Datuk MB ajar dan seru rakyat Malaysia berdoa jauhi bencana taufan tropika Sonamu
Oh! Krai Utara
Harakahdaily
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat(gambar) mengajak umat Islam berdoa agar ribut Tropika Sonamu tidak berlaku bencana besar.Katanya, beliau membaca dengan cemas dan bimbang laporan akhbar yang memberikan amaran tentang ribut tropika sonamu yang dijangka melanda Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini. "Saya menyeru kepada semua pihak agar mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. "Banyakkan berdoa agar tidak berlaku bencana yang besar, berdoalah di mana juga kita berada dan tidak semestinya ketika solat sahaja. "Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki dan menguji sesiapa yang dikehendaki. Antara doa yang sesuai untuk dibaca ialah :اللهم حوالَيْنَا ولا علينا، اللهم غَيْثًا مُغِيثًا، لَا مُهْلِكًا وَلَامُدَمِّرًاyang bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah angin sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan...(Gambaran serangan Ribut Tropika Sonamu ke arah pantai timur Malaysia)Jabatan Meterologi Malaysia (MMD) dalam laman webnya mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.Situasi ini dijangka berlaku pada 8 Januari, mulai jam dua petang dan berterusan sehingga Jumaat.Dewan Pemuda PAS Malaysia (DMPM) pula mengarahkan semua unitnya khasnya Jabatan Amal bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan.
Hebat! Doktor Palestin Hospital Gaza boleh cakap loghat Kelantan
Oh! Krai Utara
sinarharian
GAZA CITY - Siapakah yang tidak terkejut apabila ketika sedang melangkah masuk ke unit rawatan rapi As-Shiffa, antara hospital yang kini paling menjadi perhatian dunia kerana menempatkan penduduk Gaza yang cedera dan meninggal dunia akibat serangan Israel, tiba-tiba seorang doktor Palestin menyapa anda, "Apa khabar?" dan terus berbual dalam loghat Kelantan.Inilah yang dialami seorang wartawan Malaysia ketika terserempak dengan Dr Ahmad Al-Mughrabi, pakar bedah plastik berusia 35 tahun yang bertugas di hospital itu.Dr Ahmad, yang ternyata begitu disenangi oleh pesakit di As-Shiffa, sebenarnya pernah bertugas secara sangkut selama empat bulan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan dan menyambut Ramadan diMalaysia.Doktor ini berkata semasa berada di Malaysia, beliau memberi ceramah di merata tempat tentang perkembangan di Gaza sambil mengumpul derma untuk dihantar pulang ke tanah airnya untuk membantu mereka yang memerlukan."Saya suka segala-galanya tentang Malaysia, rakyatnya, makanan dan persekitarannya. Rakyatnya memang tidak lokek untuk memberi kerjasama."Saya juga rindukan makanan berempah, terutama yang dihidangkan di restoran India dan mamak. Makanan paling saya rindu ialah nasi biryani," katanya.Dr Ahmad berkata doktor Malaysia dialu-alukan datang bertugas secara sangkut di sini memandangkan hospital di Gaza kekurangan doktor dan ubat-ubatan."Kami mengalu-alukan kedatangan sesiapa saja yang ingin membantu. Ini adalah tanah air anda juga," kata doktor yang sentiasa berperwatakan ceria ini.Beliau berkata ketika Israel melancarkan serangan selama lapan hari baru-baru ini, hospital itu menerima kira-kira 800 penduduk Gaza yang cedera dan sebahagian besar kematian berlaku di situ.Sebelum meminta diri untuk menyambung tugasnya yang sentiasa sibuk, Dr Ahmad berkata: "Saya sayang Malaysia dan jangan lupa beritahu tentang pembunuhan beramai-ramai ini ke seluruh dunia."As-Shiffa, kompleks perubatan terbesar dan merupakan hospital pusat di Gaza, terletak di daerah Rimal Utara, dan menjadi pusat media ketika Operation Cast Lead 2008-2009 serta serangan Israel terhadap Gaza baru-baru ini. - Bernama
SERANGAN JAIS’ KE ATAS GEREJA: cermin di mana silap PAS, UMNO?
Oh! Krai Utara
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
2. Mengapa kerenah birokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM 100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?
3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!
4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang muslim menerima bantuan daripada bukan muslim. Apatahlagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat. Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.
5. Jika dibincangkan disudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap orang untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu. Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa. Janganlah jika kita gagal membantu –sedangkan kita mampu- kita menyalahkan orang lain yang membantu.
