PR : BN perompak!, BN: Bapak Perompak!
Oh! Krai Utara
Semalam ADUN Pakatan label wakil rakyat BN perompak
PULAU PINANG: Jika kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir Barisan Nasional (BN) dianggap "perompak" berhubung isu Kampung Buah Pala, kerajaan negeri pakatan pembangkang sekarang adalah "bapa perompak", kata Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga).
Ini kerana kerajaan sekarang menerima baki bayaran premium sebanyak RM2.2 juta hasil penjualan tanah di kampung itu, katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.
"Jika mereka sering menuduh kita perompak dengan menerima bayaran RM1 juta tetapi sebenarnya merekalah bapa perompak kerana menerima RM2.2 juta," katanya ketika Ketua Menteri Lim Guan Eng sedang menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbadanan Bukit Bendera 2009.
Azhar berkata, surat pengesahan pemilikan tanah berkenaan disempurnakan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim pada 27 Mac lepas selepas menerima baki akhir bayaran premium pada 14 Mac.
Lim yang mempertahankan pendiriannya bahawa kerajaan BN adalah punca segala masalah di Kampung Buah Pala berkata, kerajaan negeri sekarang hanya meneruskan apa yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.
"Kenapa kerajaan BN jual tanah itu dengan harga yang murah?" katanya.
Syed Syed Amerruddin Syed Ahmad (BN-Bayan Lepas) kemudiannya bangun menjelaskan bahawa tanah itu dijual murah kerana terdapat pertukaran tanah antara tanah Kampung Buah Pala dan sebidang tanah di sebelah Dewan Sri Pinang milik Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang (KPKPP). "Jadi masalah harga tanah murah tidak timbul kerana ia melalui proses jual beli yang betul dan persetujuan pertukaran tanah. Bagaimanapun, belum lagi BN menyelesaikan masalah itu, berlaku pertukaran kerajaan," katanya. BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan