Pejabat Sultan Pertikai Kesahihan Kenyataan Wan Hashim
Oh! Krai Utara
Pejabat Sultan Kelantan hari ini mempertikai kesahihan kenyataan yang dikeluarkan semalam berhubung titah Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra mengenai sambutan Hari Keputeraan Baginda ke-60 pada 30 dan 31 Mac nanti.
Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad Abdul Halim berkata kesahihan kenyataan itu dipertikaikan kerana pihak Istana tidak dimaklumkan mengenai pelantikan Datuk Wan Hashim Wan Daud sebagai Setiausaha Sulit Baginda dan tiada pelantikan jawatan itu dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN).
"Sepanjang pengetahuan pejabat Sultan jawatan Setiausaha Sulit kepada Sultan itu masih kosong," katanya kepada pemberita pada sidang media di Istana Balai Besar, di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) Kelantan, Datuk Ismail Mohd Noor dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Kelantan (Pengurusan) Shafie Ismail.
Dalam kenyataan pengisytiharan yang dibaca oleh Wan Hashim semalam, beliau berkata, baginda menitahkan bahawa semua acara sempena Perayaan Hari Keputeraan baginda ke-60 pada tahun ini tidak diadakan kecuali majlis solat hajat dan doa selamat sahaja yang melibatkan seluruh rakyat jelata setiap masjid di negeri ini.
Kenyataan itu juga menyebut, Sultan Kelantan sama sekali tidak memperkenankan pengurniaan gelaran Kebesaran serta pingat-pingat kemuliaan di bawah perkara 43, Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan.
Abdul Halim berkata kenyataan yang dikeluarkan Wan Hashim di dalam media adalah mengelirukan dan tidak benar kerana Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra yang dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan oleh Majlis Perajaan Negeri pada 24 Mei tahun lalu mempunyai kuasa untuk menentukan pelantikan jawatan itu.
"Untuk makluman, segala urusan Diraja diuruskan oleh Pejabat Sultan Kelantan yang sentiasa patuh dan taat setia kepada Sultan dan Pemangku Raja. Pejabat ini juga tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang telah digariskan pihak kerajaan," katanya.
Ditanya mengenai sambutan hari keputeraan baginda, Abdul Halim berkata majlis sambutan akan dipenuhi dengan acara keagamaan seperti solat hajat dan doa selamat, manakala acara pengurniaan darjat dan pingat bergantung kepada keputusan Pemangku Raja.
Susulan kenyataan Wan Hashim itu, dua laporan polis telah dibuat Pejabat Istana Kelantan terhadap Wan Hashim kerana penyamaran dan penggunaan kepala surat Pejabat Sultan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Laporan itu dibuat oleh Abdul Halim dan seorang pegawai Pejabat Sultan Kelantan, Mohamed Safaruddin Ismail di Ibu Pejabata Polis Daerah Kota Baharu hari ini.
Satu lagi laporan dibuat oleh pegawai Pejabat Sultan Kelantan, Tuan Saharizam Tuan Hamzah, terhadap seorang penulis blog yang dikenali sebagai Kickdefella berhubung sesi ramah mesra antara Abdul Halim dengan wakil media di Hotel Sutera Inn yang didakwa telah disalahertikan di laman blog itu dan menganggap laporan laman blog itu cuba mengelirukan rakyat dan mempunyai unsur-unsur fitnah dan tidak berasas. - BERNAMA
TerLeRai KaTa TerUngKap BiCaRa: Cisss....Keturunan Nabi Boleh Pegang Anjing?
Oh! Krai Utara
Dalam siri drama Nur Kasih, bukan main lagi pelakon ini memainkan peranan sebagai isteri solehah (di episod-episod akhir) dengan bertudung litup. Tapi ciss.... itu dalam lakonan saja!
Gambar pelakon drama terkenal, Sharifah Sofia Syed Hussein yang lebih dikenali sebagai Sofia bersama dua ekor anjing di sebuah laman sosial Internet menimbulkan rasa kurang senang peminat-peminatnya. Gambar yang dimuat turun oleh Sofia sendiri dalam laman blog miliknya sejak Mei tahun lalu mendapat pelbagai reaksi negatif daripada peminatnya yang masyarakat Islam.
Artis ini kata itu bukan anjingnya. Dia juga kata akan menyamak badannya selepas bermain dengan anjing. Benarkah begitu, Sofia?