6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?
Maka, banyak persoalan perlu masyarakat muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!
Oh! VJ Indonesia Bengang dengan Khairul Fahmi (keeper Malaysia)...
Oh! Krai Utara
Mula-mula sekali, Murai Batu nak ucapkan tahniah buat pasukan bola sepak negara, Skuad Harimau Malaya kerana berjaya meraih gelaran juara dalam perlawanan Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno di Indonesia, malam tadi.
Walaupun Malaysia tewas 2-1 kepada Indonesia, namun Murai Batu rasa kesemua kesebelasan anak didik kepada jurulatih K Rajagobal ini telah menunjukkan prestasi permainan yang cukup hebat.
Yelah, bukan senang nak beraksi di hadapan 95,000 penyokong fanatik Indonesia yang sentiasa mengancam, serta melakukan provokasi terhadap pemain kita. Tak cukup dengan pancaran laser, mereka juga tak henti-henti membaling botol ke arah pasukan Malaysia.
Murai Batu percaya jauh di sudut hati pemain kita, memang ada terselit sedikit rasa bimbang dan gerun terhadap keselamatan diri mereka pada malam itu.
Apa tidaknya, saat menjejakkan kaki ke Indonesia, penyokong di sana tak sudah-sudah mengganggu pemain kita. Namun, pasukan Malaysia masih tetap bersemangat untuk bermain serta berjuang habis-habisan untuk menjaga benteng pertahanan negara dalam perlawanan yang boleh disifatkan cukup mendebarkan itu.
Kalau hendak diikutkan, memang sukar bagi Murai Batu terima kekalahan Malaysia, apatah lagi selepas skuad negara lebih dulu mendahului satu mata dalam perlawanan tersebut.
Tapi, bayangkanlah apa yang akan berlaku andaikata perlawanan malam tadi berpihak pada Malaysia. Murai Batu rasa, tentu kebanyakan penyokong Indonesia tak akan berpuas hati.
Silap-silap, mereka akan bertindak lebih agresif lagi. Misalnya, melakukan huru-hara serta merosakkan stadium yang menyaksikan Malaysia mencipta sejarah apabila bergelar juara Piala AFF buat julung kalinya.
Apapun, tahniah buat K Rajagobal kerana telah mengemudi pasukan Malaysia dengan begitu baik sekali. Namun, di antara kesemua kesebelasan pemain Skuad Harimau Malaysia itu, Khairul Fahmi Che Mat turut disebut-sebut sebagai antara hero pada malam itu.
Apa tidaknya, penjaga gol kelahiran Kelantan ini telah membuktikan kehebatannya apabila berulangkali menyelamatkan pintu gawangnya daripada dibolosi pihak lawan. Lebih-lebih lagi, menerusi tendangan penalti Kapten Pasukan Indonesia, Firman Utina.
Persembahan Khairul Fahmi yang cukup hebat serta menghiburkan ini turut menarik perhatian penyokong Indonesia. Malah, dia juga khabarnya dikatakan mempunyai wajah yang mirip dengan salah seorang VJ Indonesia, Daniel Mananta.
Disebabkan itu dua orang rakan Daniel Mananta iaitu Arie Untung dan Fitri Tropica telah mengambil kesempatan untuk bergurau dengannya di dalam akaun twitter mereka.
Kata Fitri kepada Daniel: "Dear kiper Malaysia. Plis ngalah. Atau gw sebarin foto lo yang ini. #eh?! http://plixi.com/p/66391822".
Daniel pulak macam tak suka dirinya dikaitkan dengan Khairul Fahmi. Arie yang pada mulanya mengakui bengang dengan Kahirul Fahmi terus memendamkan perasannya itu kerana mukanya mirip Daniel.
Begitupun Daniel sempat menghantar twit yang ditujukan khusus buat Khairul Fahmi. Katanya, Khairul Fahmi sepatutnya berdepan dengan dirinya terlebih dahulu dalam Piala AFF akan datang.
"Hati hati Kiper Malay, tahun depan saya yang akan maju.... KIPER ALAY! *sorotan mata sipit tajam*," kata Daniel.-www.murai.com.my
Oh !:: Nik Aziz - Sila Mohon Maaf atau tanggung sendiri di akhirat!
Oh! Krai Utara
Oh !:: Sultan Kelantan Yang Kool di Hari Sambutan Maal Hijrah...
