang asli dan tulen iaitu dengan cara suara rakyat. Pilihan raya yang bersih dan telus.

"Ini yang kita perjuangkan supaya adanya keadilan dalam melaksanakan amanah termasuklah dalam memilih kerajaan yang memerintah, bukannya dengan memperalatkan agensi dan organisasi yang ada sebagai 'yes man' dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah," tegasnya lagi
Read More - Oh Politik:Umno serba tak kena

Oh Politik: PRK Batu Sapi -Datin Linda Tsen Thau Lin calon BN di Batu Sapi

Oh! Krai Utara

Share
BN akan meletakkan Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini.



Beliau adalah timbalan ketua Wanita PBS Elopura dan isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah.

Ketua Menteri Sabah yang juga pengerusi BN negeri, Datuk Musa Aman berkata, jawatankuasa BN negeri sebulat suara memilih Linda bertanding di Batu Sapi.
Read More - Oh Politik: PRK Batu Sapi -Datin Linda Tsen Thau Lin calon BN di Batu Sapi

Oh Politik:Pengumuman calon Batu Sapi

Oh! Krai Utara

Share
Pengumuman calon PR Batu Sapi akan dibuat hari ni Ahad 24hb Oktober jam 5 petang di Dewan Hakka, Batu 5, Jalan Utara, Sandakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Hj Abdul Hadi, Lim Kit Siang dan pimpinan PKR.
Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim
Read More - Oh Politik:Pengumuman calon Batu Sapi

Oh PRK Dun Galas:Siapa calon BN di Galas? Abdul Aziz Yusof atau Zamzani Harun

Oh! Krai Utara

Share
SIAPA calon? Itulah persoalan bermain di fikiran ahli UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (:BN) berikutan hari ini dikatakan tarikh pengumuman calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. 

:Antara nama yang menjadi sebutan sebelum ini adalah Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof, 49, dan satu lagi nama yang timbul Naib Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Zamzani Harun, 39. 

:Walaupun Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, pada awalnya menjadi pilihan BN, tetapi beliau selaku Pengarah Pilihan Raya Kecil (PKR) dipercayai cenderung untuk memilih calon lain. 

:DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada Pas akibat kanser pada 27 September lalu. 

:Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 apabila mendapat 4,399 undi berbanding Mohamad Saufi 3,753 undi. 

Mohamad Saufi pada Pilihan Raya Umum 2004 berjaya mengalahkan Chek Hashim dengan majoriti 1,729. 

DUN Galas mempunyai 10,330 pengundi dengan 65.81 peratus adalah Melayu, Cina (22.03 peratus), India (1.18 peratus) dan lain-lain (10.32 peratus). Bagaimanapun, pada pilihan raya lalu hanya 8,323 pengundi atau 80.57 peratus yang keluar mengundi. 

Sementara itu, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pihaknya kini perlu turun padang untuk membuat tinjauan ke kawasan tersebut bagi menentukan tahap sokongan pengundi kepada BN. 

Beliau berkata, apa diharapkan dalam PRK ini kemenangan akan berpihak kepada BN dengan majoriti yang besar, bagaimanapun adat pertandingan ada kalah dan menang. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November sebagai tarikh PRK manakala penamaan calon pula pada 26 Oktober ini. 

Dalam satu ceramah sempena 20 tahun pemerintahan Islam di Kelantan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan Pemangku Yang Dipertua Pas Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad, 44, sebagai calon parti itu pada 21 Oktober lalu. 

Pengamal perubatan itu, Dr Zulkefli pernah bertanding sebanyak dua kali pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11 dan 12 bagi kerusi Parlimen Gua Mu:sang tetapi tewas kepada Tengku Razaleigh Hamzah. 

:Dr Zulkefli tinggal di Kuala Krai dan mempunyai klinik di Ciku, beliau merupakan anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Mohamed Awang dan anak ketujuh daripada 10 adik-beradik.
Read More - Oh PRK Dun Galas:Siapa calon BN di Galas? Abdul Aziz Yusof atau Zamzani Harun

Oh Politik:Dr.Zulkefli Calon ‘Galas Harapan Rakyat’

Oh! Krai Utara

Share
Pemangku yang dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad telah diumumkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.
Pemilihan beliau diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat di Dataran Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Faiz di Gua Musang malam ini.
Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008.
Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.
Beliau adalah lulusan…READ MORE
Read More - Oh Politik:Dr.Zulkefli Calon ‘Galas Harapan Rakyat’

Oh Politik:Gambar-gambar ‘Islamic Fashion’ kebanggaan Rosmah Mansor

Oh! Krai Utara

Share
Inilah gambar-gambar yang memaparkan ‘Islamic Fashion’ kebangaan Rosmah Mansor isteri Perdana Menteri..
Dada hampir terserlah…
“DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.
“Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka,” kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
Katanya, bantahan berkenaan akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.
Demi Glamor Rosmah Sanggup Hina Islam
SHAH ALAM 21 Okt – Dalam usaha merebut perniagaan global dalam bidang fesyen Islam, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor didakwa memperdagangkan agama dan tidak memperdulikan batasan syarak demi mengapai julukan ‘jaguh busana Islam’.
Keadaan ini terserlah apabila beliau sebagai Penaung Festival Busana Muslim menghadiri pertunjukkan fesyen bagi memperagakan pakaian Islam di Monte Carlo, Monaco Ogos lalu bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi bukan nilai budaya kesederhanaan agama yang ditonjolkan tetapi pendedahan aurat yang jengkel dan menjelekkan.
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (Bippa) Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhammad Nur Manuty berkata Rosmah…READ MORE
Read More - Oh Politik:Gambar-gambar ‘Islamic Fashion’ kebanggaan Rosmah Mansor

Oh Politik: Tengku Bendahara sokong program Membina Generasi Solat

Oh! Krai Utara

Share
KOTA BHARU, 7 Okt: Program Bulan Sembahyang yang dianjurkan kerajaan negeri sejak empat tahun lalu turut mendapat sokongan pihak istana Kelantan memandangkan ia memberi kesan positif kepada golongan remaja.

Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra bertitah program berkenaan memperlihatkan kejayaannya bagi membina generasi yang cintakan solat.

”Jadi sudah sampai masanya kerajaan negeri menyediakan papan tanda khas di seluruh jajahan berhubung program Membina Generasi Solat supaya rakyat mengetahui program tersebut.

“Saya berharap usaha ini dipertingkatkan agar rakyat bukan sahaja mengetahui program ini, sebaliknya sedar sejauh manakan kejayaan hasil program yang dianjurkan.

“Usaha mempertingkatkan program berkenaan perlu dilaksana bersesuaian dengan Kelantan sebagai Negeri Serambi Mekah dan Negeri Tadahan Wahyu,” titah baginda ketika merasmikan majlis Ihtifal Membina Generasi Al-Quran dan Majlis Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik), di Balai Islam, hari ini.

Titah baginda, ibadat solat wajib dilaksanakan dengan sempurna bagi membendung umat Islam melakukan perkara mungkar.

Katanya, masyarakat juga perlu mengubah budaya mendidik anak-anak dengan  menghantar anak-anak di peringkat belajar di sekolah agama.

Sementara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita apabila hanya 31 peratus masyarakat Kelantan cukup solat lima waktu sehari mengikut satu kajian yang dilakukan tahun lepas.

Menurutnya, daripada jumlah 1,740 pelajar luar bandar yang dijadikan responden, hanya hanya 50 orang atau 2.8 peratus sahaja mengaku solat lima kali sehari.

“Kajian itu juga merumuskan hanya enam peratus rakyat Kelantan yang mengimarahkan masjid untuk solat berjemaah,” ujarnya.

Menurutnya juga perkara seperti itu malangnya berlaku di Kelantan yang dikenali sebagai Serambi Mekah.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah dan pegawai kanan kerajaan.
Read More - Oh Politik: Tengku Bendahara sokong program Membina Generasi Solat

Oh Politik: PRK DUN GALAS : Sewa rumah Sebulan di Gua Musang mencecah RM10,000 -RM15,000

