Oh! Artis: David Beckham Saman Pelacur 25 juta

Oh! Krai Utara

Share
Irma Nici

LOS ANGELES - Barisan peguam bintang bola sepak dari England, David Beckham akan menyerahkan saman fitnah sebanyak $25 juta (RM77.30 juta) kepada seorang pelacur kelahiran Bosnia, Irma Nici, lapor akhbar News of the World semalam.

Sebelum ini pelacur itu membuat dakwaan di sebuah mahkamah bahawa dia dan seorang lagi wanita melakukan hubungan seks dengan Beckham.

Dokumen setebal 21 muka surat itu kini telah difailkan di sebuah mahkamah di Los Angeles.

Sebelum ini pendedahan yang dibuat oleh pelacur itu telah menyebabkan Beckham dan isterinya, Victoria berasa amat marah.

Beckham yang merupakan bekas pemain kelab bola sepak manchester United kini bermain dengan kelab bola sepak LA Galaxy.

Irma pernah mendakwa bahawa dia tidur bersama Beckham sebanyak lima kali.

Bagaimanapun, pelacur itu gagal untuk mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan tersebut. - Agensi
Read More - Oh! Artis: David Beckham Saman Pelacur 25 juta

OH Artis: TERKINI! Pelakon Gerak Khas terlepas hukuman!

Oh! Krai Utara

Share
KUALA LUMPUR - Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Abdullah yang memegang watak 'Detektif Lim' mampu menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan hukuman dua bulan penjara dan denda RM2,000 yang dijatuhkan terhadapnya tahun lepas, bagi kesalahan mencuri dua buah buku di Mid Valley Megamall, di sini.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Farid Amirul, 44, berhubung sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Majistret di sini pada 17 Dis lalu.

Dalam penghakimannya, Mohd Sofian berkata, terdapat kelemahan dalam barang kes iaitu dua buah buku yang didakwa telah dicuri oleh tertuduh.

"Tiada bukti menunjukkan kedua-dua buah buku itu dicuri oleh tertuduh kerana tiada penandaan barang kes yang dibuat oleh pegawai penyiasat. Identiti barang kes itu adalah diragui sama ada barang kes (buku) yang dikemukakan di mahkamah adalah barang kes yang ditemui di tempat kejadian," katanya.

Pada 14 Mei tahun lalu, pelakon itu didakwa mencuri sebuah buku bertajuk 'Sistine Secrets' berharga RM89.90 dan 'Decoding The Heavens' berharga RM105 di Kedai Buku MPH Bookstore, Mid Valley Megamall, pada 7.15 malam 27 Mac lepas, dan dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Faizah Mohd Salleh.

Pelakon itu yang diwakili peguam bela Nor Azri Mohd Arif ketika ditemui pemberita melahirkan rasa syukur di atas keputusan itu.

"Saya berasa lega dengan keputusan ini...InsyaAllah selepas ini saya dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Keputusan ini juga adalah hadiah untuk orang tua saya terutama ibu yang tidak sihat. Sepanjang perbicaraan kes ini berlangsung ibu bapa saya tidak berapa tenang tetapi kini semuanya sudah berakhir," katanya.

Farid Amirul berkata, beliau juga bersyukur kerana sepanjang melalui kes ini, pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam sentiasa menyokong beliau dari belakang dengan memberikan peluang untuk beliau bekerja dengan pengarah itu.

"Disebabkan kes ini, saya tidak dapat memegang mana-mana watak terutama watak yang melibatkan badan beruniform seperti yang dilakonkan saya sebelum ini, bagaimanapun Datuk (Yusof) memberi saya peluang bekerja dengannya di belakang tabir," katanya.

Ketika ditanya pemberita mengenai statusnya kini, Farid Amirul sambil berseloroh berkata: "Saya masih bujang, selepas ini bolehlah sesiapa yang hendak berkahwin dengan saya kerana saya bukan penjenayah".-SH
Read More - OH Artis: TERKINI! Pelakon Gerak Khas terlepas hukuman!

