Kalau Macam Ni Tidor Di Gudang Beras la Pakatan PRU 13!
Oh! Krai Utara
Kalau betul perkara cam ni terjadi, nasib malang laa Pakatan Rakyat. Bak Kata orang kampung aku tidor gudang beras yang bermaksud terbungkang la tu. moaga pimpinan dan pendukung PR cepat sedar diri ye
Kesal pemimpin PKR tidak beri kerjasama
TELUK INTAN - Penyokong Pakatan Rakyat (PR) di sini kesal kerana tiada kerjasama dalam kalangan komponen parti itu yang terdiri daripada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk membela rakyat.
Kesal pemimpin PKR tidak beri kerjasama
TELUK INTAN - Penyokong Pakatan Rakyat (PR) di sini kesal kerana tiada kerjasama dalam kalangan komponen parti itu yang terdiri daripada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk membela rakyat.
Penyokong berkenaan, Chan Wee Chuan berkata, tanggungjawab membela nasib rakyat tidak hanya diletakkan di bahu Pas sahaja disebabkan mereka menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong dan DAP di DUN Pasir Bedamar, sebaliknya PKR yang tiada kerusi perlu turun padang.
Menurutnya, apa yang dilihat, hanya Pas sahaja bersungguh-sungguh membantu rakyat sebaliknya yang lain senyap sahaja.
“Mereka seharusnya bekerjasama dan memenuhi segala aspirasi rakyat serta menunaikan janji mereka semasa pilihan raya lalu,” katanya kepada Sinar Harian di Jalan Changkat Jong, di sini, semalam.
Dia berkata, sebaik-baiknya dalam PR, mereka yang melaksanakan tanggungjawab perlu diberikan peluang untuk terus berkhidmat sebaliknya jika mereka tidak bekerja untuk tidak layak meminta apa-apa.
“Pemimpin atau parti yang tidak turun padang tidak harus diberi peluang untuk memperoleh mana-mana kerusi kerana bimbang apabila menang kelak, mereka akan mengkhianati rakyat,” katanya.
Seorang lagi penyokong, J Thurugiah, berkata, dia sendiri hanya akan menyokong mereka yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat pada masa akan datang berdasarkan pemerhatian yang dibuat.
Menurutnya, penduduk di sini kesal dengan pemimpin tempatan di sini yang tidak menjenguk rakyat dan tidak menunaikan manifesto yang dijanjikan.
“Kami masyarakat di sini khususnya kaum India dan Cina kesal dengan pemimpin yang kita sokong selama ini tidak membela nasib rakyat,” katanya.
Sementara itu, seorang penyokong parti berkenaan, Saat Nayan berkata, dia sendiri tidak kenal pemimpin PKR di sini walaupun mereka komponen PR kerana kebanyakan kerja kebajikan dilakukan oleh Pas.
Menurutnya, dia secara peribadi kagum dengan kepimpinan Pas yang berjaya mengorganisasikan parti mereka dengan baik tanpa ada sebarang masalah besar malah tugas diberikan dilaksanakan dengan baik.
“Dengan mengambil contoh Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Teluk Intan, banyak kerja kebajikan yang dibuat walaupun mereka baru sahaja diterima menjadi sebahagian daripada keluarga Pas,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi DHPP Teluk Intan, Harcharn Singh yang ditemui berkata, Pas di sini seolah-olah keseorangan walaupun mempunyai Majlis Perundingan PR di sini melibatkan PKR dan DAP.
“Alasan tiada peruntukan tidak boleh diterima sama sekali memandangkan Pas juga tidak mempunyai peruntukan tetapi masih mampu menyumbang dan berkhidmat untuk rakyat.
“Kita harap PKR tidak membuat sebarang tuntutan kerusi mahupun bertanding lagi disebabkan perkhidmatan mereka tidak begitu baik,” katanya.
Bagaimanapun, Sinar Harian cuba mendapatkan reaksi Manogaran dan pemimpin PKR Teluk Intan berhubung isu itu, tetapi kesemua mereka gagal dihubungi.-SH
0 ulasan:
Catat Ulasan