Oh! Krai Utara

Share
Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini telah menyebabkan kadar sewa rumah di sekitar bandar Gua Musang kini melambung manakala gerai makanan mulai tumbuh dengan banyaknya.
Tinjauan Bernama mendapatI sewa rumah meningkat berpuluh kali ganda sejak awal bulan ini kerana penduduk mahu mengambil keuntungan besar seperti yang
berlaku pada pilihan raya kecil Manek Urai tahun lalu.
Seorang penduduk, Ismail Dollah, 43, berkata harga rumah sewa yang kebiasaannya RM200 sebulan kini meningkat kepada RM10,000 dan ada rumah banglo
disewakan pada harga RM15,000 untuk tempoh pilihan raya kecil itu.
“Harga rumah naik setiap jam kerana kadarnya berubah mengikut siapa yang sanggup membayar…READ MORE
Read More - Oh Politik: PRK DUN GALAS : Sewa rumah Sebulan di Gua Musang mencecah RM10,000 -RM15,000

Oh! Politik: Allahyarham ADUN Galas Che Hashim disegani di Gua Musang

Oh! Krai Utara

Share

19 Syawal 1431H
M Faqih

GUA MUSANG, 27 Sept: Rakyat Gua Musang menerima dengan tabah kematian wakil rakyat mereka, Chek Hashim Sulaima, 47, selepas menderita penyakit barah paru-paru sejak lebih dua tahun lalu.

Mereka menganggap Adun Galas terbabit seorang pemimpin yang berjiwa rakyat kerana mudah mendekati masyarakat tanpa mengira fahaman politik.

Beliau dikenali ramai sejak dilantik sebagai Penyelia Dun Galas pada 2004. Pada pilihan raya umum tersebut, beliau tewas kepada Mohd Saupi Deraman dari BN.

Setiausaha PAS Gua Musang, Azman Ahmad berkata, arwah disukai ramai kerana mudah mesra dan sentiasa bermurah hati membantu penduduk tanpa mengira masa.

Malah katanya, pemimpin Umno juga menyenangi kerana kewibawaannya sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

“Arwah mudah dilihat di mana sahaja termasuk kedai-kedai kopi bersama rakyat. Orang tidak segan datang ke rumahnya termasuk pada waktu malam.

”Penduduk di sini menyenanginya sejak sebelum menjadi wakil rakyat lagi. Maka tidak hairanlah biar pun Gua Musang terkenal sebagai kubu kuat Umno namun PAS boleh bertapak pada pilihan raya umum lalu,” katanya di sini.

Chek Hashim meninggal dunia kira-kira jam 4.30 petang tadi di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Keadaannya kritikal mulai jam 10 pagi tadi. Turut berada di sisinya ketika beliau mengembus nafas terakhir kedua-dua isterinya dan anak-anak.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan lima hari lalu. Arwah meninggalkan 12 anak dan dua isteri.

Jenazahnya dijangka dikebumikan di Kampung Kerinting, Gua Musang kira-kira jam 10 malam ini.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim menyifatkan kematian Allahyarham sebagai suatu kehilangan besar kepada PAS dan pemimpin yang sukar dicari ganti.

Katanya, beliau merupakan seorang wakil rakyat yang kuat bekerja serta menjaga rakyatnya dengan baik tanpa mengira fahaman politik dan kaum.

“Saya yakin kematiannya memberi kesan terhadap rakyatnya di Gua Musang, khususnya di Galas sendiri,”ujarnya.

Menurutnya, sikap allahyarham yang pandai menyantuni rakyat dan kuat bekerja sehingga membolehkan PAS menang di Dun Galas pada pilihan raya umum lalu.

Dewan Pemuda PAS Kelantan turut menyifatkan PAS kehilangan mutiara berharga.

Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, allahyarham bekerja keras bukan sewaktu menjadi wakil rakyat, sebaliknya sejak mula aktif dalam parti politik.

Katanya, walaupun allahyarham berkhidmat tidak sampai sepenggal, namun pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa rakyat Gua Musang.

“Dia merupakan bekas anggota exco Pemuda PAS Kelantan, arwah memang kuat bekerja untuk parti, rakyat dan kerajaan, al-Fatihah untuk allahyarham dan sekalung takziah dari kami untuk keluarga allahyarham,” ujarnya.
Read More - Oh! Politik: Allahyarham ADUN Galas Che Hashim disegani di Gua Musang

Oh! Politik: Maklumat Ringkas Dun N45 Galas

Oh! Krai Utara

Share

Dun N45 Galas merupakan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen P032 Gua Musang, Kelantan. Kawasan ini bersempadan dengan DUN N43 Nenggiri disebelah utara, Merapoh, Pahang Darul Makmur dan Cameron Highland di sebelah selatan. Mempunyai 6 kawasan petiundi majoriti Orang Asli, 2 kawasan peti undi majoriti Cina dan 5 kawasan petiundi majoriti Melayu, menjadikan jumlah kawasan petiundi kesemuanya 13.

