OH: Gadis Sunti Maut Kerana Seks Bebas

Oh! Krai Utara

Share
REMAJA 12 TAHUN SANGGUP PANJAT BUMBUNG FLAT KEDIAMAN UNTUK BERASMARA DANA DENGAN 3 REMAJA LELAKI. Mereka bukan remaja bodoh tapi bermaklumat sebab dijumpai juga beberapa keping kondom yang tentulah bermaksud 'for safe sex'. Safe from STD, HIV, AIDS. Safe from unwanted pregnancy. Guna kondom untuk 'seks yang selamat'. Selamat dari penyakit yang disebarkan melalui seks rambang, selamat dari HIV dan AIDS. Paling penting selamat dari termengandung. Namun ketentuan Allah mengatasi segala2nya. Remaja perempuan remaja sunti 12 tahun ini tidak selamat apabila jatuh dari balkoni lalu MAUT ketika cuba melarikan diri setelah menyedari aktiviti mereka telah dikesan oleh orang-orang dewasa kediaman tersebut. Astaghfirullah, apa lagi perkataan yang paling sesuai digunakan untuk menerangkan tragisnya peristiwa ini. Apakah cukup kita ni setakat menggeleng2 kepala. Hai bapa2, ibu2, guru2, penjaga kepada remaja. JANGAN PERCAYA remaja kita 100%. Saya sangat cemburu anak2 remaja saya. Semasa mereka menginjak umur remaja yang penuh perasaan ingin tahu, rasa cinta dan nafsu yang membuak2 ditambah dengan pendedahan kepada dunia IT tanpa sempadan,saya sentiasa pantau secara lagsung. Kalau hantar tuisyen, kadang2 datang balik 1/2 jam kemudian untuk pastikan anak ada dalam kelas. Bila ada peluang, buka hanfon untuk semak sms yang dihantar dan diterima, nombor2 panggilan dan sekarang kena cek gambar2 (dulu2 zaman remaja anak2 saya hanfon belum canggih sangat). Remaja saya tidak saya lepaskan hatta ke KLCC yang hanya sejarak 2 stesyen jauhnya dari rumah saya. Kalau nak pergi untuk tujuan apa dan sudah tentu diiringi Mama atau dan Babah.. Mereka kadang2 malu, sebab kawan2 kata macam orang dolu2, kolot. Tidak kira anak lelaki atau perempuan, sama sahaja cara saya mendidik dan membesarkan mereka walaupun sudah tentu ada perbezaan dari sudut biologi dan perbezaan jantina. Sehinggalah mereka berumur 20 tahun keatas, dan setelah kami suami isteri meyakini kebolehan, kematangan dan kedewasaan mereka untuk menjaga diri, barulah mereka diberi lebih kebebasan untuk mengendalikan urusan kehidupan mereka sendiri. Banyak sebenarnya yang kami suami isteri lalui bersama dalam mendidik dan membesarkan anak2. Kami melabur dalam pendidikan mereka sehingga kami tidak pernah hidup mewah walau pun dua2 Doktor Perubatan. Sedaya upaya kami ikut sepenuhnya ajaran Alquran dan AsSunnah sebab kami yakin dan sewajarnya semua ibubapa Islam wajib yakin didik anak cara Islam itulah yang selamat untuk mereka menghadapi dunia dan akhirat. Berbalik kepada cerita sedih tadi, taaziah kepada keluarga remaja perempuan yang terbunuh. Moga Allah ampunkan dosa dia kerana mungkin terlalu muda untuk sempat membezakan buruk baik, ibu bapanya saya percaya sudah cuba mengikut kemampuan mereka. Apa nak dikata, kejahilan merata2... kredit utk sahabat : prebetsapus.blogspot.com
Read More - OH: Gadis Sunti Maut Kerana Seks Bebas

OH Artis: TERKINI! Awek Melayu Seksi, Malay TV Drama And Aurat

Oh! Krai Utara

Share
During the Hari Raya holidays, my family and I were watching this Malay TV drama entitled “Ragam Mertua” over TV Malaysia. Basically it is about two sons who bring back their so-called urban modern wives (awek Melayu) back to their parent’s home in the kampung.
There is this scene where the father-in-law (played by Jalil Hamid) sees one his daughter-in-law wearing a sarung and a sleevess blouse,  brushing her long black 
hair with her hand, without her knowledge. Of course in that scene the gadis Melayu actress purposely brushes her hair in a slow seductive way.
Then the father-in-law walks over to his wife (played by Norlia Ghani) and tells her to advise that daughter-in-law not to be “seksi”.
At that juncture my family members were shocked and appalled…READ MORE
Read More - OH Artis: TERKINI! Awek Melayu Seksi, Malay TV Drama And Aurat

OH Artis: TERKINI! kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya - Suspek Beli Polis Tutup Kes Sebelum ini?

