Pelajar Pondok Sri Permai berbakti kepada masyarakat

Oh! Krai Utara

Share
SELIGI - Madrasah Dakwah Islamiah Pondok Sri Permai yang ditubuhkan sejak 22 tahun lalu menggalakkan pelajarnya melakukan kerja amal yang memberi manfaat kepada masyarakat. 

Setiusaha Majlis Syura Pondok, Ahmad Shah Awang Ngah berkata, dalam satu program yang diadakan, pelajar turut menderma darah. 

Menurutnya, pondok juga memainkan peranan dalam menyediakan modal insan yang bersedia menghulurkan bantuan kepada orang lain apabila diperlukan. 

“Kita menyediakan ruang kepada pelajar melaksanakan khidmat sosial disamping meningkatkan pemahanan berhubung ajaran Islam,” katanya. 

Pondok tersebut katanya, melalui proses peningkatan sistem pengajian dengan pembinaan bangunan baru tiga tinggi yang akan menempatkan ruang tetamu, makmal komputer, bilik belajar dan perpustakaan. 

Katanya, bangunan itu nanti membolehkan lebih 200 warga pondok dan pelajar mengikuti kelas belajar dengan sempurna. 

“Secara kasarnya, bangunan ini siap 70 peratus yang menelan belanja kira-kira RM150,000 hasil sumbangan orang ramai dan kami masih memerlukan sumbangan menyiapkan bangunan,” katanya. 

Orang ramai yang mahu memberi sumbangan diminta menyalurkannya ke akaun BIMB 03-090-02-0091516 atas nama Madrasah Dakwah Islamiah Pondok Sri Permai atau menghubungi Ahmad Shah di talian 013-9002487.
Read More - Pelajar Pondok Sri Permai berbakti kepada masyarakat

Artis wanita yang suka jentik telur lelaki…siapa tu?

Oh! Krai Utara

Share

ALAHAI… CAK hanya mampu tepuk dahi bila dengar cerita ini. Apa nak jadi dengan artis serba boleh (menyanyi dan berlakon) ini.
Sudah macam-macam cerita tak elok CAK dengar, termasuk tabiat barunya yang suka menjentik telur pelakon dan kru lelaki di lokasi penggambaran.
Dah gersang sangat ke sampai di tempat paling sensitif itu dijentik? CAK dengar beberapa lelaki di lokasi penggambaran menjadi sasaran gurauan melampaunya itu sampai ada yang senak ‘telur’.
Seorang pelakon angin satu badan bila tempat paling peribadinya tiba-tiba dijentik sampai rasa mahu menumbuk muka artis wanita itu.
Bayangkanlah kalau dia benar-benar melepaskan tumbukan, pasti kecoh jadinya. Silap hari bulan jadi tajuk muka depan akhbar.
Kut ia pun nak melawak, agak-agak sikitlah. Apa motif sebenar pelakon itu jadi tanda tanya orang sekeliling. Kalau nak menggoda, bukan itu caranya atau barangkali dia berdendam dengan lelaki gara-gara kecewa dengan kisah lampau sehingga melepaskan geram dengan cara itu? Apapun tujuannya, perbuatan itu sungguh memalukan. Sepatutnya sebagai wanita, dia kena pandai jaga perlakuan dan maruah diri, bukan beraksi ‘lucah’ seperti itu. Apatah lagi dengan status ‘solo’, sungguh tidak manis ganggu bahagian sulit lelaki.
Ish… tak pernah lagi CAK jumpa tabiat pelik seperti ini. Kalau dah gatal sangat, pilihlah mana-mana lelaki untuk dijadikan suami. Bila dah halal, jentiklah puas-puas kalau itu mengundang rasa bahagia di hati.
sumber : Harian Metro
Read More - Artis wanita yang suka jentik telur lelaki…siapa tu?

Bantu Tok Guru..Jom Boikot PETRONAS

Oh! Krai Utara

Share

tunhisyamuddin
Kerajaan PAS Kelantan hari ini memutuskan untuk melantik bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai wakil kerajaan negeri dalam rundingan tuntutan royalti minyak dengan Kerajaan Pusat.
Tengku Razaleigh, yang juga Anggota Parlimen Gua Musang diminta untuk menyelesaikan isu tuntutan dalam tempoh empat bulan. 



