Terkini: Jepun Digoncang Gempa 7.3 Skala Richter, Tsunami Setinggi Satu Meter

Oh! Krai Utara

Share

TRIBUNNEWS.COM - Sebuah gempa berkekuatan 5.1 skala Richter mengguncang  daerah Tohoku dan dilaporkan gelombang tsunami mencapai satu meter di Perfektur Miyagi, Pulau Honshu, Jepun. Demikian dilaporkan korespondenTribunnews.com, Richard Susilo, dari Tokyo.Richard melaporkan, guncangan yang ia rasakan cukup lama dan kencang sekitar satu minit. "Sekitar pukul 17.20 waktu Tokyo guncangan kembali dirasakan. Kemungkinan bisa tsunami setinggi dua meter di Miyagi yang dilaporkan terkena gempa dengan kekuatan 7.3 SR," demikian kata Richard melalui BlackBerry Messenger (BBM), Jumat (7/12/2012).Kata Richard, seluruh stesyen televisyen di Jepun menyiarkan dan meminta masyarakat di sekitar wilayah pantai Tohoku untuk segera mengungsi dan tidak menggunakan kereta. Pembangkit elektrik tenaga nuklir, Fukushima, dilaporkan tidak mengalami masalah."Perkiraan tsunami datang pukul 17.40  tapi hingga kini belum terlihat. Yang ada hanya gelombang naik. Tidak terlihat karena gelap di daerah pantai Tohoko," tulisnya. Lokasi pusat gempa berdekatan dengan pusat gempa yang terjadi pada 11 Mac tahun lalu.Kereta api terutama Shinkansen sempat berhenti sesaat namun sekitar pukul 17.45 kembali berjalan normal meski perlahan-lahan. Tokyo dan Jakarta memiliki perbedaan waktu dua jam. Jarak daerah Tohoku dan Tokyo seperti menempuh perjalanan Jakarta-Cirebon. Meski lokasinya cukup jauh namun Richard mengaku merasa guncangan tersebut.

Read More - Terkini: Jepun Digoncang Gempa 7.3 Skala Richter, Tsunami Setinggi Satu Meter

Oh! Nenek tua kaki politik, Tok Mun hasrat nak tanding pilihanraya pru13...

Oh! Krai Utara

Share

sinarharian
KUALA TERENGGANU -  Mungkin masih ramai mengingati Maimun Yusof atau 'Tok Mun', warga emas yang mencabar jagoan Pas Mohamad Sabu dan calon Barisan Nasional (BN) (Allahyarham) Datuk Razali Ismail bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya umum 2008.Sekalipun tewas dan hilang deposit pada pilihan raya umum itu, nenek berusia 93 tahun ini menyimpan hasrat untuk bertanding sekali lagi pada pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan bila-bila masa."Kalau Tok menang, Tok nak jaga hati rakyat yang menyokong Tok. Orang-orang susah Tok nak bagi rumah kepada mereka," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Jalan Panji Alam di sini.Beliau bagaimanapun sedar hasratnya untuk bertanding sekali lagi mungkin sukar menjadi kenyataan kerana faktor kewangan selain tiada siapa mahu menjadi pencadang dan penyokongnya.Pada pilihan raya umum 2008, Maimun yang menjadi calon tertua, mengaku kepada media beliau mengeluarkan simpanan Tabung Haji untuk membayar deposit bagi melayakkannya bertanding.  Beliau cuba bertanding pada empat pilihan raya umum sebelum itu namun ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya kerana tidak memenuhi syarat.Mengulas lanjut, Maimun juga berpandangan beliau mungkin sukar untuk menang jika hasratnya bertanding lagi menjadi realiti, kerana "penyokong Umno dan BN semakin ramai".Dilahirkan pada 1919, Maimun yang tinggal di sebuah rumah usang bersama beberapa orang cucu, jelas masih kuat dan sihat dengan deria penglihatan dan pendengaran yang baik.Pada pilihan raya umum 2008, Maimun hanya memperolehi 685 undi. Kerusi parlimen itu dimenangi Razali dengan 32,562 undi, sementara Mohamad menerima 31,934 undi.Bagaimanapun, pada pilihan raya kecil yang diadakan pada Januari 2009 susulan kematian Razali, Maimun memutuskan untuk tidak bertanding kerana faktor kewangan.  Kerusi itu dimenangi calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi mengatasi calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam meraih hanya 193 undi. - Bernama

Read More - Oh! Nenek tua kaki politik, Tok Mun hasrat nak tanding pilihanraya pru13...

(Bergambar) Aneh! 22 Tahun Hidup di Saluran Pembuangan Air

Oh! Krai Utara

Share

Tags on : unik aneh77932Bekas penagih dadah Miguel Restrepo. 62, dan isterinya Maria Garcia hidup di dalam saluran pembuangan air di Medellin, Kolombia, bersama anjing mereka Blackie, selama 22 tahun. Rumah mereka, berisi dapur, kipas angin, televisyen, kerusi, dan katil, berukuran 6x1.4 m, dan bocor ketika hujan sehingga harus ditutup. ... Selengkapnya ›

Read More - (Bergambar) Aneh! 22 Tahun Hidup di Saluran Pembuangan Air

Geng honda lumpuh : sindiket jual motor curi di internet

Oh! Krai Utara

Share

myMetro

KLANG: Kegiatan sindiket mencuri dan menjual motosikal yang dikenali sebagai Geng Honda lumpuh apabila polis menahan tiga lelaki dipercayai ahli sindiket berkenaan, Selasa lalu.Semua lelaki berusia 21 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, dalam serbuan pertama pada jam 9.15 malam, sepasukan anggota peronda pencegahan jenayah yang melakukan rondaan ternampak seorang lelaki mencurigakan di sebuah kedai serbaneka di Jalan Kampung Jawa, di sini.Katanya, apabila didekati, lelaki yang bekerja sebagai mekanik sambilan itu melarikan diri sebelum berlaku pergelutan.“Suspek dapat ditahan dan hasil pemeriksaan polis menemui dua batang kunci ‘allen’ yang ditajamkan di dalam poket seluarnya. Polis turut merampas motosika Honda EX5 digunakan suspek.“Suspek mengaku kunci ‘allen’ miliknya digunakan untuk mencuri sebuah motosikal di kawasan Klang, namun motosikal berkenaan sudah diserahkan kepada seorang lagi anggota sindiket untuk dileraikan,” katanya pada sidang media di IPD Klang Selatan, di sini, semalam.Mohamad berkata, sejurus soal siasat, polis melakukan serbuan kedua di sebuah rumah di Lot 6278 Jalan Kota Raja, di sini, pada jam 10.15 malam dan menahan seorang lelaki serta menemui dua enjin motosikal di bahagian belakang rumah berkenaan.“Hasil maklumat suspek kedua, polis menyerbu sebuah lagi rumah di Jalan Sungai Jati, di sini, jam 1.15 pagi dan menahan seorang lagi lelaki. “Bersama suspek, polis merampas lima motosikal iaitu Yamaha 135 LC, Honda EX5 dan Kawasaki, empat enjin serta dua rangka motosikal selain pelbagai komponen motosikal dileraikan,” katanya.Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut terhadap suspek, polis menjumpai tiga set peralatan yang digunakan untuk menukar nombor enjin dan chasis motosikal yang dicuri.“Kumpulan ini dipercayai mencuri lebih 20 motosikal sebelum menjual terus kepada pembeli atau diiklankan dalam Internet.“Setiap satu enjin motosikal pula dijual pada harga RM200 hingga RM300 bergantung kepada jenis dan kuasa kuda enjin motosikal berkenaan,” katanya.Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati suspek pertama sebelum ini pernah ditahan mengikut Ordinan Darurat (EO) kerana mencuri motosikal dan hasil ujian air kencing mendapati dia positif Methapethamine.Katanya, dengan tertangkapnya tiga suspek, pihaknya menyelesaikan 10 kes curi motosikal yang pernah dilaporkan sepanjang tahun ini di Klang.Semua suspek ditahan direman seminggu sehingga 11 Disember dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK) kerana curi motosikal.

