Nak Duit Tak? :Ganjaran RM17 juta tangkap Ketua Taliban

Oh! Krai Utara

Share ISLAMABAD - Kerajaan Pakistan semalam menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM17 juta) bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan ketua Taliban Pakistan, Hakimullah Mehsud dan 18 orang kanannya sama ada hidup atau mati. 

Ganjaran itu ditawarkan dalam iklan yang disiarkan menerusi akhbar dan televisyen. 

"Sesiapa yang menangkap orang ini secara hidup atau mati atau memberikan maklumat kukuh akan diberikan ganjaran wang oleh kerajaan," kata iklan itu. 

"Pengganas Tehreek-e-Taliban terlibat dalam kegiatan pembunuhan pada setiap hari dengan mengorbankan penduduk Islam yang tidak berdosa," katanya. 

Sebahagian besar ganjaran itu diberikan bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan Hakimullah serta dua orang kanannya, Wali ur-Rehman Mehsud dan Qari Hussain Mehsud. 

Qari Hussain didakwa pernah menjadi pengajar kepada pengebom-pengebom berani mati.-Sinar Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...