Home
>
Kelantan
> PRK Manek Urai: DPPK Kuala Krai Mulakan Tugas
Share
KUALA KRAI - Dewan Pemuda Pas Kuala Krai melahirkan ikrar untuk mempertahankan kerusi DUN Manek Urai dalam Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan diatas kematian ADUN kawasan itu, Ismail Yaakob, kelmarin.
Ketua DPPK tersebut, Ustaz Mahadi Mat Zin di petik berkata, sehubungan dengan itu, beliau akan mengarahkan DPPK untuk menggerakkan seluruh sayap parti untuk turun ke peringkat akar umbi bagi memastikan kemenangan terus memihak ditangan PAS.
Dengan kerjasama seluruh jentera pilihanraya parti, serta sokongan padu rakyat yang telah memberi mandat kepada calon PAS sebelum ini iaitu sejak 1985 sehingga sekarang (kecuali hanya sekali pada 2004) PAS yakin akan memenangi kawasan tersebut.
"Saya yakin rakyat di Manek Urai akan sekali lagi memberi mandat kepada calon PAS untuk mewakili mereka sebagaimana kepercayaan yang telah diberikan kepada Allahyarham Pak Su Will dalam siri-siri perjuangan yang lalu".
Beliau turut menegaskan, tiada kemungkinan pengundi di Manek Urai akan mudah mempertaruhkan undi mereka untuk UMNO setelah merasa pelbagai jasa yang dan pengorbanan Arwah Pak Su Wil".
0 ulasan:
Catat Ulasan