Sukan Pasti Peringkat Negeri Kelantan GEGAR Manek Urai
Oh! Krai Utara
Program itu dijangka memeriahkan lagi suasana kempen pilihanraya yang sedia panas dan persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai, tanggal 14 Julai depan.
Pengarah Pasti Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman di petik berkata, acara sukan pasti yang bertaraf peringkat negeri itu terpaksa di tunda dan dipindahkan ke Manek Urai berikutan hujan lebat.ketika ia dilangsungkan Sabtu lalu.
“Pihak urusetia terpaksa membatalkan sukan berkenaan kerana dibimbangi anak-anak mengidap demam sekiranya meneruskan acara sukan seperti dijadualkan,” katanya di sini.
Sukan itu sepatutnya diadakan di Padang Perdana mengandungi pertandingan bolasepak, bola jaring dan tarik tali. Lebih 2,000 ibu bapa dan kanak-kanak membanjiri padang tersebut yang dipenuhi air.
“Saya bagi pihak Pasti Negeri ingin memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga anak-anak yang datang dari jauh seperti Gua Musang dan Jeli di atas keadaan ini yang tak dapat dielakkan,” ujar beliau.
Ustaz Abdul Latif merangkap Yang Dipertua PAS Kuala Krai itu menyatakan, pihak urusetia sukan bersama Majlis Guru Pasti akan mengadakan mesyuarat pada 3.Jun ini untuk menetapkan tarikh dan lokasi yang sesuai diadakan sukan tersebut.
Sebelum ini Pasti di 14 kawasan di Kelantan telah mengadakan sukan di peringkat kawasan masing-masing.
Manakala johan peringkat negeri akan dipilih mewakili Kelantan bertanding ke peringkat Kebangsaan yang dijangka diadakan di Selangor.
Sukan Pasti peringkat parlimen Kubang Kerian diadakan baru-baru ini di padang Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqaddum Maarif Pasir Tumboh.
Pesta mini sukan itu menggabungkan Pasti dari Dun Pasir Tumboh, Dun Demit dan Salor.
Perasmiannya dilakukan Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan itu, Ustaz Zulkifli Husain.
Seramai 60 pelajar terdiri dari lelaki dan perempuan menunjukkan bakat dalam perlawanan yang diadakan.
Manakala di Jeli, sukan tahunan Pasti diadakan di padang Maahad As-Sabirin Air Lanas yang dirasmikan Yang Dipertua PAS kawasan, Haji Mohd Apandi Mohamad.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan kerajaan negeri menyumbangkan sejumlah RM49,915, kepada Pasti Negeri untuk menganjurkan aktiviti sukan pra persekolahan tersebut.
Sumbangan berkenaan selamat disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Haji Abdul Fattah Mahmood kepada Pengarah Pasti Negeri, Abdul Latif.
Abdul Fattah berkata, aktiviti kesukanan dalam Pasti wajar diadakan di semua peringkat.
0 ulasan:
Catat Ulasan