Sijil mati dakwa Jacko dibunuh

Oh! Krai Utara

Share
LOS ANGELES - Sijil kematian penyanyi Michael Jackson mencatatkan bahawa punca rasmi kematian Raja Pop itu kerana dibunuh, lapor akhbar News of the World semalam.
Ia mendakwa memperoleh salinan sijil mati penyanyi itu yang tertera perkataan pembetulan pada sebab kematiannya.
Sebelum ini, Timbalan Koroner Los Angeles, Cheryl MacWillie enggan mendedahkan punca kematian Michael dalam sijil asal yang dikeluarkan pada 7 Julai tahun lalu.
Namun, selepas siasatan lanjut dilakukan pemeriksa perubatan, Christopher Rogers menulis perkataan 'pembunuhan' pada sijil mati Michael pada 31 Ogos tahun lalu.
Beliau merumuskan bahawa penyanyi tersebut yang popular dengan gelaran Jacko meninggal dunia akibat keracunan disebabkan ubat bius Propofol yang disuntik oleh seseorang.
"Kebanyakan dokumen mengenai kematian Michael dirahsiakan oleh pihak berkuasa. Kami tidak faham mengapa perkara itu boleh berlaku," kata seorang anggota keluarga Jacko.
Sementara itu, Conrad Murray, 56, iaitu doktor peribadi Jacko telah mengupah seorang peguam terkenal sebagai persediaan jika didakwa berhubung kematian penyanyi itu.
Jacko meninggal dunia setelah jantungnya berhenti berdenyut ketika dia berada di rumah sewanya di sini pada 25 Jun tahun lalu. - Agens

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...