PRK Manek Urai : Penduduk Manek Urai terpengaruh lakonan pemimpin Umno
Oh! Krai Utara
"Carilah jalan bagi membela nasib penduduk kampung dengan menaikkan harga getah melalui kewujudan stok penimbal supaya harga getah lebih stabil," kata Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa.
Husam berkata, gimik sebegitu sering kali diulang tayang pemimpin UMNO BN setiap kali menjelang pilihan raya diadakan semata-mata bagi mrnarik undi kepada mereka.
Semalam, sebuah akhbar melaporkan mengenai Ahmad (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) menoreh batang getah bersama penduduk di Kampung Bukit Budu, Manek Urai.
Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, penduduk di Manek Urai tidak mudah terpengaruh dengan lakonan yang dipamerkan pemimpin Umno.
Beliau juga berkata, Sepatutnya, Presiden Umno berfikir berkali-kali sebelum membuat keputusan meletak calon pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai memandangkan parti itu memulau pilihan raya di Penanti.
"Nampaknya pemimpin Umno takut di kawasan majoriti bukan Islam, sebaliknya di kawasan majoriti Melayu mereka berminat sangat," katanya ketika berceramah di Kampung Keluang, di sini malam tadi.
0 ulasan:
Catat Ulasan