OH! Politik: SMS Ugut Bunuh ADUN - Akaun Milik Irwan - Saksi

Oh! Krai Utara

Share
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini diberitahu bahawa akaun aplikasi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang digunakan untuk menghantar mesej berbaur ugutan bunuh kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu diaktifkan sebelum menerima pembayaran langganan.
Pengarah Urusan Syarikat Mobile Biz Network yang memiliki aplikasi perkhidmatan OwnSms-Broadcast, Mohd Latif Kachong berkata, beliau meluluskan pengaktifan akaun untuk pelanggan bernama Irwan selepas diminta berbuat demikian oleh pemilik syarikat itu, Hazwan Abu Hassan.
Menurut Mohd Latif, pengaktifan sesuatu akaun itu sama ada belum atau telah menerima pembayaran langganan bergantung kepada budi bicara beliau.
"Hazwan meminta saya mengaktifkan akaun berkenaan untuk Irwan bagi kegunaan Umno. Selepas mengaktifkan akaun tersebut, saya menyerahkan nama akaun dan kata laluan kepada Hazwan. Saya tidak kenal siapa Irwan," katanya ketika menjawab soalan peguam bela di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid.
Mohd Latif memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, iaitu setiausaha politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh yang dituduh menghantar ugutan jenayah menerusi SMS kepada tiga ADUN BN negeri itu.
Mohd Latif berkata, beliau juga tidak boleh memastikan sama ada sistem dan server aplikasi tersebut atau akaun milik Irwan itu telah digodam.
Katanya, pihaknya juga tidak mengawal dan menyelia server yang menempatkan aplikasi tersebut kerana ia diuruskan oleh syarikat lain.
Dr Ahmad Ramzi didakwa atas empat tuduhan menghantar ugutan jenayah menerusi SMS iaitu bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengancam mendatangkan kematian ke atas ADUN Paka, Mohd Ariffin Abdullah pada pukul 11.21 malam, 13 April tahun lalu di E726 Kampung Kubang Parit.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama ke atas dua lagi ADUN, Abd Halim Jusoh (Permaisuri) dan Datuk Rosol Wahid (Ajil) antara pukul 11.21 hingga 11.25 malam di tempat dan tarikh yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun.
Dr Ahmad Ramzi turut dituduh memfitnah Wan Ahamad Wan Muda, bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang kini memegang jawatan Timbalan Setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan itu menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.
Dr Ahmad Ramzi diwakili tiga peguam bela iaitu Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman manakala pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Yusoff, Ooi Chooi Gaik dan Nur Azimul Azami.
Perbicaraan bersambung semula pada 26 hingga 28 Oktober ini. - BERNAMA
Read More - OH! Politik: SMS Ugut Bunuh ADUN - Akaun Milik Irwan - Saksi

OH! Rogol Anak seperti Perangai Kambing dan Lembu

Oh! Krai Utara

Share
KOTA BHARU – “Perlakuan kamu yang tidak berasa apa-apa apabila melakukan persetubuhan terhadap anak sendiri sama seperti kambing dan lembu,” kata Hakim Zainal L. Salleh ketika menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 35 tahun di Mahkamah Sesyen, petang semalam. 

Tertuduh, Mohd Hanafi Yaakub, yang bekerja sebagai seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun mulai tarikh hukuman dijatuhkan semalam dan 20 sebatan selepas didapati bersalah merogol remaja berusia 15 tahun yang juga anak gadisnya. 

Tertuduh yang berasal dari Kampung Air Merah, Batu Gajah, Tanah Merah didapati melakukan kesalahan itu terhadap mangsa di bilik rumahnya di Tanah Merah itu pada jam 6 petang, 28 Februari dan 6.40 petang, 10 April tahun lalu. 

Hakim Zainal dalam penghakimannya menegaskan perlakuan sumbang mahram yang dilakukan tertuduh sebagai sangat menjijikkan dan satu kesalahan serius yang perlu diambil kira ketika menjatuhkan hukuman supaya memberi kesedaran kepada tertuduh dan masyarakat. 

“Melihat kepada keadaan kamu hari ini, (semalam) kamu tidak menampakkan rasa bersalah malah masih boleh tersenyum serta tidak menyesal terhadap perbuatan kamu. 

“Hukuman yang dikenakan perlu dapat beri pengajaran dan menyampaikan mesej kepada kamu sendiri dan masyarakat supaya mereka tidak terjebak dalam kesalahan sama,” katanya. 

Beliau bersetuju dengan hujan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nooriah Osman bahawa kesalahan tertuduh amat serius pengakuan salah yang dibuat tidak dapat memberi kelebihan kepada tertuduh. 

Nooriah dalam hujahnya berkata, kesalahan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan adalah serius kerana boleh dipenjara antara lapan hingga 30 tahun dan sebatan tidak melebihi 10 rotan. 

Menurutnya, tertuduh didapati bersalah terhadap dua pertuduhan merogol anaknya sendiri yang berusia 15 tahun ketika kejadian. 

“Notis kes sumbang mahram semakin meningkat dan sering dilaporkan media lebih-lebih lagi tertuduh yang sepatutnya memberi perlindungan kepada anaknya sendiri dan bukannya diperlakukan anak itu sewenang-wenangnya,” katanya. 

Mengakhiri hujahnya Nooriah berkata, pihaknya memohon kepada mahkamah supaya hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh, berjalan berasingan untuk mencerminkan bertapa beratnya kesalahan yang dilakukan itu. 

Mohd Hanafi tidak diwakili mana-mana peguam bela - SH
Read More - OH! Rogol Anak seperti Perangai Kambing dan Lembu

OH Artis: TERKINI! kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Peguam Negara Kembalikan Kertas Siasatan Kes Sosilawati

Oh! Krai Utara

Share
Jabatan Peguam Negara, Rabu, memaklumkan bahawa mereka telah mengembalikan laporan kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati dan tiga yang lain kepada pihak polis untuk diperincikan lagi.
Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah yang mengeluarkan satu kenyataan akhbar pada jam 11 pagi tadi menyebut;
"Kertas siasatan berkaitan dengan kes Datuk Sosilawati dan tiga yang lain telahpun dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 September (Selasa) dan Peguam Negara telah mendapati banyak lagi perkara yang perlu dibuat siasatan lanjut."
Sehubungan dengan itu, katanya, Peguam Negara telah memberi beberapa arahan tertentu untuk dijalankan oleh pihak polis dan juga menyiasat kes-kes lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek-suspek berkenaan.
Menurut Tun Abd Majid lagi, kertas siasatan tersebut telahpun dikembalikan kepada pihak polis pada hari yang sama (Selasa).
Read More - OH Artis: TERKINI! kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Peguam Negara Kembalikan Kertas Siasatan Kes Sosilawati

OH Artis: TERKINI! Dipukul Badrul Muhayat : Julia Serik Dengan Lelaki

Oh! Krai Utara

Share
Badrul Muhayat
PETALING JAYA: Isteri pelakon Badrul Muhayat,42, iaitu Julia Daud,29, mengakui fobia untuk berkahwin bukan sahaja dengan artis malah dengan mana-mana lelaki selepas melalui pengalaman buruk dalam rumah tangganya.
Kata Julia, insiden dipukul dan ditendang oleh Badrul Muhayat selama berkahwin membuatkan dia hilang kepercayaan terhadap golongan lelaki.
"Saya jadi takut dengan perkahwinan, bukan sahaja dengan artis malah dengan lelaki biasa sekalipun. Sehinggakan bila tengok adik saya bercinta pun saya sentiasa ingatkan dia banyak kali agar tidak terlalu percaya kepada lelaki.
"Cukuplah pengalaman yang terjadi kepada saya selama ini yang boleh menjadi pengajaran dalam memilih pasangan hidup. Sekarang saya hanya fikir masa depan anak-anak sahaja," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.
Read More - OH Artis: TERKINI! Dipukul Badrul Muhayat : Julia Serik Dengan Lelaki

OH Artis: TERKINI! kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Polis Temui Objek Seperti Gelang Emas Di Kunci Air

Oh! Krai Utara

Share
BANTING: Unit penyelam Pasukan Gerakan Marin hari ini menemui satu objek seakan-akan gelang emas dalam operasi mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di kawasan kunci air Kampung Sungai Lang di sini, Selasa.
Empat anggota penyelam memulakan operasi pada 3.20 petang di kawasan kunci air itu yang terletak berhampiran pasar awam pekan tersebut dan operasi ditamatkan pada 5.05 petang tadi.
Turut berada di kawasan operasi menyelam itu ialah suspek utama kes pembunuhan empat individu itu yang mencuri perhatian umum semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Suspek, yang merupakan seorang peguam berumur 41 tahun, turut disiasat berhubung kes seorang lelaki ahli perniagaan warga India yang dikatakan hilang di Banting sejak awal tahun ini.
Kawasan operasi menyelam itu menjadi tumpuan orang ramai petang tadi dan mereka sanggup menunggu walaupun hujan turun pada masa itu bagi melihat sendiri bagaimana pasukan polis menjalankan tugas mereka.
Sementara itu, pada 3.00 petang tadi kira-kira 15 petugas Jabatan Perkhidmatan Veterina Negeri Selangor tiba di ladang ternakan milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati di Ladang Gadong, Tanjung Sepat.
Mereka tiba dengan tiga kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori satu tan di ladang itu yang dipercayai lokasi di mana Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh dan dibakar.
Kakitangan jabatan itu menghabiskan masa hampir satu jam 45 minit untuk menangkap empat ekor lembu dan lapan ekor kambing termasuk biri-biri yang berada di dalam ladang itu dan memuatkan haiwan tersebut ke dalam lori sebelum beredar daripada lokasi berkenaan.
Bagaimanapun, mereka enggan mengulas lanjut mengenai operasi tersebut ketika diminta oleh pihak media.
Sosilawati, 47, pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.
Sehubungan itu, polis menahan lapan lelaki termasuk peguam terbabit bagi membantu siasatan kes itu. BERNAMA
Read More - OH Artis: TERKINI! kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Polis Temui Objek Seperti Gelang Emas Di Kunci Air

OH Artis: TERKINI! Jutawan Sosilawati Ditipu Pekerja Kesayangannya?

Oh! Krai Utara

Share
20 SEPTEMBER 2010: Murai Batu pasti ramai sehingga kini masih tidak boleh menerima kenyataan bagaimana kejamnya cara kematian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang menjadi mangsa penipuan peguam di Banting bulan lalu. Apatah lagi kini sedikit demi sedikit kegiatan orang yang tidak bertanggungjawab itu mula terbongkar dan didedahkan kepada umum.
Terbaru Murai Batu dapat tahu lagi, selain menjadi mangsa penipuan peguam terbabit, Sosilawati juga khabarnya telah ditipu bulat-bulat oleh seorang lagi bekas pekerjanya yang bersikap tidak amanah apabila menggelapkan wang syarikatnya sejak lima tahun lalu.
Apa yang mengejutkan Murai Batu, wang yang disonglap oleh pekerjanya dari syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd itu bukan setakat ribuan ringgit malah mencecah sehingga jutaan ringgit.
Oleh kerana terlalu mempercayai pekerjanya itu, penipuan licik yang dilakukan pekerjanya hanya diketahui…READ MORE
Read More - OH Artis: TERKINI! Jutawan Sosilawati Ditipu Pekerja Kesayangannya?