Oh! Krai Utara
Salam semua....jawab tu, tak jawab tak pepasai leh dosa,ekekkee. Nih Krai sajer je taruk pic yang di cilok kat facebook menteri besar kelantan...he3.(baik punya cilok...jangan tak cilok) kool kan sultan kelantan ni kan? korang rasa kool jugak kan bila nengok kan pic ni kan? x kool? pasai pa?
bila laaa aku nak jadik kool cam dia ya....
OH:The Red Warriors dapat Anugerah RM200,000 lupus hutang RM378,341
Oh! Krai Utara
Kerajaan Negeri turut mengambil keputusan melupuskan tunggakan cukai hiburan RM120,794 terhadap Kafa bagi menghargai sumbangan persatuan itu menaikkan imej bola sepak Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, terserah kepada Kafa untuk mengagihkan wang itu kepada pemain.
“Cuma Kerajaan Negeri meminta Kafa memaklumkan kepada kita untuk menetapkan tarikh majlis pemberian insentif berkenaan dan dicadangkan ia diadakan di Kota Darulnaim.
“Sumbangan itu diluluskan dalam mesyuarat Exco mingguan hari ini (semalam),” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco Mingguan di sini, semalam.
Menurutnya, Kafa tidak perlu menjelaskan bayaran tunggakan cukai hiburan bagi 13 perlawanan bola sepak selepas April hingga September lalu.
Beliau berkata, pada awal tahun ini pihaknya pernah melupuskan cukai itu sebanyak RM257,546.
”Sehingga kini maknanya Kerajaan Negeri melupuskan cukai hiburan terhadap Kafa berjumlah RM378,341 termasuk cukai terbaru itu.
“Kita (Kerajaan Negeri) pulangkan balik kepada Kafa sebagai menghargai sumbangannya menaikkan nama Kelantan dalam Piala Malaysia ,” katanya.-sh
OH:Kelantan mahu wujudkan Cheng Ho City
Oh! Krai Utara
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, kerja pembinaan pusat perdagangan tersebut akan dimulakan secara berperingkat mulai tahun 2011 seperti yang dirangka pihaknya.
“Bangunan bercirikan seni bina Cina itu akan dibangunkan di atas tanah seluas 500 ekar di Bukit Apam, Rantau Panjang,” katanya dalam sidang media di Perdana Resort,, di sini, semalam.
Beliau berkata, usaha berkenaan adalah komitmen kerajaan Kelantan dalam menumpukan perhubungan dua hala negeri ini dengan negara China.
“Kita juga berhasrat meneruskan lagi jalinan perhubungan antara Kelantan dengan India dan Indonesia yang ekonominya sedang pesat berkembang maju,” katanya.
Menurutnya, pusat perdagangan tersebut akan dilengkapi dengan premis-premis peniagaan makanan Cina yang halal untuk dimakan umat Islam.
“Kita juga akan adakan World Halal Trade Centre bagi memudahkan produk-produk halal dipasarkan di pusat berkenaan selain dilengkapi dengan Uighur Street,” katanya.
OH:Expo cheng ho kelantan 2010 - Promo Video
Oh! Krai Utara
OH!:Kelantan Bakal Punyai Bandar Satelit Islam Di Pasir Tumboh Menjelang 2012
Oh! Krai Utara
KOTA BHARU, 11 Nov: Kemajuan Projek Bandar Stalite Islam, Pasir Tumboh kini telah sampai ke tahap 40 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2012 atau pun awal 2013.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata, projek itu sebagai penambahbaikan kepada Pondok Pasir Tumboh, dengan mengekalkan struktur asalnya.
“Dijadikan sebagai tempat ibadat, pusat pengajian agama Islam, dilengkapkan dengan hotel serta kedai,” katanya pada persidangan Dun, kelmarin.
Beliau berkata, Projek Bandar Satelit Islam satu projek usahasama antara Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan sebuah syarikat swasta, MSO Corporation Sdn Bhd.
Sementara Produk Pelancongan Kandis, Bachok seluas tujuh ekar dalam kawasan Pondok Moden (Pusat Pengajian Pondok), Bachok pula dibangunkan dengan kos RM18 juta.
Dibangunkan hotel apartmen yang ketinggiannya 16 tingkat, mempunyai 107 unit bilik apartmen, sama ada berbentuk satu bilik, dua bilik dan juga tiga bilik bagi satu-satu unit, terletak di dalam kawasan Pondok yang berkonsepkan berkonsepkan ‘Bakti Katil’ dan ‘Perkongsian Masa’ (times sharing syarie) di samping disediakan untuk pesara-pesara dan pelajar IPTA.
