Drs Khalil Idham Lim Ucap Tahniah Kepada Zulkifli Nordin?

Oh! Krai Utara

Share Pemecatan Zulkifli Noordin , tahniah kepada PKR.

Berikutan dengan pemecatan terhadap Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR selama kira-kira 3 jam setengah. Keputusan terhadap Zulkifli dibuat secara sebulat suara selepas mempertimbangkan pelbagai aspek, termasuk kesan "kesalahan yang berulang-ulang" yang dilakukannya dan kesannya terhadap partinya

Sehubungan dengan itu saya sukaa menjelaskan beberapa pendirian peribadi dalam perkara tersebut

1. Saya sangat bersetuju dan mengucapkan tahniah kepada ketegasan dan tindakan yang saya anggap sangat konsisten yang diputuskan oleh PKR dan menentukan kedudukan Ahli Parlimen Kulim-bandar Baharu yang sangat bermasalah itu.

2. Sehubungan dengan itu saya merasakan bahawa tindakan tersebut akan menguatkan lagi kedudukan PKR apabila membuang "virus" yang bukan saja menjadi masalah kepada PKR , namun kepada Pakatan Rakyat.

3. Sesungguhnya ia memberi pengajaran bahawa dalam banyak hal seseorang yang sangat mendewakan mesej dan perjuangan peribadi dalam apapun parti tidak akan bertahan lama.

4. Nasihat saya kepada seluruh penyokong dan pendokong pakatan Rakyat supaya sentiasa mengambil kira kepentingan parti berbanding dengan kepentingan peribadi.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

1 ulasan:

  1. azman kamarul berkata...

    Tahniah Kulim Bandar Baru...anda sekarang akan bercakap dalam kapasiti bebas dan bercakaplah sebebas-bebasnya.....tiada ikatan parti lagi..buat apa yang anda suka buat....PRU 13 nanti anda akan tahu LANGIT ITU RENDAH ATAU TINGGI...

    Satu soalan untuk anda :BERAPA RAMAI PENGIKUT ANDA YANG MENGIKUT JEJAK ANDA MENJADI ORANG BEBAS?

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...