Pelajar Pondok Sri Permai berbakti kepada masyarakat
Oh! Krai Utara
SELIGI - Madrasah Dakwah Islamiah Pondok Sri Permai yang ditubuhkan sejak 22 tahun lalu menggalakkan pelajarnya melakukan kerja amal yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Setiusaha Majlis Syura Pondok, Ahmad Shah Awang Ngah berkata, dalam satu program yang diadakan, pelajar turut menderma darah.
Menurutnya, pondok juga memainkan peranan dalam menyediakan modal insan yang bersedia menghulurkan bantuan kepada orang lain apabila diperlukan.
“Kita menyediakan ruang kepada pelajar melaksanakan khidmat sosial disamping meningkatkan pemahanan berhubung ajaran Islam,” katanya.
Pondok tersebut katanya, melalui proses peningkatan sistem pengajian dengan pembinaan bangunan baru tiga tinggi yang akan menempatkan ruang tetamu, makmal komputer, bilik belajar dan perpustakaan.
Katanya, bangunan itu nanti membolehkan lebih 200 warga pondok dan pelajar mengikuti kelas belajar dengan sempurna.
“Secara kasarnya, bangunan ini siap 70 peratus yang menelan belanja kira-kira RM150,000 hasil sumbangan orang ramai dan kami masih memerlukan sumbangan menyiapkan bangunan,” katanya.
Orang ramai yang mahu memberi sumbangan diminta menyalurkannya ke akaun BIMB 03-090-02-0091516 atas nama Madrasah Dakwah Islamiah Pondok Sri Permai atau menghubungi Ahmad Shah di talian 013-9002487.
0 ulasan:
Catat Ulasan