“Dengan konsep ‘Bakti Katil’ di mana sasarannya ialah untuk jutawan anak-anak Kelantan yang berada di perantauan, mereka boleh menempatkan keluarga mereka, manakala konsep ‘Perkongsian Masa’ pula membolehkan pembeli memberi sewa kepada orang lain atau menetap sendiri dalam tempoh beberapa hari atau waktu.
“Sementara ‘Hotel Untuk Pesara’ pula membolehkan sama ada pesara berkenaan menetap di situ atau menetap ketika pulang dari perantauan.
“Dan pembinaan hotel itu ‘mengadunkan’ suasana antara masjid dan pondok serta antara laut dan kawasan rekreasi untuk percutian,” katanya.
Mengenai pelancongan kesihatan, Takiyuddin menjelaskan bahawa pihak kerajaan negeri tidak bermasalah dalam membangunkan sektor itu.
“Setakat ini kerjasama dengan pihak Kementerian Pelancongan tidak timbul masalah,” katanya.
Kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri ini pada 2009 ialah seramai 4.8 juta orang yang terdiri daripada 4.2 juta pelancong domestik, manakala pelancong antarabangsa ialah 0.6 juta.
Sementara itu, jumlah kemasukan pelancong bagi 2010 ialah 78.76 peratus. -Hrkh
OH: PAS yang BOdoh!...Kadar Pengangguran Terunggul
Oh! Krai Utara
OH:SAPA KATA HUSAM TAK PANDAI....
Oh! Krai Utara
Sebabnya ialah, harga emas mungkin akan naik sehingga USD2,000 atau bersamaan dengan RM6,200 seaun dalam tempoh 2 tahun dari sekarang dengan asas yang lebih kukuh. Harga emas sehingga kini sedang mengalami penaikan meskipun untuk jangka pendek, sekaligus membayangkan peningkatan harganya akan mengalami penggandaan dalam tempoh 2 tahun.
Justeru, pelaburan jauh lebih selamat terhadap emas. Salah satu sebab kenaikan harga emas ialah kelemahan nilai Dollar Amerika. Amerika Syarikat dilaporkan telah mencetak lebih banyak kepingan Dollar sekaligus melemahkan nilai matawang mereka sendiri.
Permintaan tinggi terhadap emas berbanding bekalan, melonjakkan lagi harga emas dunia.
Harga emas kini berlegar pada USD1,400 dan mempunyai kemungkinan untuk naik kepada USD1,750 pada tahun hadapan dan kepada US$2000 dalam masa dua tahun akan datang.
Dek kerana itu, bagi mereka yang gemar melabur, pelaburan ke atas emas adalah yang paling AFDAL. Justeru, jangan pedulikan kisah politik yang membelenggu tentang Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan. Malah seandainya anda ke kedai-kedai emas pun, ada pelbagai jenis syiling-syiling emas yang boleh anda beli untuk tujuan pelaburan jangka panjang.
Biarpun emas mempunyai susut nilai, namun susut nilainya adalah disebabkan fizikalnya, bukan disebabkan nilai digitalnya seperti FOREX mahupun FUTURES INDEX. Dan kalaupun anda tidak berminat dengan syiling emas, anda juga boleh melabur pada barang kemas.
Cuma satu sahaja, jangan lupa untuk keluarkan zakat emas dan perak apabila cukup haul dan hisabnya. -http://theflyingkick.blogspot.com
Oh Politik:Ku Li - Terima kasih PAS
Oh! Krai Utara
"Saya juga telah menasihatkan pemimpin BN supaya tidak menyentuh peribadi pemimpin lawan mereka demi menjaga pemuafakatan dalam membela hak rakyat," katanya dalam sidang media di kediamannya di Bukit Cekati selepas pengumuman kemenangan BN malam ini.
Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang berkata, beliau tidak merasakan PAS telah melancarkan serangan peribadi terhadapnya sepanjang tempoh kempen tersebut.
"Kalau dia nak tuduh saya, biar dia tuduh. Saya tidak perlu jawab kerana tidak benar," katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut ditanya sekiranya kemenangan ini menandakan sokongan masyarakat mula berubah kepada BN selepas penolakan dalam pilihan raya umum 2008.
"Tak tahulah ini boleh jadi ukuran sama ada rakyat boleh terima kita balik," katanya.
Namun, katanya, ia tetap menunjukkan sokongan hebat masyarakat tempatan yang mahukan "perubahan."
"Ramai golongan muda beri sokongan kepada kita, menampakkan mereka mahu kepada perubahan, mereka mahukan pembangunan yang memberi makna kepada mereka seperti peluang pekerjaan dan perniagaan," katanya.