Oh! Krai Utara

Share
Sebanyak sembilan kes jenayah dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain dilaporkan, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata, peguam yang bergelar Datuk itu dikatakan terbabit dengan tujuh kes jenayah komersial membabitkan penipuan dan pecah amanah berjumlah RM7.1 juta di daerah ini.
"Ini termasuk dua laporan polis melibatkan kehilangan dua orang iaitu seorang warga India dan seorang warga tempatan berbangsa Cina.
"Kes ini dibuka semula untuk siasatan. Sedia maklum, kes jenayah komersial bukan cepat untuk diselesaikan maka perlu diteliti banyak dokumen dan menyoal siasat ramai saksi," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Ditanya sama ada terdapat pegawai atau anggota polis 'dibeli' oleh peguam terbabit bagi menutup kes tersebut, Khalid berkata, tiada laporan dibuat mengenainya setakat ini.
"Jika ada, laporkan kepada polis atau datang berjumpa dengan saya sendiri, ceritakan kepada saya apa maksud polis ini dibeli.
"Sudah semestinya perkara ini akan diambil tindakan sekiranya betul. Setakat ini, semuanya sekadar cakap-cakap saja.
"Kita tidak akan melindungi orang-orang kita yang menyeleweng atau mereka yang melindungi orang jahat," tegasnya. Selain itu, laporan lain yang disyaki mempunyai kaitan dengan suspek adalah kehilangan seorang warga India dan seorang warga tempatan berbangsa Cina.
Read More - OH Artis: TERKINI! kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya - Suspek Beli Polis Tutup Kes Sebelum ini?

OH Artis: TERKINI! kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Taktik Licik Hapus Bukti berdasarkan teori ‘No Body, No Murder’

Oh! Krai Utara

Share

Kes Bunuh Sosilawati: Taktik Licik Hapus Bukti
Taktik siasatan polis berdasarkan teori ‘No Body, No Murder’ digunakan suspek utama yang juga seorang peguam berstatus Datuk dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dekat sini, baru-baru ini.
Teori itu dikatakan digunakan suspek ketika dia cuba menghapuskan segala bukti fizikal dengan membakar semua mayat sebelum abunya dibuang ke dalam sungai.
Malah bagi mengelirukan polis, suspek turut membuang abu mayat mangsa, barangan peribadi, senjata digunakan dan bahan yang ada kaitan dengan kes itu ke dalam beberapa sungai yang terletak berhampiran ladang berkenaan. Dengan perancangan rapi dilakukannya, lelaki berkenaan disifatkan sebagai bijak kerana mengetahui cara terbaik menghapuskan barangan kes.
Sebagai peguam, dia sendiri mengetahui ketiadaan bukti fizikal seperti mayat atau senjata pembunuhan akan menyulitkan pihak polis untuk menjalankan pendakwaan di mahkamah andai kata dia tertangkap.
Malah, dia boleh dianggap sebagai ‘Mastermind’ kerana menggunakan pekerjanya sendiri sebagai budak suruhan dengan meminta mereka melakukan pembunuhan terbabit tanpa dia perlu ‘menyentuh’ semua mangsa.
Selain itu, kuasa wang turut digunakan untuk membayar gaji tambahan kepada setiap pekerjanya yang sanggup melakukan pembunuhan kejam terbabit.
Jumlah ganjaran yang diberikan kepada setiap pekerjanya juga dikatakan mencecah ribuan ringgit membuatkan mereka setia dan patuh dengan arahan yang diberikan majikan mereka itu. Setakat ini, polis sudah menemui beberapa tulang dalam kawasan ladang yang dijadikan tempat pembakaran semua mangsa terbabit.
Menurut sumber forensik, biarpun tulang ditemui, namun ia belum menentukan ia milik empat mangsa terbabit kerana mungkin ia adalah tulang haiwan atau tulang orang lain.
"Buat masa ini, kita sudah menghantar semua tulang berkenaan ke makmal untuk dilakukan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan setakat ini kes terbabit agak sukar untuk diklasifikasikan sebagai bunuh.
"Semuanya bergantung kepada hasil laporan ujian DNA yang dilakukan itu," katanya. Sehingga kini, kematian Sosilawati, pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, belum dapat dipastikan kesahihannya kerana memerlukan ujian DNA.
Bagaimanapun, selepas enam hari penahanan lapan suspek, polis menemui pelbagai petunjuk yang mungkin mampu membawa suspek ke muka pengadilan. Biarpun pelbagai barang peribadi milik mangsa sudah ditemui, namun apa yang dinanti kini hasil laporan ujian DNA yang dilakukan bagi menentukan sama ada sepadan dengan mangsa dan kerja terbabit perlu dilakukan dengan teliti berikutan membabitkan mangsa yang ramai.
Selain itu, motif sebenar pembunuhan kejam terbabit turut masih belum diketahui bagaimanapun siasatan awal polis mendapati ia berkaitan dengan wang dalam urus niaga jual beli tanah antara Sosilawati dan peguam berkenaan.
Bagi menutup rahsianya, peguam terbabit dikatakan sanggup membunuh semua mangsa semata-mata tidak mahu perbuatan kejamnya itu terbongkar.
Malah, pembunuhan kejam itu juga dikatakan turut dirancang peguam terbabit berikutan dia terlebih dulu menghubungi pekerjanya kira-kira jam 10 pagi 30 Ogos lalu meminta mereka menyediakan ‘persiapan’ untuk membunuh. -hmetro
Read More - OH Artis: TERKINI! kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Taktik Licik Hapus Bukti berdasarkan teori ‘No Body, No Murder’

