Kelaku Zul dan 'asabiyyah dalam PAS
Oh! Krai Utara
Semua orang nak tahu siapakah yang nak sogok habuan besar kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Malangnya, bila ditanya kepadanya tentang cabaran Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh supaya mendedahkan siapa yang nak sogok habuan besar itu, Zulkifli dilaporkan berkata, pendedahannya itu tidak ada kena mengena dengan Karpal (lihat Malaysian Insider hari ini "Karpal cabar Zulkifli bongkar pihak ketiga" dan The Edge "Zulkifli tells Karpal to stay out").
Antara lain, jawapan Zulkifli ialah, "Karpal dinosaur luput. You can quote me" and "Karpal naik kapal".
Pernah sekali beberapa tahun lalu saya ikut Haji Mohamad Sabu berceramah. Bila sampai ke tempat ceramah, rupa-rupanya Zulkifli pun ada bersama-sama Pak Salleh Bakar. Masa tu memang kerap Zulkifli ke sana sini bersama-sama Pak Salleh. Zulkifli berceramah. Pak Salleh bersajak.
Bila berjumpa Zulkifli malam itu, walaupun dia tak kenal saya, saya terus tibai. Saya tak ingat dengan tepat apa saya kita. Tetapi, saya bantai kelaku dia yang banyak sangat cerita bohong. Tetapi, yang kata Zulkifli ni, hang tibai dia pun, dia senyum ja (baca cerita Zulkifli Sulong dalam tulisannya yang bertajuk "Zulkifli Nordin yang saya kenal").
Untuk anak-anak muda, kadang-kadang nak kenal orang taklah susah sangat. Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dahulu, tak berapa lama sebelum Anwar ditangkap, muncul satu website (masa tu blog tak dak atau tak terkenal) yang mewar-warkan Zulkifli sebagai pengganti Anwar jika Anwar ditangkap.
Bila kita tengok kempen pelik macam tu dan Zulkifli pula tidak menolak kempen bodoh website tersebut, kita dah rasa semacam. Selepas itu memang, kelaku Zulkifli semakin tidak meyakinkan.
Ia sama seperti kita melihat kelaku pelik orang tertentu yang tanya duit, tanya permit dulu apabila dijemput berceramah. Tak cukup dengan itu, dia peralatkan pula orang-orang yang datang mendengar ceramah sebagai prospek skim cepat kayanya. Pada masa itu kita dah rasa kelaku orang itu tak boleh pakai dan kita merungut sesama sendiri. Sama seperti Zulkifli, memang kelaku orang itu semakin tidak meyakinkan.
Ketika kita sudah mengenalpasti kelaku-kelaku pelik sedemikian, kita beritahu kawan-kawan dalam PAS. Tahu apa sebahagian dari depa kata? "Fitnah tu syeikh!"
Tak kisahlah orang-orang bawahan PAS tu. Persoalannya, adakah Anwar bodoh dan bangang sangat sehingga boleh ditipu sampai bertahun-tahun oleh Zulkifli? Mustahil Anwar tak tahu Majlis Syura Ulama PAS pernah menolak Zulkifli sebagai calon parti itu sebelum pilihan raya 2004.
Atau, adakah Anwar rasa dia terer sangat dan boleh meluruskan kelaku Zulkifli? Kalau dia rasa lagu tu, itu pun satu kebodohan jugak.
Sata tak larat nak nafikan hakikat bahawa Anwar memang berkarisma. Tetapi, berkarisma sahaja tak cukup. Beliau tidak boleh kelihatan bodoh dan mudah diperbodohkan.
0 ulasan:
Catat Ulasan