Read More - Geng honda lumpuh : sindiket jual motor curi di internet

Musa hassan: politik samseng boleh jerumuskan negara dalam rusuhan ala 13 mei.

Oh! Krai Utara

Share

SHAH ALAM - Situasi politik pada masa ini mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng kerana disebabkan wujudnya politik kebencian yang dipupuk sesetengah ahli politik.Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, jika pemimpin tidak mampu mengawal tindak-tanduk penyokong masing-masing, tidak mustahil peristiwa 13 Mei akan berulang.“Ini kerana hate politics atau politik kebencian telah mewujudkan generasi bertindak ala samseng. Saya rasa orang politik kita perlu menentukan penyokong mereka dikawal kerana kadangkala apabila mereka tidak mengawal penyokong mereka, ini yang berlaku,” katanya, semalam.Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian yang membincangkan tajuk Politik Samseng: Di Mana Maruah Kita yang diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini.Selain Musa, wacana turut mengundang Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan; Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh dan Jawatankuasa Pas Pusat, Muhamed Hanipa Maidin.Wacana itu dikendalikan oleh Profesor Datuk Mohamed Abu Bakar dari Universiti Malaya.Musa berkata, kerajaan yang membiarkan keganasan politik berleluasa juga tidak akan bertahan lama kerana mereka juga akan berisiko digulingkan melalui cara sama.“Kalau kerajaan menggalakkan keganasan politik, saya merasakan kerajaan itu tak lama akan menjadi kerajaan kerana ia juga akan dijatuhkan melalui keganasan."Jika pemimpin tidak mengawal ahli, inilah yang berlaku seperti di negara Arab, banyak keganasan berlaku. Pemimpin jangan sesekali menggalakkan keganasan politik serta pergaduhan,” katanya.Beliau berkata, dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, politik keganasan dan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan tidak sepatutnya berlaku."Budaya seperti reformasi tidak sesuai dilakukan, sekiranya mahu menjatuhkan kerajaan. Jika mahu laksana demokrasi, perlulah mengikut saluran yang betul. Pihak polis bertanggungjawab mencegah. Jangan anggap polis musuh tapi sebagai kawan.“Kalau dulu, hanya empat orang detektif boleh mengawal satu ceramah dan tak adalah sampai pening kepala macam sekarang ini,” katanya.Berdasarkan pemerhatian, katanya, senario politik hari ini jauh berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini khususnya pada hari mengundi.“Ahli politik perlu bersikap gentleman. Kita tengok dahulu pilihan raya macam pesta, semua keluar bersama-sama. Pembangkang dan parti kerajaan sama-sama berjalan, tak ada masalah. Sekarang tak boleh,” katanya.Beliau seterusnya menggesa agar proses membina negara dijadikan keutamaan oleh penyokong dan ahli politik, selain daripada berkempen untuk parti masing-masing.“Selepas habis pilihan raya, kita patut duduk sama-sama tanpa mengira parti, bina negara ini sama-sama,” katanya.Menurutnya, pembangkang perlu ada dalam sebuah negara demokrasi demi melihat kesejahteraan terus terjamin, namun pembangkang perlu berkualiti dan mengetahui peranan mereka.“Saya lihat, politik negara ini tidak pernah habis dengan menyalahkan pihak lain tanpa memikirkan pembangunan negara. Adalah lebih baik duduk semeja dan bincang pembangunan negara," katanya.

Read More - Musa hassan: politik samseng boleh jerumuskan negara dalam rusuhan ala 13 mei.

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...