Jangan biarkan kes Manohara jadi seperti kes Altantuya

Oh! Krai Utara

Share
Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) mengambil serius isu pergolakkan rumahtangga Yang Mulia Tengku Temenggong Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra dengan Isterinya, Manohara Odelia Pinot yang mengadu di dera secara seksual, fizikal dan mental.
Isu ini bakal menjadi isu besar antara dua negara, Malaysia dan Indonesia di mana Manohara yang dilaporkan telah kembali kepangkuan ibunya di Indonesia baru-baru ini telah membuat satu tuduhan yang berat terhadap kerabat dari Kelantan itu.
DPPP berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik bagi mengelak persepsi negatif dan juga sentimen kenegaraan melampau yang mungkin memburukkan hubungan Malaysia dan Indonesia.
DPPP meminta agar pihak berkuasa tidak melihat sahaja perkara ini, tetapi perlu menyiasat dakwaan itu disamping mendapatkan jawapan di pihak Tengku Temenggong.
Bagi DPPP, ini merupakan krisis rumahtangga yang harus memberikan pembelaan kepada kedua-dua pihak tanpa kita membiarkan persepsi negatif dan prejudis bermain di fikiran rakyat kedua-dua negara.
Kerajaan Malaysia bertanggungjawab membantu membersihkan imej Tengku Temenggong atau membela Manohara jika salah seorang antara keduanya benar. Kita tidak mahu isu ini menjadi buah mulut dan menjadi bahan cerita di media antarabangsa sebagaimana isu Altantuya yang akhirnya memburukkan imej negara kerana Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak enggan mengambil apa-apa tindakan bagi membersihkan namanya.
DPPP mendoakan semoga kedua-dua pihak dapat mencapai persefahaman dan menyelesaikan perkara ini secara baik.
Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat

1 ulasan:

  1. Tanak Gouton berkata...

    Salam...
    saya juga mahu tunggu kebenaran kisah pasangan suami isteri ini.Ini antara pasangan suami isteri ini. Jadi, jangan marahkan nyamuk,kelambu dibakar.

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...