Najib masih berteka-teki:: Betul ke ni atau kau memang gersang?
Oh! Krai Utara
Datuk Seri Najib Razak masih berteka-teki mengenai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, tetapi mengesahkan pengumuman nama calon akan dibuat Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN hanya mengesahkan beliau sudah berunding dengan semua pemimpin parti komponen, termasuk Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berhubung soal calon bagi pilihan raya kecil 25 April itu.
baca lagi
Read More - Najib masih berteka-teki:: Betul ke ni atau kau memang gersang?
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN hanya mengesahkan beliau sudah berunding dengan semua pemimpin parti komponen, termasuk Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berhubung soal calon bagi pilihan raya kecil 25 April itu.
baca lagi
Guan Eng::Gagalkah pengurusan Air Pulau Pinang, sehingga terpaksa di hadkan?
Oh! Krai Utara
Pulau Pinang had guna air
GEORGE TOWN - Pengguna di negeri ini akan dikenakan penalti sekiranya didapati menggunakan air lebih daripada 165 liter setiap hari mulai tahun depan.
Secara perbandingan, ini bermakna setiap penduduk di negeri itu hanya dibenarkan menggunakan kira-kira 16 baldi bersaiz normal sehari sahaja bagi setiap baldi yang menampung kira-kira 10 liter air.
Alasan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, langkah tersebut bertujuan mengelakkan pembaziran penggunaan air oleh seseorang penduduk yang rata-ratanya menggunakan sebanyak 286 liter sehari pada tahun lepas.
"tahniah dan syabas En Lim Guan Eng, saya setuju benar dengan langkah yang telah di ambil, ini selaras dengan hasrat En Lim Guan Eng sendiri yang ingin mencontohi keperibadian unggul khalifah Umar Abdul Aziz"
Kadang tidakkah terdetik dihati kita orang2 yang mengakui islam untuk berasa malu kepada saudara En Lim Guan Eng? malu rasanya kita saudara, orang yang mengaku islam jika bukan kita yang menjadi pendahulu untuk mencontohi akhlak mulia muslim teredahulu.
Kalau begitu, dimanakah pemimpin yang lebih terutama dalam nagara malaysia ini yang patut tuan hamba jadikan contoh rujukan, bahkan mengangkat dianya menjadi pimpinan saudara?
akhirnya saya ingin bertanya, Gang PR telah menunjukkan contoh yang senantiasa ingin mengajar rakyat dalam perintah mereka dengan erti kesederhanaan jauh sekali membazir, bagaimana pula lawan mereka?
Guna gambar Pemimpin PR untuk ceramah UMNO
Oh! Krai Utara
KEPALA BATAS, 3 April: Sekali pandang nampak macam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang akan memberikan ceramah tetapi sebenarnya Datuk Seri Zahrain Ibrahim dan Ezam Mohd Nor sebenar. Ia sangat mengelirukan.Ekoran itu, Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pinang Tunggal dan Pakatan Rakyat Kepala Batas mendesak Polis membuat siasatan segera terhadap beberapa helai sepanduk yang mengelirukan rakyat itu.
Ia digantung untuk satu majlis ceramah di Kampung Paya Keladi pada 6 April ini.
Sebenarnya ia adalah program anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas yang didalangi oleh Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas.
Pemidato jemputan ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan bekas Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Ezzam Mohd Noor.
Pengarah Dun Pinang Tunggal, Mohd Akhir Che Mat berkata, lapuran polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seberang Perai Utara pada pukul 9.00 pagi dan selesai pada pukul 11.00 pagi tadi.
Menurut beliau, pihak polis dikehendaki mencari dalang sebenar yang dikira sengaja menimbulkan perasaan benci membenci di kalangan masyarakat.
Bukan itu sahaja mereka juga harus menyiasat siapa Angkatan Belia Muda Kepala Batas yang menjadi penganjur program terbabit yang pastinya tanpa permit.
"Pihak polis dikehendaki membuat siasatan segera terhadap sepanduk yang terpampang di serata tempat yang memaparkan gambar Anwar dan Lim Guan Eng. Dari gambar itu seolah mereka yang akan berpidato, " tegasnya kesal.
