Curi kabel punca masalah talian tetap,1000 penduduk terjejas

Oh! Krai Utara

Share
Curi kabel punca masalah talian tetap



KUALA KRAI -Kejadian curi kabel milik Telekom Malaysia Berhad (TM) yang berleluasa di sepanjang jalan Bukit Sireh-Kuala Nal dekat sini, menyebabkan perkhidmatan talian tetap di beberapa kampung di laluan itu tergendala sejak dua tahun lalu. 

Antara kawasan terjejas teruk akibat masalah itu ialah kampung terakhir di laluan itu, Kuala Nal yang mempunyai kira-kira 1,000 penduduk dan begitu memerlukan perkhidmatan talian tetap terutama bagi kegunaan klinik kesihatan dan sekolah di situ. 

Penyelia Pembangunan Mukim Kuala Nal, Kamaradden Mat Piah berkata, walaupun pengguna telefon rumah dan pelanggan internet turut berdepan kesukaran akibat masalah itu, perkhidmatan talian tetap lebih mustahak bagi kemudahan klinik dan sekolah di kampung berkenaan. 

Justeru katanya, dia berharap projek pemasangan kabel bawah tanah sejauh dua kilometer yang dilaksanakan TM bagi kegunaan Pusat Komuniti Jalur Lebar di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bedal dekat sini, dapat diteruskan sehingga Kuala Nal. 

“Kami berharap sangat TM dapat sambung lagi projek kabel bawah tanah ini sehingga ke Kuala Nal, sekali gus dapat memberi manfaat kepada penduduk Bedal, Bukit Sireh dan beberapa kampung lain yang berdepan masalah sama. 

“Jarak untuk menyambung kebal bawah tanah antara Pusat Komuniti Jalur Lebar sehingga Kampung Kuala Nal hanya kira-kira enam kilometer,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. 

Antara lokasi paling kerap berlaku kes curi kabel di laluan itu ialah berhampiran simpang masuk ke Bukit Sireh dari Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dan kawasan puncak Bukit Genting di Kampung Bedal. 

Sementara itu, Guru Besar SK Kuala Nal, Fauziyah Ismail berkata, masalah tiada talian tetap menyebabkan pihak sekolah terpaksa mengeluarkan belanja lebih RM200 sebulan bil untuk mendapatkan kemudahan internet di sekolah menggunakan perkhidmatan wayarles. 

Menurutnya, sudah dua kali pihaknya memohon kepada agensi berkenaan supaya perkhidmatan talian tetap di sekolah itu dibaik pulih dan akan mengemukakan permohonan ketiga melalui Per-satuan Ibu Bapa dan Guru dalam masa terdekat. 

“Pelajar sekolah ini masih bernasib baik kerana makmal komputer dapat digunakan sebab ada parabola tapi untuk kemudahan internet sekolah, kita terpaksa guna (wayarles) CDMA dan sekolah kena bayar sendiri kos walaupun mahal. 

“Sebab itu, perkhidmatan talian tetap di sini memang penting dan pihak sekolah menyokong permintaan PPM Kuala Nal (Kamaradden) supaya kabel bawah tanah dipasang terus sampai ke kampung ini,” katanya.
Read More - Curi kabel punca masalah talian tetap,1000 penduduk terjejas

Kesiannya: Suami paksa isteri Bersetubuh 17 Kali sehari !!!

Oh! Krai Utara

Share

Kesiannya si isteri kalau dapat suami yang macam ini! Entah nafsu tahap apa tak taulah. Anda bayangkan sehari 17 kali…diulang 17 kali, jadi jangankan manusia gajah pun mintak nyawa kalau macam ini.
Kot pun suami dia ni samakan isterinya dengan yang jual badan tu, depa tu cari makan cara macam tu. Tapi kalau sampai 17 kali sehari, depa pun angkat tangan jugak rasanya. Kalau itulah tanggapan suami  yang gila seks ni, tak belaki pun tak apa…gamaknya. Bab ini kaum Hawa jer yang ada jawapannya.

