Jaga kebajikan ibu bapa - YDP PAS kuala Krai

Oh! Krai Utara

Share
DABONG – Anak-anak perlu melaksanakan tanggungjawab menjaga kebajikan ibu bapa walau di mana dan dalam apa juga keadaan sekali pun.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, tanggungjawab menjaga kebajikan ibu bapa perlu dipikul anak-anak walaupun mereka sendiri tidak berada dalam zon selesa.
Menurutnya, ibu bapa memerlukan perhatian anak-anak dan bukannya soal wang ringgit kerana dalam usia begitu mereka perlukan jagaan dan bukan kemewahan dunia semata-mata.:
“Banyak kes pengabaian terhadap ibu bapa tidak kira di negeri mana sekali pun, sedangkan ibu bapa adalah tanggungjawab anak-anak apabila mereka sudah uzur.

“Sejak kecil ibu bapa yang menjaga kita sehingga kita mampu berdikari dan keluar dari rumah mencari nafkah sendiri. Adakalanya sehingga berkeluarga pun masih ada anak yang tinggal bersama ibu bapa. Justeru, apabila keadaan ibu bapa yang uzur dan memerlukan kita, kira perlu berada di sisi mereka,” katanya kepada :Sinar Harian :selepas menziarahi ziarah warga emas, Eshah Daud, 60-an di Dabong.
Program ziarah ini di bawah anjuran bersama Lajnah Kebajikan Pas kawasan kuala krai yang turut dihadiri Pengerusi Lajnah Hazimah Khalipah serta beberapa ahli jawatankuasa Pas kawasan Kuala Krai.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...