Maahad Rahmaniah ke peringkat negeri

Oh! Krai Utara

Share
KUALA KRAI – Penat lelah yang diharungi pasukan kadet polis Maahad Rahmaniah dekat sini berbaloi apabila muncul juara pertandingan kawad kaki peringkat zon tujuh sekolah-sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang diadakan di Maahad Muhammadi Gua Musang. 

Penyelaras kadet polis Maahad Rahmaniah Kuala Krai, Inspektor Kadet Awang Senik Awang Hamat berkata, latihan yang diadakan secara intensif sejak awal penggal persekolahan lalu. 

Menurutnya, pasukan kadet polis yang dianggotai seramai 34 pelajar itu mengadakan latihan dua kali seminggu untuk membolehkan mereka mendapat pengiktirafan tersebut. 

“Kami amat bersyukur kerana tahun ini sekali lagi pasukan sekolah kami berjaya mewakili zon ke peringkat negeri sebagai johan tiga tahun berturut- turut. 

“Ini semua adalah hasil kerja keras semua pihak terlibat yang sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan Maahad Rahmaniah setiap tahun,” katanya kepada :Sinar Harian:. 

Beliau berkata, pasukan kadet polis Maahad Rahmaniah melayakkan diri sebagai wakil zon tujuh ke peringkat negeri yang bakal diadakan di Kota Bharu pada 4 Mac nanti. 

Katanya, tahun lalu juga menyaksikan pasukan kadet Maahad Rahmaniah muncul juara keseluruhan bagi peringkat negeri. 

“Saya harap tahun ini semua anggota kadet akan mempamerkan komitmen yang sama untuk mengekalkan kejuaraan dan mengharumkan nama Kuala Krai. 

“Ia adalah suatu pencapaian yang membanggakan bagi sebuah sekolah pedalaman yang jarang sekali mendapat perhatian pihak luar,” katanya. 

Menurutnya, sekolah lain yang menyertai pertandingan bagi peringkat zon tujuh ini ialah Maahad Muhammadi Gua Musang, Sekolah Menengah Ugama (Arab) (SMUA) Darul Salam, Sungai Peria dan SMUA Falahiah, Sungai Sok. 

Katanya, pertandingan tersebut menyaksikan johan kawad berkumpulan dimenangi kadet polis Maahad Rahmaniah Kuala Krai, naib johan oleh kadet Bomba Maahad Rahmaniah Kuala Krai, dan tempat ketiga kadet polis Maahad Muhammadi Gua Musang. 

Kawad individu pula dimenangi Sarjan Kadet Faizal Hakim Zanubari dari Maahad Rahmaniah, tempat kedua oleh Koperal Kadet Amzar Fadhlullah dari Maahad Rahmaniah, tempat ketiga dimenangi oleh Kadet Polis Maahad Muhammadi Gua Musang dan tempat keempat disandang Sarjan Kadet Ashraf Radzi dari Kadet Bomba Maahad Rahmaniah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...