PERBAUNGAN – Meski masih laporan, pengaduan Rani beru Ginting (20) di Mapolsek Perbaungan kemarin (4/1) cukup mengagetkan. Warga Pasar X, Desa Bingkat, Kec. Pegajahan, Sergai, ini mengaku disiksa suaminya, Sugono alias Gono alias Tarigan (38), sejak dinikahi siri pada 6 tahun lalu, saat Rani berumur 14 tahun.
“Kami menikah tanpa persetujuan orang tua aku,” kata Rani. Menurutnya, sejak kawin, suaminya selalu bertindak kasar asal permintaan ranjangnya tak dipenuhi. “Jika aku tak mau Gono pasti menampar pipi dan menendangku, apalagi kalau dia lagi mabuk,” aku Rani pada polisi penyidik.
Selain acap temperamental, Rani menilai seks suaminya rada edan. Itu karena dalam sehari, Gono minta dilayani di ranjang hingga 17 kali. Itu dimulai sejak perkawinan mereka berumur 2 bulan. Belakangan ini, meski jumlah ‘permintaannya itu’ relatif menurun, minimal Gono harus 5 kali berhubungan intim dalam sehari.
Itu pun dirasa masih menyiksa Rani.
Begitulah. Saking tiada saat tanpa seks, “Untuk makan saja aku tak lagi mengenakan pakaian, gila nggak itu Bang,” kata Rani pada POSMETRO MEDAN di sela pemeriksaan polisi.“Yang lebih gila lagi Gono tak perduli aku sedang datang bulan (haid). Dia tetap saja minta dilayani.”
Rani mengaku terakhir kali dianiaya pada malam tahun baru kemarin. Itulah puncak kesabarannya. Karena tak lagi tahan, tengah malam itu -di sela banyak orang merayakan kedatangan Tahun Baru 2010, Rani lari ke rumah temannya, Nova(21) di Lk. III, Kel. Tualang, Perbaungan.
Tapi kemudian Gono datang menjemput Rani. “Aku tak mau pulang,” jawab Rani. Ini yang membuat Gono kembali emosi. Dia mencekik leher Rani serta menampar wajah isterinya itu hingga mengenai telinga kiri. Akibat tamparan itu, kini telinga Rani selalu sakit asal disentuh. Karena tak mau diajak pulang, Gono pun meninggalkan Rani di rumah Nova. Hingga kemarin, Kapolsek Perbaungan AKP Syahril SH mengaku masih menyelidiki kebenaran pengakuan Rani. Sejumlah saksi masih diperiksa.-sumber
Read More - Kesiannya: Suami paksa isteri Bersetubuh 17 Kali sehari !!!

Kelantan Tubuh Pasukan Pemantau PBT - Datuk Ahmad Yakob.

Oh! Krai Utara

Share

KOTA BHARU: Kelantan telah menubuhkan sebuah pasukan pemantau bagi membantu kerajaan negeri mengatasi masalah yang berlaku di setiap Pihak Berkuasa Tempatan di negeri itu, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Beliau berkata, pasukan itu bukan berperanan untuk menguatkuasakan undang-undang sebaliknya akan membantu PBT yang bermasalah menerusi teguran dan pandangan.
"Apabila ada sahaja aduan, pasukan ini akan mula menyiasat yang kemudiannya akan memberikan cadangan kepada penambahbaikan itu," katanya selepas majlis pelantikan dan mengangkat sumpah penerimaan jawatan ahli-ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) Bandaraya Islam di sini hari ini. - BERNAMA
Read More - Kelantan Tubuh Pasukan Pemantau PBT - Datuk Ahmad Yakob.

Sijil mati dakwa Jacko dibunuh

Oh! Krai Utara

Share

LOS ANGELES - Sijil kematian penyanyi Michael Jackson mencatatkan bahawa punca rasmi kematian Raja Pop itu kerana dibunuh, lapor akhbar News of the World semalam.
Ia mendakwa memperoleh salinan sijil mati penyanyi itu yang tertera perkataan pembetulan pada sebab kematiannya.
Sebelum ini, Timbalan Koroner Los Angeles, Cheryl MacWillie enggan mendedahkan punca kematian Michael dalam sijil asal yang dikeluarkan pada 7 Julai tahun lalu.
Namun, selepas siasatan lanjut dilakukan pemeriksa perubatan, Christopher Rogers menulis perkataan 'pembunuhan' pada sijil mati Michael pada 31 Ogos tahun lalu.
Beliau merumuskan bahawa penyanyi tersebut yang popular dengan gelaran Jacko meninggal dunia akibat keracunan disebabkan ubat bius Propofol yang disuntik oleh seseorang.
"Kebanyakan dokumen mengenai kematian Michael dirahsiakan oleh pihak berkuasa. Kami tidak faham mengapa perkara itu boleh berlaku," kata seorang anggota keluarga Jacko.
Sementara itu, Conrad Murray, 56, iaitu doktor peribadi Jacko telah mengupah seorang peguam terkenal sebagai persediaan jika didakwa berhubung kematian penyanyi itu.
Jacko meninggal dunia setelah jantungnya berhenti berdenyut ketika dia berada di rumah sewanya di sini pada 25 Jun tahun lalu. - Agens
Read More - Sijil mati dakwa Jacko dibunuh

Penebang maut Ditimpa Pokok Balak

Oh! Krai Utara

Share

GUA MUSANG: Seorang penebang balak maut selepas ditimpa dahan kayu patah sebaik balak ditebang tumbang dalam kejadian di hutan dekat Pos Tohoi, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah berkata mangsa, Yot Chai Ngochint, 32, seorang warga Thailand, yang bekerja menebang balak bersama dua lagi rakannya dipercayai gagal menyelamatkan diri apabila dahan pokok kayu yang ditebangnya patah dalam kejadian 5 petang itu.
Katanya, kejadian itu disedari dua rakan senegaranya itu, yang berada tidak jauh dari tempat kejadian lalu bergegas mencari mangsa.
Beliau berkata, mangsa ditemui cedera parah di kepala serta patah paha kiri di bawah dahan kayu yang menghempapnya dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mereka berdua mengusung mayat mangsa ke sebuah kongsi yang memakan tiga jam sebelum ke Pos Tohoi untuk menghubungi pengurus syarikatnya bagi memaklumkan kejadian berkenaan.
"Kita pula menerima aduan berhubung kejadian itu pagi ini. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat," katanya. - BERNAMA
Read More - Penebang maut Ditimpa Pokok Balak

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...