Menurutnya lagi, cara lama dengan menggunakan media tradisional yang dikawal ketat oleh kerajaan, tidak lagi berkesan dalam kempen pilihan raya.
Sebaliknya pendekatan melalui media baru yang lebih bebas sepatutnya digunakan bagi memikat hati rakyat, tambahnya.
"Saya ingin pergi lebih jauh dari sini dan tidak lagi gunakan cara tradisi.
"Masa sudah sampai untuk kita bebaskan media supaya tidak dikawal begitu ketat.
"Memang wajar pertimbangkan supaya media dibebaskan supaya tidak begitu dikawal.
"Kita tengok ancaman keselamatan pun dah berkurangan," katanya dan menambah, masyarakat sekarang lebih banyak memilih media alternatif," katanya lagi.
Sementara itu, Bernama melaporkan pengerusi badan perhubungan BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menganggap kemenangan besar BN di kawasan DUN Galas sebagai sesuatu di luar jangkaan yang memberikan petanda kebangkitan BN di Kelantan.
"Kemenangan ini sesuatu yang di luar jangkaan kerana pada awalnya kita jangkakan peluang 50-50 atau menang tipis, tetapi peningkatan jumlah undi ini sesuatu yang di luar jangkaan. Ini petanda yang baik, bermakna rakyat telah terima transformasi yang dibuat kerajaan BN dan menolak strategi pembangkang yang menabur fitnah, bongkak dan kasar," katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Sivik Gua Musang malam ini.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pendekatan kempen sederhana yang diterajui Tengku Razaleigh mendatangkan hasil yang membanggakan dan boleh dipraktikkan di peringkat nasional.
Katanya beliau yakin calon BN, Abdul Aziz Yusoff mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan bagi menyelesaikan masalah dihadapi rakyat di DUN itu.
Ditanya mengenai sama ada kemenangan itu akan menjadi titik kejatuhan Pas di Kelantan, Mustapa berkata "Saya tidak mahu tamak dan takbur, kita diajar bersederhana, tetapi ia akan memberi keyakinan dan semangat kepada BN Kelantan".
Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata pengundi Cina telah membuktikan sokongan mereka di Galas bahawa mereka mahukan kemajuan yang hanya mampu dilakukan oleh BN dan menerima konsep perpaduan 1Malaysia.
"Masyarakat Cina sudah jemu dengan janji kosong kerajaan Pas Kelantan yang gagal memberi kemajuan kepada mereka. Saya juga ucap terima kasih kepada jentera MCA yang pro-aktif sepanjang kempen PRK Galas," katanya yang juga menteri pelancongan.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata kemenangan besar BN menunjukkan rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pembangkang yang kini banyak dibelenggu masalah dalaman parti sehingga menyebabkan mereka bergaduh sesama sendiri.
"Ini menjadikan mereka lebih sibuk untuk mendapatkan kedudukan di dalam parti daripada memberikan perhatian kepada masalah rakyat," katanya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kemenangan BN akan menyuntik semangat baru kepada jentera wanita Umno di seluruh negara.
"Komitmen dan kerja keras wanita Umno turut menyumbang BN menang besar di Galas dan Batu Sapi," katanya.
Pengerusi Parti Progresif Rakyat (PPP) Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata kemenangan BN itu menandakan rakyat Kelantan menerima kepimpinan dan dasar yang dilaksanakan Perdana Menteri.
"Kejayaan ini juga dicapai melalui rangkaian kerja yang menepati kehendak rakyat di Galas diterajui Tengku Razaleigh," katanya.
Pengerusi Veteran Umno Kelantan, Datuk Rozali Isohak berkata kemenangan besar BN kali ini membuktikan gandingan mantap antara Tengku Razaleigh dan Mustapa yang terbukti sebagai tokoh berjasa dalam membangun dan memajukan rakyat Kelantan.
"Saya harapkan wakil BN di Galas dapat bekerja kuat untuk memastikan kemenangan dikekalkan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya. - petikan dari malaysia kini
Oh Politik:Keputusan PRK Dewan Undangan Negeri N45 Galas dan P185 Batu Sapi
Oh! Krai Utara
Keputusan PRK Parlimen P185 Batu Sapi – BN MENANG
BN, Datin Linda Tsen Thau Lin – 9, 773
PKR, Ansari Abdullah – 3, 414
Keputusan PRK Dewan Undangan Negeri N45 Galas – BN Menang
BN, Abdul Aziz Yusoff – 5, 324
PAS, Dr Zulkefli Mohamed – 4, 134
MAJORITI: 1, 190 (BN)
OH:Expo Cheng Ho bakal julang Kelantan - www.chenghoexpo.net
Oh! Krai Utara
Jangan salah faham, bukan Kelantan hendak bersaing dengan Malaysia sebagai sebuah negara.