Saya bersetuju dengan Perlantikan Tengku Razaleigh kerana bekas Pengerusi Petronas serta individu yang bertanggungjawab merangka perjanjian antara kerajaan negeri dan Petronas di bawah Akta Petronas 1974.
Bahkan dikatakan khidmat Tengku Razaleigh, tidak dikenakan bayaran. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Petroleum PR, Datuk Paduka Husam Musa, bahawa pelantikan Tengku Razaleigh oleh kerajaan negeri itu tidak melibatkan apa-apa bayaran dari kerajaan negeri terhadapnya. Sudah kepakaran beliau digunakan, bab bayaran pun tidak dikenakan. Memang YB Tengku Razaleigh amat mengamalkan prinsip rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Sanggup ketepikan soal politik kepartian, semata-mata kepentingan rakyat yang diwakilinya.


Walaubagaimanapun, sebagai menjayakan hasrat murni kerajaan Tok Guru Nik Aziz dan memudahkan kerja Tengku Razaleigh, saya ingin mencadangkan rakyat Kelantan buat sesuatu. Jangan biarkan Ku Li, Husam dan Kerajaan Kelantan bersendirian dalam mendepani isu ini. Antara cadangan yang boleh diperbahaskan ialah :

1) Rakyat Kelantan sama ada di Kelantan atau di negeri-negeri lain perlu boikot daripada mengisi petroleum di Stesen Minyak Petronas. Pilihan masih banyak buat rakyat Kelantan. Antaranya Shell, Esso, BHP Petrol dll. (walaupun syarikat dr Negara luar, tapi pekerjanya dari Malaysia..jadi tak salah bantu). Kepada Pemandu kereta, penunggang motorsikal, pemandu bas ekspress, pemandu teksi..petani yang membajak sawah..beralih kepada pilihan yang lain. Kita boikot dalam masa 4 bulan je. Biar Petronas rasa apa yang diorang lakukan kat Rakyat Kelantan yang dizalimi sejak tahun 1971 lagi.
2) Rakyat Kelantan seluruhnya boleh memilih hari Sabtu..atau hari lain untuk memakai pakaian merah. (Hari Sabtu sesuai kerana ada perlawanan bola sepak). Dalam masa 4 bulan je. Pakai baju merah dan tonjolkan di khalayak ramai. Kalau nak lagi kreatif, buat satu baju yang siap dengan slogan…sepertiMinyok Hok Negeri Kelate


3) Hadiri setiap sesi penerangan tentang isu ini dimana-mana jua. Tunjukkan sokongan kepada siri-siri ceramah tentang royalti ini (dan jangan lupa boikot beli Utusan dan Berita Harian) 


5) 
Kepada seluruh Rakyat Kelantan, pasang bendera Kelantan di rumah atau kereta. Juga lekatkan stiker sokongan tuntutan royalti ini kat mana-mana jua (kat peti ais pun takpa). Kalau boleh juga, naikkan banner tanda sokongan di seluruh Kelantan (termasuk di Stadium bila ada perlawanan liga Super).


Ini sahaja cara yang boleh difikirkan rakyat Kelantan untuk memudahkan kerja Kerajaan Kelantan dan Ku Li. Apa yang lagi penting, berdoa dan bertawakal kepada Allah. Kerana ALLAH lah pemilik segala yang ada di langit dan di bumi. 


· * Kalau tuntutan tak berjaya juga..apakata semua rakyat Kelantan dan seluruh rakyat Malaysia cintakan Keadilan, berarak beramai-ramai ke Menara Berkembar Petronas atau Putrajaya dengan memakai baju MERAH..tentu gempakkan. (Tapi janganlah lempar darah kat rumah Najib One Malaysia : Israel…


Read More - Bantu Tok Guru..Jom Boikot PETRONAS

Penduduk Pauh Lima gempar temui ikan Yu iras wajah manusia

Oh! Krai Utara

Share
PAUH LIMA - Penduduk di sini gempar selepas menemui ikan Yu dipercayai mempunyai iras manusia di gerai ikan di sini, kelmarin. 


Pemilik gerai berkenaan, Rosli Jusoh, 38, berkata, kejadian itu disedari apabila seorang pelanggannya yang ingin membeli ikan Yu berkenaan yang dikenali Yu Mejan dan melihat ikan tersebut mempunyai mata dan mulut seperti manusia. 

“Ketika ingin menimbang ikan tersebut, pembantu saya meletakkannya dalam keadaan terbalik, dan pelanggan berkenaan terkejut dan memberitahu tidak mahu ikan berkenaan kerana seperti wajah manusia. 

