Pas di dalam persimpangan, Ke Lubang Kehancurankah Kita?
Oh! Krai Utara
Pas nampaknya berada diambang perpecahan teruk, dengan dua pemimpin dan tok gurunya, Nik Aziz dari Kelantan dan Hadi Awang dari Terengganu, bersiap sedia untuk berkonfrontasi mengenai apa yang dikatakan 'pemimpin bermasalah', iaitu Hassan Ali dan keadaan mengelirukan di Selangor, di samping keakraban yang dilihat terjalin antara beberapa pemimpin Pas Terengganu dan pemimpin UMNO.
Sesungguhnya, parti yang berwajah agama itu dijangka menghadapi krisis politik teruk Sabtu ini (7 November), apabila apa yang secara halus, dipanggil 'seminar' itu diadakan.
Bagaimanapun, untuk memahami punca konflik itu, kita perlu kembali kepada malam 8 Mac 2008 dan kemenangan luar biasa pembangkang, iaitu Pakatan Rakyat.
Patut diketahui pencapaian Pas malam itu tidaklah memberangsangkan sangat. Jangan silap faham dengan kenyataan saya ini. Pas sebenarnya menunjukkan kejayaan yang baik, dengan kerusi yang dimenanginya meningkat daripada tujuh kepada 23, tetapi ini masih rendah dibandingkan dengan pencapaian yang diraih Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Anwar Ibrahim yang berjaya meningkatkan bilangan kerusi Parlimennya dari satu kepada 31.
Sementara parti itu menang besar di banyak kerusi di kawasan berbilang kaum (terutama Shah Alam dan Titiwangsa), ia, bagaimanapun, gagal menyerlah di negeri sebelah utara yang ramai Melayu, iaitu Kedah dan juga Terengganu di pantai timur.
Sesungguhnya kegagalan mereka menguasai Terengganu adalah tamparan terhadap ahli politik tempatan, seperti Ustaz Harun Taib, Mustapha Ali dan yang lebih ketara, Ustaz Hadi Awang.
Bayangkan kemarahan dan kekecewaan orang seperti Hadi, 'Singa Rusila' yang terpaksa menghadapi orang yang tidak begitu terkenal dalam parti, seperti Mohamad Nizar Jamaluddin, jurutera yang kurang menonjol dan Haji Azizan Abdul Razak, yang menjadi Menteri Besar, sementara Hadi, sebagai pemimpin utama parti, menjadi Ahli Parlimen biasa sahaja.
Pas untuk semua
Dalam masa yang sama, Pilihan Raya Umum 2008 itu mencerminkan perubahan yang tidak pernah berlaku dalam taktik Pas, iaitu berundur daripada amalan mempromosi Syariah secara lebih agresif.
Sebaliknya, parti itu memperkenalkan cogan kata 'Pas untuk semua'. Mereka juga menggunakan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Bersih, untuk mengetengahkan isu rasuah, kebertanggungjawaban dan ketelusan, isu nasional yang mempunyai tarikan.
Bagaimanapun, ini bukan sekadar gimik pilihan raya. Perubahan strategi yang kritikal itu meningkatkan lagi populariti mereka yang menghasilkan program inklusif dan sesuai di peringkat nasional, Mereka terdiri daripada orang profesional yang juga disebut 'Erdogan' kerana kemiripan cara mereka dengan cara Perdana Menteri Turki Recep Erdogan mengenai keIslaman. Pasti sekali keakraban golongan Erdogan dengan Anwar menambahkan lagi dendam puak Terengganu.
Apa pun, strategi itu mengetepikan ulama secara berkesan. Parti itu nampaknya berhasil menuju ke arah masyarakat majmuk dan seperti yang dikatakan setengah pihak, menyalakan semangat kepimpinan Dr Burhanuddin al-Helmy di antara 50-an dan 60-an di samping ideanya yang lebih progresif, tetapi sedikit berhaluan kiri.
Seperti apa yang dikatakan Wan Saiful, CEO Malaysia Think-tank, dan rakan karib ramai pemimpin kanan Pas: "Memang benar ulama terkejut dengan keputusan Pilihan Raya Umum tahun lalu dan sejak itu berusaha mengawal parti itu
Menyedari kemungkinan mereka hilang kuasa dalam parti, golongan ulama bersatu dan menumpukan kepada usaha tersebut. Untuk mencapai matlamat mereka, mereka memfokuskan kepada muktamar pada Jun lalu dengan tekad menewaskan pihak profesional/Erdogan.
Dengan memberi tumpuan kepada usaha untuk menang, ulama dan pengikut mereka, paling ketara, Nasharuddin Mat Isa, mengetengahkan aspirasi pihak progresif parti, seperti Husam Musa, dari Kelantan, yang kalah dalam niatnya hendak menjadi Timbalan Presiden Pas.
Nik Aziz memainkan peranan kritikal dalam peristiwa yang tercetus dalam Pas sejak lapan bulan lalu, khususnya meningkatkan kuasa golongan progresif. Mustahil membayangkan pihak Erdogan dapat mencapai kejayaan jika tidak dengan sokongan dan naungan Nik Aziz.
UMNO akan untung
Terus terang, saya tidak faham mengapa pemimpin Kelantan yang sudah berusia itu rasa begitu penting mengenai keperluan untuk membawa Pas ke tengah perdebatan politik. Sebagai seorang yang begitu konservatif dan zuhud, hasrat Nik Aziz dalam perkara itu agak susah difahami.
Apakah beliau percaya perlunya Pas mengembangkan sayap melePasi kawasan orang Melayu? Apakah disebabkan beliau suka kepada Husam dan menjadi penaungnya maka beliau menyokong Erdogan? Atau adakah beliau melihat masa depan Pas lebih serasi dengan golongan profesional?
Pas berazam menjadi parti lebih besar. Tindakannya menjuarai Islam menjadikannya parti yang dipilih oleh orang Melayu yang tidak selesa dengan tindakan UMNO yang kurang meyakinkan dalam mengendalikan isu agama. Pada masa yang sama, perjuangan Pas mengenai pelbagai isu, terutama caranya melawan rasuah, membuat parti itu serasi dengan pengundi bandar.
Usaha ke arah anjakan paradigma ini sangat berat. Saya syak kebanyakan ahli Pas mempunyai fahaman yang sangat terhad dalam perkara ini. Setengah bimbang dengan hasilnya, yang akibatnya menyebabkan tindakan balas daripada puak di Terengganu.
Perlu direnungkan apakah kekecohan dalam Pas bukan akibat masalah lebih besar, iaitu keraguan orang Melayu dan kehilangan kepercayaan terhadap politik berbilang kaum dan berasaskan isu?
Setakat mana kegagalan Erdogan untuk menangani dengan cekap masyarakat majmuk dan kesamarataan disebabkan pemimpin-pemimpin mereka dan setakat mana disebabkan kita masih tidak menerima perubahan?
UMNO akan untung jika Pas memilih untuk menolak tindakan berani untuk bergerak ke arus perdana. Yang benar-benar rugi adalah rakyat Malaysia.
Kita perlukan Pas untuk mengisi ruang 'progresif'. Kita perlukan mereka berada di tengah-tengah debat politik dan mengasak UMNO berkaitan isu rasuah, melalui kebebasan awam dan pemerintahan yang baik. Jika mereka berada dalam sempadan, mereka akan menjuruskan fokus kepada Islam dan membuat polisi moral, memperkuatkan keadaan konservatisme yang sudah pun ujud.
Seperti saya katakan, yang benar-benar rugi dalam semua ini adalah Malaysia.- Sinar Harian
0 ulasan:
Catat Ulasan