Memang tidak salahnya memegang anjing. Doktor vetirenar yang beragama Islam juga ketika menjalankan tugas dalam keadaan tertentu terpaksa memegang anjing. Tapi itu sudah jadi tugas mereka. Yang si-minah ni suka-suka bermain dengan anjing, siapa suruh?
Syarifah Sofia kata dia akan menyamak selepas memegang anjing. Tapi jika 10 kali memegang anjing, adakah dia akan 10 kali menyamak? Serupa juga tidak salahnya memegang tahi 10 kali sehari dan kemudian membasuh tangan yang terkena tahi. Tapi mengapa menyusahkan diri sendiri untuk suatu kerja bodoh? Ia hanya menunjukkan betapa jahilnya anda tentang Islam agama yang kata Sharifah Sofia agama yang ditaatinya.
Mungkin Syarifah Sofia ingat sebagai artis dia boleh buat apa saja. Mungkin juga Sharifah Sofia ingat sebagai anak seorang Syed yang kononnya keturunan Nabi dia boleh buat apa saja. Dia boleh pegang anjing, dia boleh pegang tahi anjing dan dia juga boleh makan tahi anjing!!
~ pendikar gunung kriang
Tinggal Parti Kerana Hutang RM1.8 Juta
Oh! Krai Utara
SALAH seorang dari tujuh ahli parlimen yang telah mencuri simbol parti kemudian mengistyharkan dirinya sebagai bebas profesioanl khabarnya sedang pening untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM1.8 juta. Hutang berkenaan berhubung dengan perniagaanya yang tidak menjadi di luar negara, Australia.
Ali parlimen berkenaan telah berkongsi dengan seorang kawannya bernama Datuk I. Mulanya perniagaan mereka di Australia itu berjalan dengan lancar. Entah bagaimana separuh jalan - beberapa tahun ke belakangan ini perniagan berkenana merosot dan mengalami kerugian.
Datuk I katanya meminta ahli parlimen berkenaan berusaha untuk membayar hutang kalau tidak mereka akan bankrup dan harta benda yang ada di Australia akan dilelong. Dipercayai ahli parlimen berkenaan memilik sebuah rumah di Australia.
Dipendekan cerita ahli parlimen itu berusaha dengan apa cara untuk dapatkan wang bagi menjelaskan hutang berkenaan. Dia ini sanggup lakukan apa saya usaha asalkan dapat wang sebanyak itu bagi menjelaskan hutang. Tekanan dari Datuk I menyebakan ahli parlimen berkenaan semakin pening kepala dan akhirnya mengambil keputusan yang diluar dugaan walaupun mencemarkan maruahnya sendiri.
Masalah dihadapi ahli parlimen berkenaan telah diguna sepenuhnya oleh UBN untuk memancingnya agar meninggalkan parti yang dianggotai. Khabarnya dia ini juga ditawarkan dengan beberapa jawatan yang dikira dapat menyelesaikan hutang berkenaan.
Sebaik dia mengistyharkan diri sebagai ahli bebas katanya satu jawatan di sebuah syarikat kerajaan (GLC) akan diberikan kepadanya. Bagaimana pun kerana untuk mengelakkan ia terkesan oleh umum jawatan itu ditangguhkan buat seketika.
Selain itu dia juga katanya akan dilantik sebagai Duta seperti mana Jamaluddin Jarjis. Beliau kononya antara dua atau tiga ahli politik akan dinaikkan pangkat sebagai Dua. Perlantikan ini kerana kouta untuk jadi menteri atau pun peluang mendapat projek mega sudah tidak ada lagi apabila kerajaan sendiri tidak mempunyai wang.
Tengoklah nanti apakah ahli parlimen berkenaan berjaya mendapat apa-apa tander bagi menyelesaikan masalahnya itu. Atau pun apakah dia akan dilantik menjadi Duta seperti mana Jamaluddin jarjis. Soalnya sekarang ini tander tidak berapa banyak manakala kontraktor dari kalangan kroni ada yang belum mendapat bahagian. Sangatlah mustahil kalau seorang yang masih panas mualaafnya akan diletak menjadi imam sedangkan masih banyak makmum lain dibelakang.- mso
BILA CAKAP TAK PAKAI OTAK, MELAYU SENDIRI YANG AKAN MALU -TGNA
Oh! Krai Utara
KOTA BHARU, 19 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, masyarakat bukan Islam memerhatikan bagaimana buruknya perangai pemimpin politik Melayu.
Ini kerana pemimpin politik Melayu begitu buruk sekali perangai mereka apabila bertelagah sesama sendiri sehingga sanggup mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya.
