The Red Warriors diserbu peminat

Oh! Krai Utara

Share
KUALA KRAI – Lebih 5,000 peminat hadir pada program anjuran Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menerusi skuad Red Warriorsnya yang mengadakan program jelajah bola sepak bersama Komuniti Kuala Krai, bagi memantapkan lagi skuad itu dalam menghadapi liga bola sepak musim ini dekat sini, semalam. 

Pengerusi Tahun Bolasepak Kelantan 2010 (TBK-2010), Datuk Nik Ramzi Abdul Rahman berkata, program itu bertujuan merapatkan hubungan antara pemain skuad itu dengan peminat-peminat dan anggota kelab penyokong jajahan itu bagi meningkatkan semangat dan motivasi kesukanan dalam semua liga yang disertainya. 

Antara acara yang dilangsungkan termasuklah perlawanan/pertunjukan bola sepak persahabatan dengan kelab penyokong Jajahan Kuala Krai, beramah mesra dengan peminat dan khidmat masyarakat. 

Hadir sama pada program ini Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, Pengurus, Azman Ibrahim, Jurulatih Pasukan, B. Sathianathan serta pemain dan pengurusan Kafa-SH

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...