Terima Kasih YB: 200 penduduk lega jambatan di baiki

Oh! Krai Utara

Share
Jambatan rosak akibat hakisan




KUALA KRAI - Lebih 200 penduduk terutama dari Kampung Mial dalam Mukim Kuala Pertang dekat sini, berdepan kesukaran selepas jambatan yang menjadi laluan utama mereka keluar masuk rosak teruk akibat hakisan ketika banjir, baru-baru ini.




Penghulu Mukim itu, Abdul Wahab Rahim berkata, walaupun banjir di kawasan itu cepat surut dan tidak bertakung lama seperti kawasan lain, rempuhan arus deras ketika banjir menyebabkan ‘kepala’ jambatan konkrit berkenaan rosak dan tidak boleh dilalui penduduk.

Menurutnya, selain masyarakat di Kampung Mial, jambatan itu juga penting sebagai laluan keluar masuk untuk penduduk dari beberapa kampung lain seperti Kuala Pertang, Tanjung Kala dan Chenulang.

“Jambatan ini rosak ketika banjir (gelombang) pertama lagi dan terpaksa ditutup sehingga menyukarkan penduduk untuk keluar masuk kerana perlu melalui jalan lain yang lebih jauh,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Penghulu Adi berkata demikian ketika ditemui pada aktiviti gotong-royong membaiki kerosakan pada jambatan itu di Kampung Mial dekat sini, semalam.

Beliau berkata, prihatin dengan masalah yang timbul ekoran masalah itu, dia membuat permohonan peruntukan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman untuk membaiki kerosakan tersebut.

Abdul Wahab berkata, sebanyak RM10,000 diluluskan Abdul Latiff bagi perbelanjaan membina sangkar batu sebagai tembok pengadang dan pelantaian konkrit baru pada bahagian jalan yang terhakis.

“Mewakili penduduk Mukim Kuala Pertang, saya mengucapkan terima kasih kepada Abdul Latiff kerana mengambil berat terhadap masalah yang kami hadapi bila jambatan ini rosak terutama kesukaran untuk berulang-alik ke tempat bekerja.

“Saya juga harap usaha membaiki jambatan ini dapat bertahan lama kerana kawasan ini sering ditenggelami air setiap kali hujan lebat,” katanya.

1 ulasan:

  1. khairil fazri berkata...

    baguh tok nghulu adi..mugo kg mial makin dimajukan..

    dari : anak perantau kg mial - melaka

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...