Tetapi Kelantan sudah mula meletakkan dirinya sebagai 'leading state' sebagai hab utama pelancongan, perdagangan, produk makanan halal, kesenian, perubatan dan pendidikan yang berasaskan Islam dalam negara.
Bolehkah impian ini direalisasikan? "Sudah tentu, saya berkeyakinan kita akan berjaya menarik kuasa pasaran, peniaga dan pelancong yang ramai sempena Expo Cheng Ho yang akan diadakan pada 21 hingga 26 November depan," kata Dato' Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
Penatnya belum hilang. Selepas berkempen di Galas, beliau bergegas ke China. Sebaik pulang keesokannya, terus hadir dalam temuramah dengan Bernama TV. Siaran mengenai Expo Chengo Ho dipancarkan dari jam 1 hingga 2 petang, di saluran Astro 502 hari Sabtu lepas.
Selesai dengan Bernama TV beliau menghadap penulis pula.
Tetapi Husam adalah 'Man with a mission'. Beliau tidak kenal erti penat lelah, tidak menoleh ke belakang. Rancangannya cukup besar.
Expo Cheng Ho yang dirancang merupakan yang pertama diadakan di dunia.
Ianya akan menjadi hab pameran perdagangan antarabangsa yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan.
Lebih 300 syarikat perniagaan dari seluruh dunia, terutamanya syarikat milik umat Islam akan mempamerkan produk-produk keluaran mereka.
Difahamkan lebih 700 gerai pameran yang disediakan. 160 buah syarikat daripada negara China, 100 buah syarikat dari Kelantan dan lebih 150 buah syarikat antarabangsa akan mempamerkan produk di dalam sebuah pavilion besar yang akan disediakan.
Manakala sekitar 300 gerai disediakan di luar dewan pameran untuk peniaga-peniaga dari Kelantan dan seluruh Malaysia.
Persoalannya, mengapa dinamakan Expo Cheng Ho? Expo ini diadakan bersempena memperingati dan meraikan kedatangan armada laut Laksamana Cheng Ho ke Semenanjung Tanah Melayu 600 tahun yang lalu.
Apa signifikannya Cheng Ho? Yang penting kata Husam, Cheng Ho adalah seorang Muslim yang membina jambatan diplomatik, menghapuskan lanun-lanun, membawa keamanan serantau.
Cheng Ho katanya mendarat lebih awal di Kelantan daripada negeri-negeri lain di Semenanjung.
Menurut Husam, pihak Kerajaan Negeri Kelantan sudah pun mendapat persetujuan dari Muzium Cheng Ho di Melaka untuk memindahkan sementara bahan serta artifak untuk dipamerkan sepanjang expo berlangsung.
Misi penyebaran Islam, keamanan, perdagangan serta idea yang dicetuskan Laksamana Cheng Ho sejak 600 tahun lampau, kini diterjemahkan dalam Expo yang akan berlangsung selama enam hari tersebut.
Kelantan katanya, di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan menjadi peneraju utama mempromosikan kesatuan di kalangan umat Islam serantau melalui kolaborasi perdagangan dan hubungan diplomatik di kalangan pelbagai negara yang berbeza.
Selama enam hari, Expo Cheng Ho akan mengenengahkan peluang-peluang perniagaan, pelancongan, produk halal, perbankan Islam, industri, bioteknologi serta produk berasaskan pertanian.
Bagi yang berminat dengan lebih mendalam, mereka boleh menyertai beberapa forum yang bakal diatur di sepanjang Exco berlangsung.
"Tokoh-tokoh serantau yang akan menghadiri Expo Cheng Ho ini akan kita maklumkan dari masa ke semasa.
"Bagaimanapun yang sudah mengesahkan kehadiran, antaranya ialah penulis kaligrafi al-Quran terpanjang, iaitu sepanjang 209 meter akan kita pamerkan, serta persembahan akrobatik seperti berjalan di atas tali merentasi Stadium Sultan Muhammad juga ada. Rugi kalau siapa-siapa tak nak mari (datang)" katanya.
