Home
>
Kelantan
> PRK Manek Urai: Perginya seorang Tokoh PAS dari serambi mekah.
Share
Di Pagi jumaat yang lalu, satu lagi sejarah tercatat dalam kamus sirah perjuangan satu-satunya gerakan islam yang unggul di sebelah timur ini, iaitu kembalinya seorang insan yang bernama Ismail Yaacob mengadap tuhannya.
Semoga ruhnya di tempatkan bersama-sama para pejuang, marilah kita selaku umat islam yang berjuang dibawah panji bulan purnama pakat menghadiahkan seutus kata yang mulia, al fatihah.
Mengikut laporan tokoh itu, Haji Ismail Yaacob,60, meninggal kira-kira jam 5.55 pagi dan ini menyebabkab kekosongan di DUN yang diwakilinya (Manek Urai.
Beliau meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu selepas dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak bulan lepas kerana mengalami penyakit kencing manis.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Su Wil dikalangan penduduk Manek Urai, merupakan seorang yang amat di segani. Beliau yang mewakili PAS, mula memenangi DUN Manik Urai pada pilihan raya umum 1985.
Sementara itu, ribuan penduduk hadir untuk memberi penghormatan terakhir dengan menunaikan solat jenazah ke atas jenazah Allahyarham di Masjid Kampung Manek Urai Lama sebaik sahaja selepas solat Jumaat tadi.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimamkan solat tersebut yang melimpah sehingga ke luar masjid.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan.
Selain itu turut hadir wakil-wakil rakyat, pemimpin PAS kawasan, KeADIlan dan pegawai kerajaan.
Sebelum itu Menteri Besar menyampaikan khutbah Jumaat dan sempat bertazkirah ringkas mengenai kematian.
Ramai melihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekali sekala sebak mengenangkan Paksu Mail, seorang pemimpin yang begitu rapat dengan masyarakat.
Selain itu jenazah Paksu Mail, terdapat satu lagi jenazah iaitu wanita yang juga meninggal dunia hari ini turut disembahyangkan serentak.
Kehadiran orang ramai menyebabkan Kampung Manek Urai Lama menjadi sendat dan berlaku kesesakan luar biasa di jambatan memandangkan ia hanya boleh dilalui sehala sahaja.
Kedua-dua jenazah kemudian diusung ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari rumah Paksu Mail. Jenazahnya dibawa turun ke liang lahad kira-kira jam 2.05 petang.
0 ulasan:
Catat Ulasan