“Pembantu saya kemudian melihat ikan berkenaan dan ternyata dakwaan itu benar apabila ikan yang mempunyai mata di bahagian atas, turut mempunyai sepasang lagi mata di bahagian bawah perutnya,“ katanya ketika ditemui Sinar Harian di gerai ikan miliknya di sini. 

Rosli berkata, ikan seberat 1.2 kilogram itu diambil dari pengkalan Tok Bali sebelum di pasarkan di gerainya yang dibuka dari jam 10 hingga 6 petang. 

Katanya, ini kali pertama dai berdepan kejadian pelik itu sejak empat tahun menjalankan perniagaan berkenaan. 

“Kebiasaannya ikan Yu ini dijual sebanyak RM5 sekilogram, tetapi ikan ini mungkin kami simpan buat sementara waktu, kerana tidak ada yang sanggup untuk membeli dan memakannya,“ katanya. SH
Read More - Penduduk Pauh Lima gempar temui ikan Yu iras wajah manusia

Kelaku Zul dan 'asabiyyah dalam PAS

Oh! Krai Utara

Share



Semua orang nak tahu siapakah yang nak sogok habuan besar kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.



Malangnya, bila ditanya kepadanya tentang cabaran Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh supaya mendedahkan siapa yang nak sogok habuan besar itu, Zulkifli dilaporkan berkata, pendedahannya itu tidak ada kena mengena dengan Karpal (lihat Malaysian Insider hari ini "Karpal cabar Zulkifli bongkar pihak ketiga" dan The Edge "Zulkifli tells Karpal to stay out").


Antara lain, jawapan Zulkifli ialah, "Karpal dinosaur luput. You can quote me" and "Karpal naik kapal".

Pernah sekali beberapa tahun lalu saya ikut Haji Mohamad Sabu berceramah. Bila sampai ke tempat ceramah, rupa-rupanya Zulkifli pun ada bersama-sama Pak Salleh Bakar. Masa tu memang kerap Zulkifli ke sana sini bersama-sama Pak Salleh. Zulkifli berceramah. Pak Salleh bersajak.

Bila berjumpa Zulkifli malam itu, walaupun dia tak kenal saya, saya terus tibai. Saya tak ingat dengan tepat apa saya kita. Tetapi, saya bantai kelaku dia yang banyak sangat cerita bohong. Tetapi, yang kata Zulkifli ni, hang tibai dia pun, dia senyum ja (baca cerita Zulkifli Sulong dalam tulisannya yang bertajuk "Zulkifli Nordin yang saya kenal").

Untuk anak-anak muda, kadang-kadang nak kenal orang taklah susah sangat. Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dahulu, tak berapa lama sebelum Anwar ditangkap, muncul satu website (masa tu blog tak dak atau tak terkenal) yang mewar-warkan Zulkifli sebagai pengganti Anwar jika Anwar ditangkap.

Bila kita tengok kempen pelik macam tu dan Zulkifli pula tidak menolak kempen bodoh website tersebut, kita dah rasa semacam. Selepas itu memang, kelaku Zulkifli semakin tidak meyakinkan.

Ia sama seperti kita melihat kelaku pelik orang tertentu yang tanya duit, tanya permit dulu apabila dijemput berceramah. Tak cukup dengan itu, dia peralatkan pula orang-orang yang datang mendengar ceramah sebagai prospek skim cepat kayanya. Pada masa itu kita dah rasa kelaku orang itu tak boleh pakai dan kita merungut sesama sendiri. Sama seperti Zulkifli, memang kelaku orang itu semakin tidak meyakinkan.

Ketika kita sudah mengenalpasti kelaku-kelaku pelik sedemikian, kita beritahu kawan-kawan dalam PAS. Tahu apa sebahagian dari depa kata? "Fitnah tu syeikh!"

Tak kisahlah orang-orang bawahan PAS tu. Persoalannya, adakah Anwar bodoh dan bangang sangat sehingga boleh ditipu sampai bertahun-tahun oleh Zulkifli? Mustahil Anwar tak tahu Majlis Syura Ulama PAS pernah menolak Zulkifli sebagai calon parti itu sebelum pilihan raya 2004.

Atau, adakah Anwar rasa dia terer sangat dan boleh meluruskan kelaku Zulkifli? Kalau dia rasa lagu tu, itu pun satu kebodohan jugak.

Sata tak larat nak nafikan hakikat bahawa Anwar memang berkarisma. Tetapi, berkarisma sahaja tak cukup. Beliau tidak boleh kelihatan bodoh dan mudah diperbodohkan.
Read More - Kelaku Zul dan 'asabiyyah dalam PAS

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...