Penebang maut Ditimpa Pokok Balak
Oh! Krai Utara
GUA MUSANG: Seorang penebang balak maut selepas ditimpa dahan kayu patah sebaik balak ditebang tumbang dalam kejadian di hutan dekat Pos Tohoi, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah berkata mangsa, Yot Chai Ngochint, 32, seorang warga Thailand, yang bekerja menebang balak bersama dua lagi rakannya dipercayai gagal menyelamatkan diri apabila dahan pokok kayu yang ditebangnya patah dalam kejadian 5 petang itu.
Katanya, kejadian itu disedari dua rakan senegaranya itu, yang berada tidak jauh dari tempat kejadian lalu bergegas mencari mangsa.
Beliau berkata, mangsa ditemui cedera parah di kepala serta patah paha kiri di bawah dahan kayu yang menghempapnya dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mereka berdua mengusung mayat mangsa ke sebuah kongsi yang memakan tiga jam sebelum ke Pos Tohoi untuk menghubungi pengurus syarikatnya bagi memaklumkan kejadian berkenaan.
"Kita pula menerima aduan berhubung kejadian itu pagi ini. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat," katanya. - BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan