Oh PRK Dun Galas:Siapa calon BN di Galas? Abdul Aziz Yusof atau Zamzani Harun

Oh! Krai Utara

Share SIAPA calon? Itulah persoalan bermain di fikiran ahli UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (:BN) berikutan hari ini dikatakan tarikh pengumuman calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. 

:Antara nama yang menjadi sebutan sebelum ini adalah Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof, 49, dan satu lagi nama yang timbul Naib Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Zamzani Harun, 39. 

:Walaupun Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, pada awalnya menjadi pilihan BN, tetapi beliau selaku Pengarah Pilihan Raya Kecil (PKR) dipercayai cenderung untuk memilih calon lain. 

:DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada Pas akibat kanser pada 27 September lalu. 

:Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 apabila mendapat 4,399 undi berbanding Mohamad Saufi 3,753 undi. 

Mohamad Saufi pada Pilihan Raya Umum 2004 berjaya mengalahkan Chek Hashim dengan majoriti 1,729. 

DUN Galas mempunyai 10,330 pengundi dengan 65.81 peratus adalah Melayu, Cina (22.03 peratus), India (1.18 peratus) dan lain-lain (10.32 peratus). Bagaimanapun, pada pilihan raya lalu hanya 8,323 pengundi atau 80.57 peratus yang keluar mengundi. 

Sementara itu, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pihaknya kini perlu turun padang untuk membuat tinjauan ke kawasan tersebut bagi menentukan tahap sokongan pengundi kepada BN. 

Beliau berkata, apa diharapkan dalam PRK ini kemenangan akan berpihak kepada BN dengan majoriti yang besar, bagaimanapun adat pertandingan ada kalah dan menang. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November sebagai tarikh PRK manakala penamaan calon pula pada 26 Oktober ini. 

Dalam satu ceramah sempena 20 tahun pemerintahan Islam di Kelantan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan Pemangku Yang Dipertua Pas Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad, 44, sebagai calon parti itu pada 21 Oktober lalu. 

Pengamal perubatan itu, Dr Zulkefli pernah bertanding sebanyak dua kali pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11 dan 12 bagi kerusi Parlimen Gua Mu:sang tetapi tewas kepada Tengku Razaleigh Hamzah. 

:Dr Zulkefli tinggal di Kuala Krai dan mempunyai klinik di Ciku, beliau merupakan anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Mohamed Awang dan anak ketujuh daripada 10 adik-beradik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...