OH Artis: TERKINI! kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Perutusan Takziah dari Menteri Besar Kelantan

Oh! Krai Utara

Share
6 Syawal 1431H. Nik Abdul Aziz Nik Mat 1. Saya mengucapkan takizah kepada keluarga Allahyarham Datuk Sosialawati Lawiya, jutawan kosmetik yang telah dibunuh dengan kejam bersama pemandu, pegawai bank dan peguamnya. Dari jauh, saya harapkan supaya keluarga mereka semua dapat bersabar dengan ujian Allah SWT ini ditambah pula ia berlaku pada saat umat Islam sedang bersedia menyambut Hari Raya Idulfitiri. 2. Sesungguhnya, tidak ada sesiapa yang boleh menerima perbuatan seorang manusia boleh membunuh orang lain kerana nyawa seorang manusia itu tidak dimiliki oleh sesiapa pun hatta dirinya sendiri. Justeru, Islam melarang membunuh diri kerana nyawa bukan milik manusia. Perbuatan sekejam ini berpunca daripada tidak wujudnya rasa malu dan aib di hati pembunuh. Sedangkan perasaan malu dan aib inilah yang merupakan jentera keselamatan yang boleh mengawal diri manusia daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan mudharat samada kepada diri atau orang lain. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu tidak malu, buatlah apa yang kamu kehendaki” – hadis riwayat Imam Bukhari. 3. Selain itu, saya menggesa kepada pihak pimpinan negara untuk sentiasa menghebahkan peringatan agar rakyat bertaqwa dan gerun kepada Allah SWT. Perlu diingatkan sentiasa agar rakyat merasa gerun dengan azab kubur dan siksa api neraka. Tanpa peringatan-peringatan seperti ini, tidak ada penghalang yang boleh mendinding manusia dari melakukan jenayah. Hasilnya, kita mendengar kes-kes pembunuhan kejam berlaku sepanjang masa tanpa mengira bangsa dan agama. 4. Sayang sekali apabila tugas memperingatkan manusia agar bertaqwa kepada Allah SWT ini hanya diserahkan kepada imam dan lebai sahaja. Seolah-olah persoalan iman dan taqwa ini hanya boleh disebut di mimbar masjid. Inilah benih yang dituai oleh sekular sekian lama dan kini menampakkan hasilnya. Masyarakat diulit dengan demokrasi yang tidak pernah menyebut persoalan iman di dalam sukatan pengajiannya. Apabila iman tidak diperkenalkan, lahirlah generasi kepimpinan yang langsung tidak pernah tertarik untuk mengajak rakyat untuk beriman. Natijahnya, terbentuklah suasana yang kita saksikan pada hari ini. 5. Jauh berbeza dengan Rasulullah SAW sebagai Perdana Menteri pertama negara Islam Madinah. Baginda mengulang sebut peringatan agar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT di dalam setiap ucapannya kepada rakyat. Iman selaku kembar siam kepada Islam itulah penghalang yang paling teguh daripada melakukan jenayah. Pemimpin negara ini adalah orang Islam, justeru individu yang sangat perlu dicontohi ketika memimpin ialah Rasulullah SAW. 6. Saya yakin, jika inilah yang dititikberatkan oleh kepimpinan negara, insya-allah akan berputik rasa gerun dan takut kepada Allah SWT di hati rakyat. Bukan gerun dan takut kepada undang-undang yang dibuat oleh manusia sahaja. Keberkatan dan pencegahan yang datangnya daripada Allah SWT inilah yang akan menjamin kesejahteraan manusia tidak mengira agama apa yang dianuti. Salam takziah dari saya. NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT 6 Syawwal 1431H / 15 September 2010 Pejabat Menteri Besar Kelantan. 
Read More - OH Artis: TERKINI! kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Perutusan Takziah dari Menteri Besar Kelantan