Ekspo Cheng Ho , 21- 26 November 2010,Kota Bharu, Kelantan
www.chenghoexpo.net
Oh Politik:Sokongan BN dahului PAS di GALAS!
Oh! Krai Utara
GUA MUSANG, 2 Nov — Ketika tinggal dua hari lagi menjelang hari pengundian, seramai 93 peratus pengundi telah menetapkan pilihan masing-masing dengan Barisan Nasional (BN) dilihat mendahului pesaingnya dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Sekitar tujuh peratus pengundi masih belum membuat pilihan mereka sehingga semalam.
PAS yang pertama kali menguasai kerusi Galas, yang terletak dalam bahagian Parlimen Gua Musang dua tahun lalu, menerima sokongan 42 peratus berbanding BN yang menjadi pilihan 51 peratus.
Sebelum ini, PAS berkata ia memulakan kempennya dengan asas sokongan pada tahap 48 peratus dan menganggapnya ‘underdog’ dalam mempertahankan kerusi tersebut.
Tiga hari lalu ia berkata sokongan itu meningkat sedikit kepada 49 peratus.
Dan, kumpulan pengundi ‘atas pagar’ ini dilihat akan menentukan bakal keputusan DUN Galas - pilihan raya kecil kedua di Kelantan sejak 8 Mac 2008.
Kempen pilihan raya kecil yang sudah masuk hari ketujuh hari ini menyaksikan perubahan yang ketara dari segi sokongan pengundi terhadap parti yang bertanding.
Walaupun kedua-dua parti mempunyai pendekatan yang berbeza untuk mendekati pengundi, namun dilihat pengundi lebih cenderung kepada BN yang meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff berbanding PAS yang memilih pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.
Bagi Dr Zulkefli cabaran di DUN Galas merupakan percubaan keempat dalam pilihan raya.
Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.
Tinjauan The Malaysian Insider, yang dilakukan dengan mengambil kira komposisi pengundi mengikut kaum, menunjukkan BN dan PAS masih hampir seimbang dalam mendapatkan sokongan pengundi Melayu.
Seramai 46 peratus dikatakan akan memilih BN manakala 42.6 peratus lagi akan memberikan sokongan kepada PAS dengan 11.4 peratus masih belum membuat sebarang keputusan.
Pada hujung minggu lalu PAS mengatakan bahwa pengundi Melayu akan menjadi penentu kemenangan di Galas kali ini.
Di kalangan pengundi Cina pula, yang kebanyakannya tinggal di kawasan bandar, BN menjadi pilihan mereka apabila 57 peratus mengatakan akan memilih Abdul Aziz manakala 43 peratus pula memihak kepada PAS.
Sokongan Orang Asli dilihat masih kekal dengan BN dengan 63 peratus mengatakan bahawa akan memberikan sokongan kepada BN manakala selebihnya 37 peratus memihak kepada PAS.
Pandangan sebelum ini menyebut hampir tiga perempat akan menyokong BN memandangkan ia merupakan kubu kuat BN dan atas kepimpinan personaliti Tengku Razaleigh Hamzah di Gua Musang.
Sementara itu, bagi sokongan pengundi India pula nampaknya ia masih sama rata apabila 50 peratus memihak kepada BN dan 50 peratus lagi akan mengundi PAS.
Kajian juga mendapati perubahan pilihan banyak berlaku di kalangan pengundi Melayu ekoran dakwaan kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan banyak masalah seperti isu tanah, perumahan dan air.
Malah terdapat juga rungutan di kalangan pengundi Cina, yang tinggal di kawasan luar bandar, yang mana mereka mengatakan banyak permintaan mereka tidak dipenuhi.
Bagi Orang Asli pula, walaupun BN masih mendapat sokongan lebih, namun sekiranya tiada usaha-usaha dilakukan kemungkinan besar ia boleh menjejaskan arah aliran sokongan kepada BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas.
Kerusi DUN Galas mempunyai 13 daerah mengundi termasuk Lojing (606 pengundi), Sungai Ber (411 pengundi), Belatim (160 pengundi), Balar (232 pengundi), Bihai (278 pengundi), Hau (254 pengundi), Kampung Pulai (471 pengundi), Kampung Baru (2,150 pengundi), Bandar Lama Gua Musang (1,562 pengundi), Bandar Baru Gua Musang (1,058 pengundi), Kampung Batu Papan (1,739 pengundi), Lepan Tupai (593 pengundi) dan Sungai Terah (1,912 pengundi).
Kawasan Orang Asli melibatkan enam daerah mengundi iaitu Lojing, Sungai Ber, Belatim, Balar, Bihai dan Hau.