Kata beliau, sepatutnya apabila seseorang ahli parti yang tidak suka kepada pemimpinnya, dia menggunakan saluran parti untuk mengemukakan pandangan.
“Ia boleh diselesaikan di peringkat dalaman mengikut prosedur sebagai sebuah pertubuhan sama ada melalui mesyuarat agung atau program lain.
"Namun dengan mendedahkan keburukan bekas pemimpin kepada orang lain di khalayak umum, perbuatan itu jelas tidak berakhlak dan tidak bertamadun," katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, di sini, hari ini.
Baru-baru ini, anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan kepincangan membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen, setelah keluar dari parti terbabit.
Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu juga mendedahkan nama lapan anggota Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti bagi menjayakan rancangan pembangkang mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat sepatutnya mencontohi cara berpolitik pemimpin MCA apabila mereka menggunakan saluran parti bagi melantik atau menjatuhkan seseorang pemimpin.
Menurutnya, anggota parti mempunyai saluran tertentu untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin yang mereka tidak suka.
Najib"GST tu bukan cukai tambahan" : Sekolah kat mana dia ni?
Oh! Krai Utara
Salam sejahtera para pembaca dan blogger yang di hurmati sekalian, saudara ni saya ada menkopi dan menampal laporan yang saya ketemu dalam mstar, saudara baca dan komen sendiri la, dah tak larat dah saya nak pikir benda alah ni.
Bayangkanlah, rupanya ada jugak orang yang mengatakan kambing itu bukan kambing,
kalaupun kambing itu baka jamnapari ke, kambing susu ke, atau anak keturunan anjing dan babi sekalipun orang tetap panggil kambing kan? Dah rupa dia kambing bro. Apa kejadahnya nak cakap macam ni "bukan kambing laaaa" dah tu apa?
Aku rasalakan manusia yang suka kencing dan mengencing ni di jauhkanlah dari jadi orang penting di malaysia ni, buat malu je.merapu sikit hua2
GST Bukan Cukai Tambahan, Kata PM
Bayangkanlah, rupanya ada jugak orang yang mengatakan kambing itu bukan kambing,
kalaupun kambing itu baka jamnapari ke, kambing susu ke, atau anak keturunan anjing dan babi sekalipun orang tetap panggil kambing kan? Dah rupa dia kambing bro. Apa kejadahnya nak cakap macam ni "bukan kambing laaaa" dah tu apa?
Aku rasalakan manusia yang suka kencing dan mengencing ni di jauhkanlah dari jadi orang penting di malaysia ni, buat malu je.merapu sikit hua2
GST Bukan Cukai Tambahan, Kata PM
KUALA LUMPUR: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dicadang dilaksanakan bukan cukai tambahan tetapi bertujuan menggantikan struktur cukai sedia ada, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata tiada tarikh khusus ditetapkan untuk melaksanakan GST selepas bacaan kedua rang undang-undangnya pada sesi Dewan Rakyat kali ini ditangguhkan.
"GST bukan cukai tambahan. Ia bertujuan untuk menggantikan cukai sedia ada dan dibentuk sebagai neutral," katanya.
"Malangnya, terdapat beberapa pihak yang mengganggap sebaliknya dan menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan bilik pameran Audi Kuala Lumpur dan kereta sport Audi R8V10, di sini.
Semasa ditanya sama ada penangguhan bacaan kedua rang undang-undang GST itu sebagai tindakan berpatah balik terhadap dasar kerajaan, Najib berkata: "Ia bukan satu tindakan berpatah balik. Apa yang penting ialah untuk mendapat sokongan daripada rakyat."
Beliau berkata kesan dan hasrat sebenar GST tidak difahami sepenuhnya dan lebih banyak masa diperlukan untuk menjelaskannya kepada rakyat.
Ditanya sama ada GST akan dilaksanakan pada 2011 sebagaimana cadangan asal, beliau berkata tarikh khusus tidak ditetapkan.
"Fasa ini merupakan strategi komunikasi," katanya.
Awal bulan ini, pegawai cukai berkata pelaksanaan GST, berdasarkan kepada anggaran semasa tidak akan membawa kepada kenaikan harga memandangkan ia akan mengimbangi penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain dilaporkan sebagai berkata dengan GST, pengguna akan membayar 4.0 peratus cukai berbanding dengan cukai perkhidmatan semasa sebanyak 5.0 peratus dan cukai jualan 10 peratus. - BERNAMA





