Polis serbu pusat judi laga ayam

Oh! Krai Utara

Share
Tindakan sekumpulan lelaki menjadikan bangsal dan rumah sebagai lokasi kegiatan judi laga ayam mengundang padah apabila pusat judi itu di Kampung Alor Mak Bah, diserbu pihak berkuasa. 


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, hasil maklumat orang awam, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah cawangan Perjudian dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) diketuai Asistan Superintendan Mohd Sabri Saad menyerbu lokasi panas itu. 

"Sebaik pihak berkuasa tiba di lokasi, suspek cuba meloloskan diri, namun hasil kepungan dan perancangan rapi pegawai operasi, 10 daripada mereka berjaya ditangkap. 

Dahlan berkata, kumpulan lelaki berkenaan cuba mempertikaikan tindakan polis dan menghalang pihak berkuasa menangkap suspek yang dipercayai terbabit aktiviti laga ayam. 

"Hasil operasi disertai lebih 40 anggota dan empat pegawai itu turut membawa kepada rampasan beberapa alat permainan mahjung, daun terup serta beberapa ekor ayam, dipercayai taruhan dalam aktiviti judi serta motosikal milik suspek. 

Lebih 15 suspek berjaya ditahan dalam operasi termasuk seorang remaja 15 tahun yang cuba menghalang polis menangkap suspek.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...