PAS Untuk Semua : YDP Kuala Krai Lawat keluarga Arwah.

Oh! Krai Utara

Share

KEROH -Dalam kehangatan pelbagai peristiwa yang melanda politik negara, menyebabkan para pimpinan tidak betah duduk diam, dan baru-baru ini sekali lagi Allah SWT melalui ketentuannya telah menggegarkan jajahan yang dahulu di kenali Ulu Kelantan ini dengan memanggil hambanya yang bernama Ismail Yaacob (Pok Su Mail).

Pok Su Mail yang merupakan wakil rakyat di kawasan Manik Urai itu telah sah pergi meninggalkan kita dan meninggalkan satu kekosongan yang patut di isi oleh seorang pimpinan dalam gerakan yang ingin mendaulatkan hukum Allah di bumi ini.

Dan sebagai salah seorang pimpinan utama di kawasan ini, tambahan pula dengan jawatan sebagai Yang DiPertua PAS kawasan Kuala Krai serta Ketua Pemuda Pas Negeri Kelantan, ADUN Mengkebang, YB Ustaz Haji Abdul Latiff tidak menang tangan melayani pelbagai karenah serta pelbagai masalah yang diajukan kepadanya.

Ditambah dengan 'meninggalnya' ADUN Manek Urai itu, maka banyaklah mesyuarat bagi membincangkan apakah rancangan parti bagi manghadapi ujian PRK tersebut. Baik diperingkat daerah mahupun negeri. Tetapi semua cabaran, cuba dihadapi dengan seupaya mungkin.

Dalam kesibukan semua hal yang terpaksa didepani itu, semalam YB sempat mencuri sedikit masa bagi menziarahi rakyatnya yang menerima musibah.

Beliau yang di temui sejurus selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kemalangan jalan raya di Ladang Pasir Gajah, semalam berkata, " Lawatan ini adalah suatu perkara yang besar dalam memupuk rasa kasih sayang tanpa mengira kaum, di mana mereka yang dalam musibah patut kita ziarahi dan beri sokongan untuk memulihkan semangat mereka"

"Dan dalam merealisasikan PAS untuk semua, maka anjuran agama islam mestilah dihayati dengan cara mengimplimentasikan suruhannya, mengunjungi saudara bukan islam yang dilanda kekecewaan adalah salah satu cara kita menzahirkan kemurnian agama kita kepada mereka, ia satu jalan dakwah'.

Malam kelmarin seorang pemuda India, Kumara Dewan, 32 mati akibat kemalangan jalan raya di Kampung Keroh. Sumbangan disampaikan kepada ayah mangsa, B Balakrishnan.

Mangsa yang dijangka melangsungkan perkahwinan pada Ogos depan. Dia yang juga pengusaha kedai runcit di ladang tersebut., merupakan anak kedua daripada empat adik beradik.-pd

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...