RM800 Juta : Dosa UMNO

Oh! Krai Utara

Share
Oleh : Nazman Che Iberahim

Akhbar dan media yang pro-UMNO, ataupun yang sememangnya hidup di atas modal dan saham UMNO, dengan riuh mengkhabarkan berita tentang wang dalam jumlah besar yang terpaksa dibayar oleh Kerajaan Kelantan kepada satu syarikat pembalakan Singapura, Timbermine Sdn Bhd kelmarin.

RM800 juta bukan sedikit adik kakak sekalian. Biar saya tulis dalam bentuk begini, 800, 000, 000.00. Banyak kosong bermakna besarlah angkanya.

Perjanjian dibuat pada zaman pemerintahan UMNO di Kelantan pada era MB UMNO, Datuk Mohamed Nasir dahulu. Mohamed Nasir pada tahun 1975 membatalkan perjanjian dengan syarikat tersebut, namun hanya pada tahun 2004 tindakan saman dibuat oleh mereka ke atas Kerajaan Kelantan.

UMNO selalu suka tinggal tahi pada PAS untuk dicuci. Lihat sahaja selepas PAS ambil alih kerajaan negeri pada tahun 1990, UMNO tinggalkan hutang sebanyak RM718 juta kepada PAS Kelantan.

RM 800 juta adalah juga dosa-dosa UMNO.

Keputusan Mahkamah diatur?

Saya tidak tolak kemungkinan keputusan mahkamah ini dirancang oleh UMNO-Barisan Nasional. Mahkamah dan para hakim yang korup adalah salah satu daripada tongkat hidup UMNO. Perkara ini hanyalah satu senjata untuk memberi 'ruang' berfikir secara rasional kepada rakyat Kelantan akan kewajaran menerima wang ehsan berbanding wang royalti.

Kelantan sedang dalam usaha menuntut RM 1000 juta/ 1 billion daripada Dato' Najib. Maka sekiranya RM800 juta tidak dapat dirayu jumlahnya, ataupun tindakan rayuan seperti yang disebut oleh Dato' Husam semalam tidak berjaya, maka sudah pasti nilai RM800 juta akan menjadi satu bebanan kepada Kerajaan Kelantan.

Congaknya, RM1000 juta (royalti) - RM 800 (saman Timbermine), maka yang tinggal hanya RM200 juta sahaja untuk rakyat. Maka, adalah lebih baik sekiranya RM1000 juta ini dimasukkan secara sepenuhnya ke kantung JPP, atas nama 'pembangunan dan kebajikan' rakyat. Secara menyeluruh dan melata kebajikan untuk rakyat (baca: kroni).

Secara rasional, rakyat mungkin akan berfikir, "ah, lebih baik dapat wang ehsan, kalu royalti, mungkin tinggal sedikit sahaja untuk rakyat selepas ditolak dengan saman balak tu".

Adapun, lebih malang lagi sekiranya duit wang ehsan tetap mengalir masuk ke poket JPP dan kerajaan negeri pula tetap kena bayar syarikat tersebut. Huh, pening!

Hentikan Polemik Dalaman

Saya mewakili DPPK Kuala Krai menyeru semua pimpinan parti dan kerajaan negeri Kelantan supaya menolak ke tepi semua permasalahan dalaman kita kerana letihnya berdada dengan musuh boleh dikatakan kurang berbanding gusti lengan sesama ahli dan pimpinan jemaah sendiri.

Ayuh tumpukan kepada perkara yang lebih penting untuk membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Kelantan dan ingatlah sentiasa matlamat kita untuk menawan Putrajaya bagi menyebar-luaskan dakwah Islam di negara ini. Sering kita sebutkan bahawa PRU-13, UMNO BN akan berkubur, akan tetapi kita sendiri semakin diseliputi masalah dalaman dan pergeseran sesama sendiri hingga terlalai akan matlamat perubahan untuk membina satu Malaysia baru yang lebih gagah dan terbinanya biah solehah.

Jangan yang dikejar tidak kesampaian, yang di dalam genggaman dirampas orang!

Tolak Ansur demi Masa Depan Islam

Biar semua daripada kita menyumbang kepada pembangunan negeri dan keutuhan kerajaan PAS. Tidak kira ulama, yang ada panggilan 'ustaz', yang bernama professional, yang ada kombinasi kedua-duanya, mahupun rakyat marhaen sekalian, biar ada sumbangan kepada Islam dan kebajikan rakyat. Janganlah hanya pandai berceramah dan selesa dengan title tertentu, tetapi tidak mampu untuk menyelesaikan permasalahan ummah. Tuntutan ekonomi semasa harus seiring dengan dekatnya rasa hormat rakyat kepada kerajaan Islam.

Cuba bezakan antara kepentingan peribadi, keluarga dan ummah. Apatah lagi jika ianya melibatkan masa depan dan harapan rakyat terhadap parti Islam ini.

Cuba juga lihat dengan mata hati, adakah perbezaan pendapat antara kita disebabkan perkara pokok ataupun hanya kerana perbezaan metod dan pendekatan dalam perjuangan? Kita bertembung dengan UMNO atas dasar perkara yang paling asas dan pokok iaitu kita mahu Islam dan mereka menolak serta memperolok-olokkannya.

Kita sesama sahabat jemaah, hanya berbeza kaedah dan pandangan untuk berjuang. Matlamat tetap sama. Jika kita telah tersilap dan melakukan kesalahan dalam menguruskan parti dan kerajaan Islam, akuilah kesalahan tersebut dan cuba untuk menebusnya dengan cara yang terhormat. Bukannya dengan mengusutkan lagi keadaan dan mengheret sama kerajaan Islam sehingga tumbang bersama-sama dengan karier dan masa depan si 'pesalah'.

Wallahu'alam.

Mari terus berjuang! Kami tetap berada bersama Tok Guru Nik Aziz, bahu-membahu, taat setia, dengan Menteri Besar bagi bumi bertuah Tanah Serendah Sekebun Bunga.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...