Pengkhianat: Anwar Bimbang keselamatannya terancam!

Oh! Krai Utara

Share
Pengkhianat: Anwar mahu Umno bertanggungjawab soal keselamatannya

PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Umno bertanggungjawab terhadap keselamatannya jika sesuatu terjadi ekoran tindakan pemimpin dan penyokong parti itu secara terus-menerus melabelkannya sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

"Saya mahu Umno memikul tanggungjawab jika apa-apa terjadi ke atas saya," kata beliau pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini sebentar tadi.

Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, beliau kini bimbang dengan keselamatannya memandangkan isu berkenaan dilihat dari sudut "perkaumman."

Baru-baru ini, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sri Gading di Batu Pahat menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu.

Berikutan kenyataan itu, Anwar menerusi peguamnya dilaporkan menghantar surat tuntutan meminta Muhyiddin memohon maaf atau berdepan saman sebanyak RM100 juta. lagi di mstar

[ Yak sedap baso muhyidin oyak ko orang pengkhianat, diri dia sendiri tu baik ko, tok khianat ko, selama kening dia dok godam sehabis reng harta rakyat tuh. lagu mana cerita?]

[Sedap mulut laa mu muhyidin, atah muka dunio ni bulih la cakap gitu, esak dalam lubang kubur jupo la rabu kamis]

[Muhyidin keno ingat, kalu demo kato demo tok khianat ko melayu, ambo cayoo "wa caya sama lu!" sebab tu laaa matematik dan sains hok ajar ikut bahasa ibunda muhyidin, muhyidin dan geng dio kato budok lambat pandai, dia suoh ajor kot omputih"

[Cayalah brader muhyidin, engkaulah pendekar melayu yang berbaju melayu, tapi berkepala hotak penjajah]

[Jom kito pakat "boikot" Muhyidin dan Gu-Gu dia iaitu UMNO - BN]

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...