Ugut tuan tanah! Himpunan kebangkitan rakyat melaka isyaratkan kejatuhan kerajaan pimpinan bayangan mahathir nak tumbang?

Oh! Krai Utara

Share

Tuan tanah diugut, himpunan di Melaka bertukar tempat

Harakahdaily
MELAKA:Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Melaka 8 Dis ini terpaksa dipindahkan ke lokasi baru ekoran tuan tanah lokasi asal iaitu di Bukit Palah membatalkan persetujuan memberi tapak itu untuk program tersebut.Setiausaha program, Asri Sheikh Abdul Aziz berkata, pembatalan itu dibuat tuan tanah selepas diugut pihak tertentu agar tidak membenarkan kawasan itu digunakan."Sebelum ini beliau telah mengeluarkan surat persetujuan untuk menyewakan tanah tersebut tetapi tengahari ini beliau menghubungi kita menarik balik persetujuan tersebut atas alasan ada pihak yang mengugut beliau."Kita berasa amat kesal dengan tindakan tersebut kerana ianya dibuat hanya 2 hari sebelum program dilaksanakan dan kita terpaksa melakukan persiapan semula di lokasi baru" ujar Asri yang juga merupakan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Melaka.Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka di Pejabat PKR Negeri Melaka, Taman Bukit Piatu Mutiara di sini tengahari tadi.Ekoran pembatalan tempat itu, himpunan tersebut akan dipindakan ke tempat baru iaitu di  belakang Pejabat DAP Negeri Melaka, Lorong Pandan.Beliau tidak menolak kemungkinan ugutan kepada tuan tanah sebelum adalah dari pihak yang takut akan kebangkitan rakyat di negeri itu."Mereka sebelum ini telah mengadakan pelbagai provokasi semasa program PR termasuk ceramah pimpinan tertinggi PR dan ini adalah kemuncak kepada tindakan tidak bertamadun mereka."Mereka bukan sahaja hendak mengacau program kita dengan mengadakan karnival ad hoc mereka malah mengugut tuan tanah dengan pelbagai ugutan yang menyebabkan tuan tanah menarik balik persetujuan asal" tambah Asri.

Read More - Ugut tuan tanah! Himpunan kebangkitan rakyat melaka isyaratkan kejatuhan kerajaan pimpinan bayangan mahathir nak tumbang?

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...