Kajian unisel ini semakin buruk sokongan rakyat kepada pro kerajaan sementara

Oh! Krai Utara

Share

SHAH ALAM 30 APRIL: Dapatan kajian Universiti Selangor (Unisel) menunjukkan Pakatan Rakyat (Pakatan) mencatatkan 50.6 peratus manakala BN mencatat 49.4 peratus dalam aspek jangkaan menang dalam PRU 13.Di peringkat negeri Selangor pula, Pakatan mencatatkan 61.4 peratus dan BN 38.6 peratus dalam jangkaan menang dalam PRU13.Kajian tersebut dilakukan ke atas 1,015 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Selangor bermula 1 Februari hingga 31 Mac lalu.Pembentangan oleh Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unisel, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azziz itu turut menunjukkan dapatan kajian berkaitan parti yang dijangka menang dalam PRU 13 di peringkat persekutuan dan negeri. Di peringkat persekutuan, responden di kalangan pengundi Cina mencatatkan peratusan tertinggi yang menjangkakan PR akan menang iaitu sebanyak 53.5 peratus manakala sebanyak 46.5 peratus menjangkakan BN akan menang.Bagi kaum Melayu pula, sebanyak 52.3 peratus menjangkakan Pakatan akan menang dan 47.7 peratus menjangkakan BN akan menang. Manakala responden India cenderung meramalkan BN akan menang di persekutuan iaitu sebanyak 62.9 peratus dan 37.1 menjangkakan Pakatan akan menang.Sementara itu, kajian berkaitan persepsi ketokohan kepimpinan di Negeri Selangor mendapati kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim lebih tinggi berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak. Sebanyak 63.1 peratus responden meyakini kepimpinan Khalid, 58.4 peratus meyakini kepimpinan Anwar dan 51.2 peratus meyakini kepimpinan Najib.Pembentangan kajian impak program kerajaan terhadap pola pengundian di Selangor menjelang PRU yang diadakan di Menara Yayasan Selangor itu turut turut mendapati inisiatif 20 meter padu air percuma sebulan paling disukai iaitu sebanyak 91 responden menyokongnya. Kajian berkaitan persepsi positif terhadap program kerajaan negeri mendapati sebanyak 79 peratus menyokong program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), 77 peratus menyokong program baucar RM100 Jom Shopping Warga Emas, 83 peratus menyokong hadiah anak masuk universiti RM1,000 dan 83 peratus menyokong khairat kematian RM2,500. keadilandaily

Read More - Kajian unisel ini semakin buruk sokongan rakyat kepada pro kerajaan sementara

Polis buru pemilik blog milosuam

Oh! Krai Utara

Share

BernamaPemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan.Polis Diraja Malaysia (PDRM) pantas mengesan perbuatan menyebarkan khabar angin di media cetak dan elektronik menerusi Unit Pelan Tindakan Media Bersepadu (RMP-IMAP), yang ditubuh setahun lepas.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata unit itu mempunyai anggota yang bertugas 24 jam bagi memantau dan mengesan maklumat tidak benar yang disebar di Internet."RMP-IMAP bekerjasama dengan semua jabatan di PDRM untuk menangkis dakwaan yang boleh mencemarkan imej PDRM sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik, termasuk laman sosial," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.Beliau berkata maklumat tidak sahih yang dipapar dalam media berkenaan dirujuk ke bahagian tertentu dalam PDRM untuk disiasat.Syed Ismail berkata unit itu juga mengesan pemilik blog Milo Suam yang didapati menyebar maklumat tidak benar dengan mendakwa anggota PDRM mengundi lebih awal.Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan.-malaysiakini-

Read More - Polis buru pemilik blog milosuam

UMNO semakin parah, lagi pemimpin umno masuk PAS

Oh! Krai Utara

Share

Kempen hari keempat 23 April - Gempar Haji Ahmad bin Osman mengisytiharkan kemasukannya dalam PAS di hadapan Timbalan Presiden PAS Haji Muhammad Sabu dan disaksikan lebih seribu hadirin di Taman Cempaka pada 23 April yang lalu.Haji Ahmad merupakan pengasas bagi UMNO cawangan Taman Cempaka dan juga bekas ketua cawangan tersebut mengisytihar kemasukan dalam PAS setelah mendapati parti yang selama ini diperjuangkannya tidak lagi mengajak kepada kebaikan hanya lebih kepada kepentingan individu.Gambar 1 - Kad Keahlian Haji Ahmad bin Osman.Gambar 2 - Ceramah sulung Haji Ahmad di pentas Pakatan Rakyat.Gambar 3 - Haji Muhammad Sabu bersama calon PAS N47 Suhaizan Kaiat dan calon DAP N46 Cheo Yee How menyaksikan detik bersejarah tersebut.Gambar 4 - Hadirin yang rata-ratanya penduduk tempatan hadir seramai lebih seribu orang bagi menyaksikan gerak kempen yang diadakan

Read More - UMNO semakin parah, lagi pemimpin umno masuk PAS

Musa Hassan pecah tradisi, bekas KPN jadi penasihat pakatan

Oh! Krai Utara

Share

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan hari ini menerima perlantikan sebagai Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat (MKPR).Penyataan persetujuan itu dimaklumkan beliau dalam satu sidang media selepas bertemu dengan Pengerusi MKPR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.Dalam sidang media pertama itu, Musa yakin proses perpindahan kuasa akan berlaku secara aman selepas pilihan raya umum 5 Mei ini.Dalam sidang media itu, Musa meminta pihak polis membuat siasatan yang adil terhadap beberapa siri letupan yang berlaku sejak kebelakangan ini.Pihak polis juga perlu membuat kajian dan monitoring yang menyeluruh dengan apa yang berlaku kerana mungkin akan berlaku lagi selepas ini.Sehubungan itu, beliau meminta semua parti politik memberitahu polis sebelum menganjurkan apa-apa majlis.

Read More - Musa Hassan pecah tradisi, bekas KPN jadi penasihat pakatan

Oh! Baca mesej ini....bukan mesej lucah

Oh! Krai Utara

Share

Kami bukan bukan pengedar cd blue...kalu nak cd blue free pergi tanya opis umno ni....

Read More - Oh! Baca mesej ini....bukan mesej lucah

Oh! Artis: lagi artis buat giler....berani betul! Salute r bro

Oh! Krai Utara

Share

Mustapha Kamal...aktor kacak anak kelahiran Kelantan malam ini menyokong untuk menyertai PAS seperti yang dilaporkan oleh Rizal Tahir. tadi. Anak kelahiran Dun Chempaka, Pengkalan Chepa....sbenarnya sejak awal lagi bersama PAS sepertimana yang telah dinyatakannya sendiri pada ambo sebelum ini. Tahniah sekali lagi....TAKBIR. FOTO: FAROUQ HADI

Read More - Oh! Artis: lagi artis buat giler....berani betul! Salute r bro

Oh! Artis: Lagi artis cabar kesabaran penyokong PR

Oh! Krai Utara

Share Read More - Oh! Artis: Lagi artis cabar kesabaran penyokong PR

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...