"Keadaan itu membuktikan Umno ketandusan ideal untuk berhadapan dangan rakyat dengan mempergunakan dua tokoh besar tanah air sedangkan yang akan berceramah ialah Dato' Zahrain dan Ezzam, " jelas beliau yang juga Naib Pengerusi Pakatan Rakyat Kepala Batas.
Harakah Daily
Jaga kebajikan ibu bapa - YDP PAS kuala Krai
Oh! Krai Utara
DABONG – Anak-anak perlu melaksanakan tanggungjawab menjaga kebajikan ibu bapa walau di mana dan dalam apa juga keadaan sekali pun.
Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, tanggungjawab menjaga kebajikan ibu bapa perlu dipikul anak-anak walaupun mereka sendiri tidak berada dalam zon selesa.
Menurutnya, ibu bapa memerlukan perhatian anak-anak dan bukannya soal wang ringgit kerana dalam usia begitu mereka perlukan jagaan dan bukan kemewahan dunia semata-mata.:
“Banyak kes pengabaian terhadap ibu bapa tidak kira di negeri mana sekali pun, sedangkan ibu bapa adalah tanggungjawab anak-anak apabila mereka sudah uzur.
“Sejak kecil ibu bapa yang menjaga kita sehingga kita mampu berdikari dan keluar dari rumah mencari nafkah sendiri. Adakalanya sehingga berkeluarga pun masih ada anak yang tinggal bersama ibu bapa. Justeru, apabila keadaan ibu bapa yang uzur dan memerlukan kita, kira perlu berada di sisi mereka,” katanya kepada :Sinar Harian :selepas menziarahi ziarah warga emas, Eshah Daud, 60-an di Dabong.
Program ziarah ini di bawah anjuran bersama Lajnah Kebajikan Pas kawasan kuala krai yang turut dihadiri Pengerusi Lajnah Hazimah Khalipah serta beberapa ahli jawatankuasa Pas kawasan Kuala Krai.
Jangan pertikai hak Sultan ::Prof.Aziz Bari
Oh! Krai Utara
SHAH ALAM – Tindakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan Baginda agar darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada dua wakil rakyat pembangkang ditarik balik, dilihat seperti mempertikaikan kuasa dan hak Sultan.
Pakar Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, gelaran dan anugerah adalah pengiktirafan daripada Sultan yang diberikan kepada individu tertentu atas jasa dan sumbangan seseorang terhadap negara.
Menurutnya, dari segi prinsip dan hak seseorang individu yang diberi penganugerahan, sekiranya mereka terlibat dengan jenayah yang dapat dibuktikan dengan kukuh, kuasa menarik gelaran dan anugerah itu terletak kepada Sultan dan majlis penasihat istana.
“Tidak dinafikan Sultan mempu-nyai kuasa menarik balik, tetapi baginda juga mempunyai penasihat yang akan menyiasat perkara tersebut agar keputusannya telus dan tidak dipengaruhi unsur politik.
“Dalam senario sekarang, ia seperti satu usaha yang tidak baik kerana adakah wakil rakyat BN sahaja yang boleh mendapat penghargaan?”
“Mereka boleh berikan pelbagai alasan untuk menyokong tindakan mereka, tetapi tidakkah mereka terfikir tindakan itu juga seperti mempertikaikan keputusan Sultan kerana darjah kebesaran itu dianugerahkan Sultan?,” katanya kepada :Sinar Harian,: semalam.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah Politik dan Strategi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff berharap tiada spekulasi mengenai perkara itu kerana ia melibatkan kuasa Sultan dan institusi istana.
“Buat masa ini, kita lihat sahaja keputusannya,” katanya.
Kelmarin, Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) serta badan bukan kerajaan (NGO) Perak menyerahkan memorandum kepada Sultan Perak meminta darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Pengerusi DAP Perak, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Ngeh Koo Ham dan ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, ditarik balik.
Memorandum itu diserahkan atas alasan pembangkang menderhaka kepada Sultan Perak apabila mempertikaikan pelantikan Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.





