inkues Kematian Teoh Beng Hock: Tiada petanda adanya pergelutan

Oh! Krai Utara

Share

, Pakar forensik memberitahu prosiding inkues Teoh Beng Hock hari ini bahawa tiada bukti kecederaan ketara pada mayat mendiang teoh yang menunjukkan adanya berlaku pergelutan sebelum setiausaha politik Exco Selangor itu dipercayai terjatuh dari Plaza Masalam bulan lalu.

Bahkan Pakar Perunding Kanan Perubatan Jabatan Forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Dr. Khairul Azman Ibrahim menyatakan kepada mahkamah, Teoh mati setelah mengalami kecederaan berganda akibat terjatuh dari tempat tinggi.

"Tidak terdapat kesan kecederaan akibat pergelutan ketara pada si mati. Juga tidak terdapat tanda-tanda kecederaan ketara akibat menangkis serangan di bahagian luar tangan," katanya.

Dr. Khairul memaklumkan bahawa berdasarkan siasatan punca kematian adalah disebabkan terjatuh dari tempat tinggi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...