Semasa pilihanraya umum ke 12 tahun 2008, jumlah pemilih bagi DUN Galas ialah seramai 10330 (6255 Melayu, 1903 Cina, 172 India dan 2000 Orang Asli) Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon Pas Chek Hashim Sulaima mengalahkan Calon BN iaitu En Mohamad Saufi Deraman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (pada masa itu) yang juga penyandang bagi kawasan berkenaan.

Tiga kategori kawasan iaitu kawasan kampung tradisional termasuk setinggan, kawasan bandar termasuk kawasan perumahan dipinggir bandar yang didiami oleh golongan pertengahan, manakala kawasan yang ketiga pula ialah kawasan kampung orang asli.

Dun Galas merupakan pusat pentadbiran Parlimen Gua Musang yang sekarang ini sedang berkembang pesat. Walaupun kawasan ini bukan merupakan bandar industri, tetapi kawasan ini lebih popular sebagai bandar transit, dimana ia merupakan pintu masuk dari pahang melalui Kuala Lipis, dari Perak melalui Simpang Pulai, Ipoh dan Cameron Highland, dari

Sementara itu pada PRU ke 11 tahun 2004 Calon dari BN Mohamad Saufi Deraman mendapat 4148 undi telah mengalahkan Calon PAS Chek Hashim Sulaima yang mendapat 2455 undi. majoriti 1729 undi .
Read More - Oh! Politik: Maklumat Ringkas Dun N45 Galas

Oh! Politik: TERKINI! ADUN Galas Meninggal Dunia...Al Fatihah

Oh! Krai Utara

Share
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima, 47, meninggal dunia di Hospital Pakar al-Islam, Kampung Baru akibat barah usus kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Maklumat tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang turut berada di pusat rawatan berkenaan sejak pagi tadi.

"Beliau disahkan meninggal pada pukul 4.30 petang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Che Hashim dimasukkan ke KBMC sejak lima hari lalu.

Anggota keluaga beliau turut berada di pusat rawatan berkenaan.

Beberapa pemimpin tertinggi PAS turut menziarahi Che Hashim antaranya Penolong Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar.

Che Hashim disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu apabila batuk mengeluarkan darah.
Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, China.

Julai lalu beliau sekali lagi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana Kota Bharu.
Read More - Oh! Politik: TERKINI! ADUN Galas Meninggal Dunia...Al Fatihah

OH!: Keluarga bekas tahanan ISA teruskan perjuangan

Oh! Krai Utara

Share
Abah [Mat Shah Satray] dibebaskan dari ISA pada Sept 15, 2009 setelah Menteri Dalam Negeri dikatakan berpuashati kerana Abah tidak lagi menjadi ancaman kepada negara walaupun beberapa bulan sebelum itu menteri yang sama kata, beliau masih perlu ditahan kerana ‘masih’ memberi ancaman kepada keselamatan negara!

Tanpa sebarang proses perbicaraan dengan kehadiran pendakwa, peguam dan hakim mahkamah, beliau telah dihantar pulang oleh beberapa orang polis Cawangan Khas ke rumah kami di Taman Keramat.

Alhamdulillah, kami bersyukur pada Allah di atas kepulangan ini dan amat berterima kasih pada semua rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan serta doa supaya kami sekeluarga dapat bersatu semula selepas tujuh tahun dipisahkan oleh beberapa orang Menteri Dalam Negeri sebelumnya.

Walaupun bebas, hidup Abah tetap terkongkong. Saya dan Suhaib [anak] terpaksa membuat banyak pengubahsuaian danpengorbanan untuk membantu beliau menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.
Tiada siapa yang memahami bagaimana kehidupan Abah ketika tujuh tahun lebih di dalam Kem Kamunting …namun… kami yang bergelumang dengan beliau setiap hari memang terpaksa bersabar melebihi…READ MORE
Read More - OH!: Keluarga bekas tahanan ISA teruskan perjuangan

Oh! Isu Bukan Islam Masuk Masjid: JAIS, MAIS 'Double Standard'

Oh! Krai Utara

Share
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menyelar tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kerana bersikap double standard dalam isu orang bukan Islam memasuki masjid.
Khalid menegaskan tindakannya memuat naik imej Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan yang didakwa berada di dalam sebuah masjid semasa penyerahan sumbangan kepada umat Islam baru-baru ini di blognya adalah bagi membuka mata JAIS dan MAIS yang bersikap tidak adil apabila wakil rakyat pembangkang memasuki rumah ibadah umat Islam.
"Apabila kegiatan sebegini dilakukan oleh wakil Barisan Nasional (BN) mereka diam, malah berusaha membantu.
"Tetapi apabila ia dilakukan oleh wakil dari Pakatan Rakyat, macam-macam tohmahan yang dilemparkan," tegasnya melalui e-mel kepada mStar Online yang dikirimkan dari Arab Saudi, Rabu.
Dalam pada itu, Khalid berkata, apa yang dilakukan oleh Kamalanathan adalah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen yang bertanggungjawab terhadap kawasan Parlimennya dan usaha berdampingan dengan masyarakat bukan satu kesalahan.
"Saya syorkan mereka agar meneruskan kegiatan mereka memakmurkan masjid dan surau kerana setahu saya tiada kesalahan yang dilakukan," katanya.
Menyentuh mengenai kenyataan Ahli Parlimen Hulu Selangor itu yang berterima kasih kepada beliau kerana memberi publisiti kepadanya, Khalid berkata, Kamalanathan bukan sasarannya dalam isu itu dan berharap beliau tidak taksub dengan publisiti murahan.
"Seperti yang saya katakan, beliau bukan sasaran saya dalam isu ini. Jika ada publisiti pun, beliau hanya mendapat publisiti tempias sahaja," ujarnya.
Khalid berkata, Ahli Parlimen BN itu sepatutnya membina reputasinya atas peranannya di Parlimen, membantah rang undang-undang serta dasar-dasar yang membebankan rakyat dan bukannya menagih publisiti 'tempias'.
"Kalau publisiti yang beliau banggakan, takut-takut itu sahaja peranan yang diketahui rakyat berhubung peranan beliau sebagai seorang Ahli Parlimen," ujarnya.
Khalid turut menyangkal dakwaan bahawa gambar itu telah disunting dan mendakwa terdapat banyak lagi gambar pada majlis tersebut.
"Soal di luar atau di dalam masjid tidak releven bagi saya. Persoalan itu sepatutnya ditujukan kepada JAIS dan MAIS kerana bagi saya, selaras dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, ia bukan satu masalah atau kesalahan," katanya.
Semalam akhbar melaporkan Khalid dalam entri di laman blognya pada 17 Ogos lalu memuat naik gambar Kamalanathan yang didakwanya berada di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor bagi menyampaikan sumbangan kepada umat Islam.
Read More - Oh! Isu Bukan Islam Masuk Masjid: JAIS, MAIS 'Double Standard'

OH Artis:Shafie Apdal Kahwin Artis, berguru Ngan Bung Mokhtar ke?

Oh! Krai Utara

Share
Entahlah betul ke tak tapi kalau gossip dalam forum Cari sudah tentu ada banyak kebenaran sebab dalam tu semua public papa dan mamarazi banyak dalam tu.
Gossip terbaru yang Zoom baca Menteri dari Sabah Ahafie Apdal nak atau dah kahwin dengan artis. Apa-apa pun ia hanya gossip semata-mata, nak tau 
kebenaran tunggu je maklum balas dari yang empunya diri…READ MORE
Read More - OH Artis:Shafie Apdal Kahwin Artis, berguru Ngan Bung Mokhtar ke?

OH Artis:Bersyukur di Hari Raya? (7) - EDISI GELEK AIDILFITRI MENTERI KPDNKK (VIDEO)

Oh! Krai Utara

Share
Jogetilah hari raya anda dengan penuh kesyukuran sebagaimana kami di Parlimen Bera menjogetinya.

Tarikh: 19 September 2010

Tempat: Laman Kerayong, Parlimen Bera, Pahang.

Nak cerita pasal: Rumah Terbuka MP Bera/Menteri KPDNKK.

Tahun lepas punya cerita kat sini.

Cerita di penghujung Syaaban dulu kat sini.