Bagi kawasan bandar pula melibatkan tiga daerah mengundi termasuk Kampung Baru Gua Musang, Bandar Lama Gua Musang dan Bandar Baru Gua Musang.
Sementara itu, kawasan luar bandar pula melibatkan empat daerah mengundi iaitu Kampung Pulai, Kampung Batu Papan, Lepan Tupai dan Sungai Terah.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima, 46, yang meninggal dunia akibat barah usus pada 27 September lepas.
Che Hashim menewaskan calon BN Mohamed Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum 2008.
The Malaysian Insider
Oh Artis: Piala Malaysia mula jelajah Kelantan
Oh! Krai Utara
Walaupun bas yang yang dinaiki sebahagian pemain mengalami kerosakan di pertengahan jalan, namun semangat pemain serta pihak pengurusan untuk berkongsi kegembiraan bersama peminat setia yang memenuhi setiap sudut Dataran Kesedar tidak luntur.
Berucap di majlis bersejarah itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, kejayaan yang dikecap adalah kegigihan semua pihak, termasuk penyokong yang memberikan komitmen kepada skuad berkenaan.
“Terima kasih kepada jurulatih, B Satianathan, kita tidak pernah ikat kontrak dengannya, hanya berjabat tangan, beliau pernah bertemu dengan saya untuk meletak jawatan kerana desakan penyokong.
"Saya kata kepadanya, sekali kita genggam bara api, kita jangan berhenti, semangat rakyat Kelantan mesti diteruskan,” katanya, lalu disambut sorakan 5,000 penyokong.
Menjelaskan saat sukar pengurus pasukan itu, Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM berkata, pihaknya beberapa kali menghadapi masalah kewangan, namun sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak banyak membantu menyelesaikan masalah tersebut.
“Kutipan stadium hanya 30 peratus daripada perbelanjaan kita. Saya nak menyatakan, setiap kali Kafa terhimpit, Datuk Seri Najib sendiri yang membantu, sebab itu hanya ada satu pasukan yang meletakkan logo ‘1Malaysia’ di jersinya,” katanya.
Turut hadir di majlis itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Pengerusi Tahun Bola Sepak Kelantan, Datuk Ramzi Abd Rahman.
Annuar turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong Kelantan yang menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan itu dan perkara itu diakui oleh pemimpin pasukan lain yang mengiktiraf penyokong Kelantan yang mempunyai semangat luar biasa berbeza daripada negeri-negeri lain.
Dalam pada itu, Mustapa berkata, kegigihan dan pengorbanan Annuar harus diberi penghargaan kerana kejayaan dan pengorbanannya meletakkan pasukan Red Warriors paling digeruni pasukan lawan ketika ini.-sh
Oh Artis:Mat Salleh Gila cakap Kelantan? - Gomo Kelate Gomo!
Oh! Krai Utara
Oh Politik: Adik Teoh Beng Hock ditahan di Galas
Oh! Krai Utara
Lee Lan dan anggota "Malaysians for Beng Hock" itu dibawa sekumpulan anggota polis diketuai Supt Maszely Minhad ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gua Musang pada kira-kira jam 2.20 petang ini.
Maszely memberitahu wartawan bahawa polis menerima aduan bahawa kumpulan berkenaan telah menjalankan aktiviti kempen.
Kumpulan berkenaan tiba ke kawasan kempen Galas sejak semalam dan dilihat mengedarkan risalah politik berkenaan kes-kes kematian dalam tahanan. -mkini
Oh Artis:KELANTAN JUARA BARU PIALA MALAYSIA
Oh! Krai Utara
KUALA LUMPUR – Sejarah tercipta dan dendam terbalas, malah temasya besar berhak dirayakan oleh Kelantan apabila menjulang anugerah berprestij bola sepak negara, Piala Malaysia buat kali pertama setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir edisi ke-44, semalam.
Malah Wira Merah mengakhiri penantian yang sekian lama selepas dihampakan dalam perlawanan akhir 1955, 1970 dan tahun lalu sekali gus mengekori Perak, Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan sebagai 11 negeri pemilik Piala Malaysia sejak 1967.
Gegak gempita sorakan serta dentuman mercun melanda Stadium Nasional, Bukit Jalil yang menyambut kejayaan skuad bimbingan B. Sathianathan menebus kehampaan 3-1 kepada lawan dan di gelanggang sama tahun lalu, hasil jaringan Hairuddin Omar dan Badri Radzi…READ MORE