Apco: PAS gesa Majlis Raja-Raja campurtangan
Oh! Krai Utara
PAS hari ini menyerahkan memorandum kepada Majlis Raja-Raja supaya campurtangan untuk membatalkan kontrak antara kerajaan Malaysia dan firma perunding Apco Worldwide.
Timbalan presidennya, Nasharuddin Mat Isa menyerahkan memorandum tersebut yang ditandatangani oleh presiden dan kesemua ahli parlimen PAS di pejabat penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di ibunegara hari ini.
“Patik ahli-ahli parlimen PAS sangat berharap agar ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku membatalkan kontrak perundingan Apco dengan kerajaan Malaysia bagi menjamin keselamatan negara dan rakyat; serta menghindarkan persepsi buruk terhadap Malaysia oleh masyarakat dunia, terutamanya oleh negara-negara umat Islam,” memorandum lima halaman itu dipetik. baca lagi
Maut Kerana Sebiji Burger
Oh! Krai Utara

ANGGOTA polis mengangkat mayat Nurfaren yang maut di Sungai Baging, Kuantan kelmarin.
KUANTAN - Hasrat murid tahun lima mahu menjamah burger ayam berakhir dengan tragedi apabila pelajar itu maut selepas basikal yang dibonceng bersama rakannya dirempuh sebuah kereta di Sungai Baging di sini kelmarin. read lagi
Polis serbu pusat judi laga ayam
Oh! Krai Utara
Tindakan sekumpulan lelaki menjadikan bangsal dan rumah sebagai lokasi kegiatan judi laga ayam mengundang padah apabila pusat judi itu di Kampung Alor Mak Bah, diserbu pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, hasil maklumat orang awam, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah cawangan Perjudian dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) diketuai Asistan Superintendan Mohd Sabri Saad menyerbu lokasi panas itu.
"Sebaik pihak berkuasa tiba di lokasi, suspek cuba meloloskan diri, namun hasil kepungan dan perancangan rapi pegawai operasi, 10 daripada mereka berjaya ditangkap.
Dahlan berkata, kumpulan lelaki berkenaan cuba mempertikaikan tindakan polis dan menghalang pihak berkuasa menangkap suspek yang dipercayai terbabit aktiviti laga ayam.
"Hasil operasi disertai lebih 40 anggota dan empat pegawai itu turut membawa kepada rampasan beberapa alat permainan mahjung, daun terup serta beberapa ekor ayam, dipercayai taruhan dalam aktiviti judi serta motosikal milik suspek.
Lebih 15 suspek berjaya ditahan dalam operasi termasuk seorang remaja 15 tahun yang cuba menghalang polis menangkap suspek.
Penduduk Cina pertama terima Takaful Kifalah
Oh! Krai Utara
KUALA KRAI - Seorang penghidap kanser pangkal rahim dari Kampung Bukit Langsat, dekat sini, Kua Mek Seng yang meninggal dunia Khamis lalu menjadi penduduk Cina pertama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkebang yang menerima manfaat Takaful Kifalah pada tahun ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, secara keseluruhan, mendiang Mek Seng penerima ke-350 bagi DUN berkenaan sejak skim perlin-dungan insurans untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas itu diperkenalkan Kerajaan Negeri pada awal Februari 2007.
“Bagi penduduk Cina dalam DUN Mengkebang yang menerima manfaat Takaful Kifalah sejak skim ini mula diperkenalkan pula, mendiang Mek Seng adalah penerima yang kelima.
“Bayaran pendahuluan ini sepatutnya dibayar pada hari kematian tetapi ketika itu saya berada di Indonesia kerana mengikuti rombongan Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam),” katanya kepada :Sinar Harian.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bayaran pendahuluan sebanyak RM500 kepada suami mendiang Mek Seng, Wee Kim Swee, 65, di Kampung Bukit Langsat di sini, semalam.
Hadir sama, Penghulu Tanpa Mukim Wakil Kaum Parlimen Kuala Krai, Sik Chai Som dan suami Chuink Gin Huat serta mantan Penghulu Mukim Bedal, Mohd Ariffin Wahab.
Sementara itu Kim Swee berkata, mendiang isterinya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.30 petang Khamis lalu pada usia 62 tahun akibat kanser pangkal rahim yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu.
Menurutnya, keadaan isterinya bertambah teruk selepas terjatuh di dapur rumah mereka sembilan bulan lalu sehingga menye-babkan mendiang tidak dapat berjalan dan terlantar di tempat tidur.
“Seminggu sebelum meninggal dunia, keadaan isteri saya semakin buruk apabila dia mula mengalami batuk berdarah dan mengeluarkan nanah apabila kencing,” katanya.
Dalam pada itu, Kim Swee merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri terutama Abdul Latiff atas pemberian manfaat Takaful Kifalah dan juga bantuan Tabung Kronik yang diterima mendiang isterinya sebelum ini.
Bahkan katanya, keprihatinan Kerajaan Negeri tidak terhenti setakat itu sahaja kerana anak sulungnya yang juga seorang orang kurang upaya (OKU), Wee Liu Pin, 40, turut menerima bantuan.
Mendiang Mek Seng yang disemadikan di Tanah Perkuburan Cina Prutok, Temangan, dekat Machang, kelmarin, meninggalkan dua anak lelaki dan dua perempuan berusia antara 30 tahun dan 40 tahun.
SKS dilancar banteras gejala sosial
Oh! Krai Utara
KUALA KRAI - Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkebang di Parlimen ini menjadi DUN kedua di negeri ini yang mempunyai Skuad Khidmat Sukarela (SKS) di bawah Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan.
Ketua Dewan Pemuda Pas kawasan, Mahadi Mat Zin berkata, pelancaran SKS DUN Mengkebang itu diadakan sempena program Belia Cakna Masyarakat di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Chenulang dekat sini, kelmarin.
Menurutnya, pelancaran disempurnakan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman dan dihadiri wakil urusetia berkenaan, Muhammad Hanif Wan Ahmad.
“Dengan pelancaran itu, DUN Mengkebang menjadi DUN pertama di Parlimen ini dan juga yang kedua di Kelantan selepas DUN Ayer Lanas yang menubuhkan SKS.
“Sebagai simbolik pelancaran SKS ini, Abdul Latiff yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai menyerahkan seragam skuad kepada Ketua Dewan Pemuda Pas DUN Mengkebang, Abdul Hashim Jusoh,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.
Mahadi berkata, skuad sukarela itu kelak akan berperanan mengawal dan membanteras gejala sosial di kawasan kampung sekitar DUN Mengkebang terutama dalam kalangan anak muda dan belia.
Menurutnya, penubuhan SKS juga bertujuan mendidik anggota skuad itu sendiri ke arah menjadi belia yang prihatin dan cakna dengan masalah sosial di kawasan masing-masing serta berusaha menghindarinya.
“Kita sasarkan sekurang-kurangnya 100 belia akan menyertai SKS DUN Mengkebang sebelum pelancaran skuad diadakan di tiga lagi DUN lain dalam Parlimen ini iaitu Guchil, Manek Urai dan Dabong,” katanya. - SH