OH Artis:kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Suspek Bongkar Beberapa Kejadian Culik-Bunuh

Oh! Krai Utara

Share
Suspek kes Sosilawati bongkar lagi kejadian culik-bunuh Gambar: Seorang suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ketika dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil hari ini. Polis turut menyiasat beberapa kes culik dan bunuh berdasarkan keterangan yang diberikan oleh suspek-suspek kes Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain yang didapati dibunuh dan dibakar. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Bakri Zinin berkata, empat suspek pertama yang ditahan Jumaat lalu mendedahkan mereka terlibat dalam kes yang sama tahun lalu.Artikel Penuh
Read More - OH Artis:kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Suspek Bongkar Beberapa Kejadian Culik-Bunuh

Oh Artis:Video Scandal Terbaru Ariel Peterporn Bersama Wanita Arab..!!!

Oh! Krai Utara

Share


Tahukah Anda Bahawa Terdapat Lebih Kurang 23 Wanita Yang Terlibat Di Dalam Pembikinan Filem Lucah Ariel Peterporn ? Selepas Beberapa Nama Artis Wanita Indonesia Seperti Luna Maya, Cut Tari Dan Ramai Lagi Di Kaitkan, Kini Muncul Pula Wanita Yang Di Katakan Berasal Dari Arab @ Iran. Merupakan Teman Baik Ariel Peterporn Sejak Di Bangku Sekolah Dahulu *Nama Sekolah Di Rahsiakan*.. Chomel Juga Orangnya.. Namun, Nama Wanita Yang Bertudung Ini Masih Menjadi Misteri Nusantara... Siapa Agaknya Ye...?? Sambung Baca Di Sini >>
Read More - Oh Artis:Video Scandal Terbaru Ariel Peterporn Bersama Wanita Arab..!!!

Oh! Artis:Urut badan guna payu dara

Oh! Krai Utara

Share



PELACUR yang menggunakan payu dara untuk urutan badan ke badan ditahan di Kepong semalam.




KUALA LUMPUR - Khidmat mengurut badan ke badan nampaknya terus menjadi trend terkini premis urut untuk menarik lebih ramai pelanggan mendapatkan khidmat pelacur warga asing.
Semalam, polis membongkar kegiatan itu di sebuah pusat refleksologi yang beroperasi secara haram di Taman Sungai Besi di sini apabila menahan dua wanita China, dua rakyat Mynmar dan seorang Indonesia berusia di antara 22 dan 37 tahun.
Mereka disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran di samping bergelumang dengan aktiviti mengurut secara batin dan badan ke badan menggunakan payu dara.
Turut ditahan ialah seorang bapa ayam berusia 36 tahun yang bertanggungjawab melacurkan wanita-wanita tersebut.
Modus operandi mereka ialah setiap pelacur akan menggoda pelanggan supaya mengambil pakej urutan batin dan jika bersetuju, mereka akan melakukan aksi yang lebih ghairah iaitu mengurut badan ke badan menggunakan payu dara dengan bayaran serendah RM8
Read More - Oh! Artis:Urut badan guna payu dara

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...