Aku cuma nak betulkan keadaan - musa hassan
Oh! Krai Utara
SHAH ALAM - Pandangan yang dikeluarkan berkaitan campur tangan menteri dalam soal Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya untuk menasihati dan mengingatkan bahawa sekiranya ia tidak dibendung akan membawa "rosak", demikian reaksi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini.Sehubungan itu kata Musa, beliau tidak mahu niatnya disalahertikan oleh mana-mana pihak.Bercakap kepada Sinar Harian Online, Musa berkata, campur tangan dalam urusan operasi polis oleh pihak atasan misalnya akan menyebabkan reputasi PDRM terjejas."Perkara ini saya nak dibetulkan, bukan saya sakit hati kepada sesiapa, nanti orang kata saya ini sebab sakit hati tidak sambung (kontrak), saya iri hati dengan orang..."... saya sudah seronok pencen. Tapi saya tengok benda ini kalau tidak dibetulkan negara kita akan rosak."Saya bercakap ini bukan sebab saya nak hentam orang..., tidak... tetapi untuk betulkan keadaan. Keadaan sekarang makin teruk, makin teruk dan saya tidak mahu orang tidak percaya kepada polis," tegas beliau.Musa diminta mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam yang menyelar pihak yang mempertikai dan mengkritik tugas yang dilaksanakan sambil memberi contoh seperti dakwaan yang dikenakan ke atas Menteri Dalam Negeri.Menurut Musa, memang tidak menjadi kesalahan untuk Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara."Macam Bersih, itu IGP sahaja lah bagi arahan. Tak perlu nak bagi arahan. Kalau salah tindakan IGP, biar IGP sahaja yang kena tindakan. Janganlah atas arahan turun lagi. Orang di bawah pun pening kepala nak buat kerja."Campur tangan dari segi pentadbiran itu memang tanggungjawab dia, tetapi jangan lah campur tangan dalam hal-hal buat kerja polis. Campur tangan dalam operasi polislah, macam-macamlah. Operasi tak boleh (campur tangan), pentadbiran tidak apa sebab dia (Menteri Dalam Negeri) Pengerusi Suruhanjaya Polis," jelas beliau.Ekoran kelantangannya mengkritik institusi polis negara selepas bersara, timbul spekulasi bahawa bekas Ketua Polis Negara itu berminat menceburi bidang politik.Namun Musa menegaskan, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik, meskipun ada menerima tawaran, tetapi akan terus lantang untuk menyumbang memperbaiki sistem pentadbiran negara.Ditanya mengapa baru sekarang beliau mahu menyuarakan perkara ini dan sama ada baru sekarang berlakunya campur tangan dalam pentadbiran polis di negara ini, Musa berkata:"Dulu tak kerap berlaku begini. Dulu tak ada saya rasa. Masa Menteri Dalam Negeri yang lama-lama kita tak pernah (dengar) jadi begini. Tapi yang baru-baru ni lah.""Kalau IGP itu tak berani, ia berlakulah (campur tangan), kalau IGP berani, maka tak berlakulah. Saya merasakan kebanyakan IGP tak pernah akan mengikut apa kehendak menteri suruh buat kalau tak betul mengikut undang-undang lah," ujarnya lagi.
Enjin pesawat pejuang israel di curi pemungut besi buruk
Oh! Krai Utara
TRIBUNNEWS.COM, JERUSALEM - Sejumlah injin pesawat jet buatan Amerika Syarikat , dilaporkan telah dicuri dari sebuah pengkalan udara di Israel.Seperti diberitakan Laman Wall, Khamis (6/12/2012), berdasarkan temuan awal polis tentera Israel, telah terjadi konspirasi antara orang dalam pangkalan udara, dengan pelaku.Dugaan sementara, mesin itu dicuri untuk dijual sebagai besi buruk. Walau demikian, belum boleh teridentifikasi identiti pelaku, dan bila kecurian itu berlaku.Seorang juru cakap tentera Israel, menolak mengomentari kes ini. Ia hanya mengatakan bahawa hasil penyelidikan kes ini akan dilaporkan ke jaksa penuntut militer.Tahun lalu, polis militer Israel melancarkan penyiasatan setelah suku cadang pesawat F-15 dan F-16 dari pangkalan udara Tel Nof dekat Tel Aviv itu ditemukan dalam sebuah gudang yang digunakan oleh pedagang besi buruk.Penulis: Samuel Febrianto | Editor: Anwar Sadat Guna
Oh! Salah laku seksual : Wanita cina dakwa timbalan ocpd hantar pesanan sms berbaur lucah
Oh! Krai Utara
Belum pun selesai dengan kes tahanan lari semasa dalam perjalanan ke mahkamah, satu lagi insiden membabitkan salah laku anggota polis didedah!Seorang wanita hari ini mendakwa bahawa seorang pegawai polis berpangkat tinggi menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah kepada beliau sejak September lalu.Dalam sidang media yang diatur oleh DAP Negeri Sembilan sebentar tadi, Tan Yik Ching, 32, yang berasal dari Sungai Siput tetapi menetap dan bekerja di Seremban menceritakan kronologi dakwaan tersebut.“Pada 2 September, lebih kurang pukul 7.00 malam; berlaku satu kejadian pecah rumah dan cubaan untuk merogol saya oleh seorang lelaki yang dikenali.“Saya berjaya lepaskan diri dan pada malam yang sama saya membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Siput (U), Perak.“Pegawai penyiasat kes tersebut ialah Sarjan Latifah. Selepas dua atau tiga hari, Sarjan Latifah bawa saya berjumpa Timbalan Ketua Polis Daerah (OCPD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Polis Sungai Siput, DSP Ernest John.Selepas seminggu kejadian itu saya terima panggilan telefon dari DSP Ernest mengajak saya keluar makan tengahari. Saya terima pelawaan itu dan beberapa kali saya keluar makan tengahari dan malam bersama beliau dan sambil itu kami bincang tentang kes kami.“Beberapa hari selepas itu saya mula terima sms-sms mengenai hajat beliau ingin berkenalan dengan saya. Tidak lama selepas itu saya mula menerima sms-sms berbaur lucah daripada beliau.“Justeru itu saya membuat satu laporan polis terhadap Ernest di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Ipoh pada 26 November berhubung sms-sms lucah yang dihantar oleh Ernest.“Kes ini disiasat oleh Deputi Supritendant Tham Lai Kuan dari IPD Polis Ipoh. Beliau ada merakamkan kenyataan saya dan mahu telefon bimbit saya sebagai bahan bukti.“Walaubagaimanapun saya tidak mahu menyerahkan telefon bimbit ini kerana tidak yakin dengan ketelusan pihak IPD Polis Ipoh. Saya bimbang seandainya bahan bukti berbentuk sms-sms lucah itu akan dipadam (delete) oleh pihak polis sendiri”, kata Tan.Bukan cakap kosongPengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook berkata apa yang didakwa oleh Tan bukan cakap kosong atau sengaja direka-reka.“Berdasarkan laporan polis Tan, sememangnya Tan menamakan pegawai polis dan nombor telefon bimbit pegawai polis itu di dalam laporan polis beliau. Maka dakwaan beliau ada kredibiliti.“Saya gesa kes ini diambil alih segera oleh polis Bukit Aman. Saya akan menulis surat kepada IGP, Ismail Omar dan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein.Saya akan meminta polis Bukit Aman membentuk satu pasukan khas untuk menyiasat kes ini kerana ia bukan membabitkan seorang pegawai berpangkat rendah tetapi seorang pegawai polis tinggi yang merupakan Timbalan OCPD IPD Polis Sungai Siput.“Kes ini amat memalukan kerana melibatkan gangguan seksual dan ibarat ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.“Tan tidak akan menyerahkan telefon bimbit itu selagi beliau tidak mendapat jaminan daripada Bukit Aman bahawa kes ini akan disiasat secara profesional. Tan juga tidak yakin dengan polis Perak dalam siasatan kes gangguan seksual ini”, kata Loke.Dalam sidang media itu Tan turut menunjukkan beberapa sms berbaur lucah kepada jurugambar media untuk dirakamkan.Salah sebuah sms berbunyi seperti berikut:“Sya ada ckap sama Balai punya org sya ada k****** lu dia org ckap lu bnyk kotor punya prempuan”
Ugut tuan tanah! Himpunan kebangkitan rakyat melaka isyaratkan kejatuhan kerajaan pimpinan bayangan mahathir nak tumbang?
Oh! Krai Utara
Tuan tanah diugut, himpunan di Melaka bertukar tempat
Harakahdaily
MELAKA:Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Melaka 8 Dis ini terpaksa dipindahkan ke lokasi baru ekoran tuan tanah lokasi asal iaitu di Bukit Palah membatalkan persetujuan memberi tapak itu untuk program tersebut.Setiausaha program, Asri Sheikh Abdul Aziz berkata, pembatalan itu dibuat tuan tanah selepas diugut pihak tertentu agar tidak membenarkan kawasan itu digunakan."Sebelum ini beliau telah mengeluarkan surat persetujuan untuk menyewakan tanah tersebut tetapi tengahari ini beliau menghubungi kita menarik balik persetujuan tersebut atas alasan ada pihak yang mengugut beliau."Kita berasa amat kesal dengan tindakan tersebut kerana ianya dibuat hanya 2 hari sebelum program dilaksanakan dan kita terpaksa melakukan persiapan semula di lokasi baru" ujar Asri yang juga merupakan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Melaka.Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka di Pejabat PKR Negeri Melaka, Taman Bukit Piatu Mutiara di sini tengahari tadi.Ekoran pembatalan tempat itu, himpunan tersebut akan dipindakan ke tempat baru iaitu di belakang Pejabat DAP Negeri Melaka, Lorong Pandan.Beliau tidak menolak kemungkinan ugutan kepada tuan tanah sebelum adalah dari pihak yang takut akan kebangkitan rakyat di negeri itu."Mereka sebelum ini telah mengadakan pelbagai provokasi semasa program PR termasuk ceramah pimpinan tertinggi PR dan ini adalah kemuncak kepada tindakan tidak bertamadun mereka."Mereka bukan sahaja hendak mengacau program kita dengan mengadakan karnival ad hoc mereka malah mengugut tuan tanah dengan pelbagai ugutan yang menyebabkan tuan tanah menarik balik persetujuan asal" tambah Asri.
Oh! Pelajar perempuan bawa grenade ke sekolah.
Oh! Krai Utara
NEWSOUTHWALES - Seorang pelajar perempuan berusia 11 tahun di Newcastle, New South mengejutkan warga sekolah kerana membawa bahan peletup ke sekolah Seperti dilaporkan oleh Oddnews.org, Rabu (5/12/2012), pelajar di Hunter Christian School itu mempamerkan barang peledak itu, dalam pelajaran show-and-tell. Granat yang dibawa itu, mulanya dikira sebuah celengan. Granat yang dibawa gadis itu, dilaporkan menyerupai granat nanas di era Perang Dunia Kedua. "Seorang pelajar kami dengan polosnya membawa sebuah benda yang dia kira sebuah celengan," ujar Guru Besar Hunter Christian School, Boyd Allen."Ia lalu menunjukkannya kepada guru. Dan guru itu tentu sangat ketakutan kerana bentuk benda itu tidak terlihat seperti kotak wang.Tapi benar-benar tampak seperti granat. Guru itu kemudian menghubungi saya, dan ia dan muridnya tersebut, datang ke pejabat saya dan membawa granat itu ditangan," lanjutnya.Setelah itu pihak pengelola meminta para staf sekolah membawa para murid, ke sebuah taman berdekatan, sementara anggota polis dan ahli pemati bom menetralisir granat tersebut.Berdasarkan pemberitaan sejumlah media lokal, granat itu sudah tidak aktif lagi.(oddnews.org)




