Oh Politik: Perangai Depa ni dekat2 nak sama, maklumlah baka pemusnah rakyat, kau tipu melayu wa tipu cina

Oh! Krai Utara

Share Kenapa MCA tolak hasrat dermawan


IPOH – Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mendakwa parti MCA mempunyai niat tersembunyi dengan menolak tawaran seorang dermawan untuk menderma sejumlah RM30 juta bagi menyediakan hostel kepada lebih 10,000 pelajar di sebuah institut pengajian tinggi di Kampar. 

Menurutnya, MCA telah menggunakan kuasa politik dengan mengutip sumbangan dari rakyat berjumlah RM150 juta untuk membina pusat pengajian berkenaan namun, tiada hostel ditubuhkan sejak penubuhannya. 

“Sepatutnya, semua pusat pengajian di Malaysia mempunyai hostel untuk kemudahan pelajar. Simpati dengan perkara itu, seorang dermawan tampil ingin menderma RM30 juta tetapi ditolak Ogos tahun lalu. 

“Amat aneh sekali, pihak MCA menolak tawaran berkenaan dengan pelbagai alasan tidak munasabah. 

“Niat dermawan itu adalah membina kemudahan tanpa menerima apa-apa keuntungan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Wisma DAP di sini, semalam. 

Kor Ming yang juga Setiausaha DAP Perak berkata, MCA perlu menjelaskan penolakan dermawan berkenaan dan pada masa sama, menjalankan kutipan derma untuk pusat pengajian berkenaan di seluruh negara. 

“Penolakan ini seolah-olah ‘ada udang di sebalik batu’. Kami juga menjalankan tinjauan dan mendapati pelajar di situ dibebankan dengan jumlah sewa rumah atau bilik yang tinggi. Ada orang ingin beri hostel percuma, kenapa MCA tolak. 

“Perkara ini perlu diperjelaskan oleh Presiden MCA dan pengerusi pusat pengajian berkenaan. Adakah pemimpin-pemimpin MCA mempunyai kepentingan sendiri? Atau Adakah pemimpin-pemimpin MCA sebagai tuan milik hak tanah berkenaan sengaja tidak membina hostel untuk mengaut keuntungan,” katanya. -sinar harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...