OH!: Keluarga bekas tahanan ISA teruskan perjuangan
Oh! Krai Utara
Abah [Mat Shah Satray] dibebaskan dari ISA pada Sept 15, 2009 setelah Menteri Dalam Negeri dikatakan berpuashati kerana Abah tidak lagi menjadi ancaman kepada negara walaupun beberapa bulan sebelum itu menteri yang sama kata, beliau masih perlu ditahan kerana ‘masih’ memberi ancaman kepada keselamatan negara!
Tanpa sebarang proses perbicaraan dengan kehadiran pendakwa, peguam dan hakim mahkamah, beliau telah dihantar pulang oleh beberapa orang polis Cawangan Khas ke rumah kami di Taman Keramat.
Alhamdulillah, kami bersyukur pada Allah di atas kepulangan ini dan amat berterima kasih pada semua rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan serta doa supaya kami sekeluarga dapat bersatu semula selepas tujuh tahun dipisahkan oleh beberapa orang Menteri Dalam Negeri sebelumnya.
Walaupun bebas, hidup Abah tetap terkongkong. Saya dan Suhaib [anak] terpaksa membuat banyak pengubahsuaian danpengorbanan untuk membantu beliau menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.
Tiada siapa yang memahami bagaimana kehidupan Abah ketika tujuh tahun lebih di dalam Kem Kamunting …namun… kami yang bergelumang dengan beliau setiap hari memang terpaksa bersabar melebihi…READ MORE
0 ulasan:
Catat Ulasan