Posting ini adalah kesinambungan dari posting terdahulu di sini, di sini,di sini, di sini, di sini dan di sini.

Isu ini telah diberitakan di sini. Barangkali TV3 tidak berminat untuk menyiarkannya?


Ini dia kemucak acara yang ditunggu-tunggu oleh kita semua.............

Bergeleklah penuh kesyukuran di setiap kali Aidilfitri menjelma bersama Menteri KPDNKK anda. Setiap gelekan adalah "kesyukuran".............




Satu lagi video hangat menyusul................

Bersambung............... 


dari blog sahabat kita: al mankaaqi
Read More - OH Artis:Bersyukur di Hari Raya? (7) - EDISI GELEK AIDILFITRI MENTERI KPDNKK (VIDEO)

OH Politik: Hanya Hukum Allah Selesai Masalah Jenayah Kejam! - Mufti Kedah

Oh! Krai Utara

Share
Mufti saran hukum Qisas 


ALOR SETAR - Masyarakat kini harus kembali kepada ajaran al-Quran dengan melaksanakan hukum Qisas atau hukum balas bagi kesalahan jenayah melampau yang disifatkan kejam dan di luar tabii. 

Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, hanya hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada pesalah dan orang sekeliling dapat membendung jenayah kejam daripada terus berleluasa. 

“Hukuman sedia ada tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada masyarakat, tidak hairanlah jenayah makin berleluasa sehingga ada pihak sanggup membunuh warga emas, kanak-kanak mahupun membuang bayi tanpa ada belas kasihan,” katanya. 

Sheikh Muhamad Baderudin berkata, hukuman Qisas seperti yang termaktub dalam kitab suci adalah sesuai untuk semua zaman, malah Allah SWT telah menyebut bahawa hukuman ini dapat memberi kehidupan yang selesa pada masyarakat. 

“Apabila masyarakat melihat kesan daripada hukuman ini, contohnya mencuri hukumannya potong tangan. Mereka akan takut untuk melakukan jenayah itu kerana boleh menyebabkan mereka hilang anggota badan. Oleh itu mereka tidak berani buat begitu pada orang lain kerana hukum balas ini adalah supaya pesalah merasai keperitan mangsa,” katanya. 

Sheikh Muhamad Baderudin mengulas kejadian tragis yang menimpa jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dipukul, dibunuh dan dibakar selain abu mayat kesemua mangsa dibuang ke dalam sungai, baru-baru ini. 

Tragedi yang turut memberi kesan pada masyarakat ialah insiden seorang warga emas wanita, Lian Osman, 74, yang tinggal bersendirian di Yan, mati dibunuh selepas disamun di dalam rumah sendiri pada 15 Ogos lalu. 

Kejadian lain membabitkan seorang wanita berusia 26 tahun, Suhana Mohd Shariff dari Kota Tanah, dekat sini, yang ditikam rakan baiknya sendiri sebanyak tujuh kali di perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur sepanjang 17.8 sentimeter. Kejadian pada 2 Mei itu menggemparkan rakyat Kedah kerana dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan. 

Sheikh Muhamad Baderudin berkata, manusia menjadi semakin kejam apabila kehidupan mereka bertunjangkan duniawi sehingga sanggup berbunuhan demi harta kekayaan. SH

“Banyak faktor yang menyumbang kepada kekejaman, antaranya tekanan hidup, gila harta dan kuasa. Sikap cintakan duniawi punca berlakunya kepincangan dalam masyarakat. Kita sudah hilang nilai-nilai murni dan agama yang sepatutnya dipupuk sejak kecil,” katanya. 

Menurutnya, ajaran Islam tidak hanya mementingkan hukuman setimpal, sebaliknya sebelum pesalah dikenakan hukuman, mereka perlu diberi didikan. 

“Jika didikan tidak beri kesan, barulah dikenakan hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran. Ini termasuk gejala sosial seperti buang anak dan berzina,” katanya. 

Sheikh Muhamad Baderudin turut kesal kerana perbuatan kejam yang banyak dipaparkan di dada akhbar menunjukkan realiti kepincangan masyarakat kini. 

“Orang yang bertamadun tidak akan melakukan kekejaman yang melampau,” katanya.
Read More - OH Politik: Hanya Hukum Allah Selesai Masalah Jenayah Kejam! - Mufti Kedah

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...