OH Artis:kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya - Lawatan Tuk Guru Bawa Mesej Kedamaian Untuk Keluarga

Oh! Krai Utara

Share
GOMBAK, 20 Sept: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa menziarahi sendiri keluarga jutawan kosmetik, Allahyarhamuha Datuk Sosilawati Rawiya yang mati dibunuh kejam bersama tiga rakannya minggu lalu.
Nik Aziz yang diiringi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meluangkan masa-masa kira-kira setengah jam bertemu dengan keluarga allahyarhamuha termasuk bekas suaminya, Buhari Muhammad yang menyambut baik kedatangan mereka.
Mursyidul Am PAS itu turut mengucapkan takziah di atas kematian Sosilawati dan berharap keluarganya bersabar menerima ujian tersebut.
"Saya mewakili rakyat Kelantan mengucapkan takziah kepad keluarga dan mudah-mudahan keluarga arwah bersabar menerima ujian ini.
"Arwah mati teraniaya jadi kita minta dosa-dosanya Allah ampunkan dan pahalanya dilipat gandakan," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah arwah selepas pertemuan tersebut.

Tambahnya juga, setiap manusia yang masih hidup diseru untuk melawat keluarga sesiapa sahaja yang meninggal dunia sebagai tanda prihatin dan mengurangkan kesedihan yang terpaksa ditanggung keluarga.

"Apabila berlaku kematian, kita diminta melawat sebagai tanda takziah.
"Kita melawat ertinya kita bercakap-cakap sesuatu yang boleh menenangkan hati keluarga samaada nak bawa wang atau nak bercakap sahaja, itu menjadi kewajipan orang Islam lebih-lebih lagi bila berlaku kematian tragis seperti ini, lagilah mustahak untuk kita datang melawat," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan bahawa setiap manusia perlu menyiapkan diri untuk menghadapi kematian dengan mengerjakan segala amalan soleh di dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat.

"Kita ini kepunyaan Allah, Allah bagi nyawa dan Allah juga yang ambil nyawa kita. Kewajipan masa hidup ini kita siapkan bekalan untuk masuk kubur, bukan dengan duit, makanan, tapi dengan pahala dan doa kita," ujarnya.

Sementara itu, Buhari yang terharu dengan kunjungan Nik Aziz dan Salahuddin itu merakamkan ucapan terima kasih di atas kunjungan tersebut.-hkrh
Read More - OH Artis:kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya - Lawatan Tuk Guru Bawa Mesej Kedamaian Untuk Keluarga

OH: TERKINI! Maid forced into threesome sex

Oh! Krai Utara

Share
Kuala Lumpur, Sep 19 (ANI): A couple reportedly abused their Indonesian maid and forced her into a threesome sex romp with them.

The maid's four-month ordeal ended when the couple felt their filthy need has been fulfilled and they had had enough of her.

Thereafter, the duo threw her by a roadside at Taman Cenderawasih in Nibong Tebal, where she wandered around aimlessly for 12 hours before a good Samaritan took her to a police station in town the following day.

The medial inspection proved the maid, who looked traumatised and skinny, had burn and scald marks on her back and chest along with tears in her private parts.

The 26-year-old maid from East Java claimed she was raped several times by her employer, a grass-cutting contractor, while his wife would beat her up if she did not give in to her husband's sexual demands.

Police arrested the couple after five days of trying to locate their apartment as the victim was not familiar with the area.

"We had to take many pictures of apartments in Jelutong to show her. Once the apartment was identified, we asked around the neighbourhood before the suspects were nabbed," the Star Online quoted, Gan Kong Meng, George Town OCPD Asst Commissioner, as saying.

ACP Gan also informed that the husband had three previous convictions for drug and criminal offences. (ANI)
Read More - OH: TERKINI! Maid forced into threesome sex

OH Artis: TERKINI! kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Why Weren’t Killer Lawyers Stopped Earlier?

Oh! Krai Utara

Share

The police investigating the murder case of cosmetics millionaire Datuk Sosilawati Lawiya and three others have done a good job. However, there are disturbing questions that need answers. …READ MORE
Read More - OH Artis: TERKINI! kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Why Weren’t Killer Lawyers Stopped Earlier?

OH Artis: TERKINI! Pengasas Kosmetik Aveer Bunuh Diri Kerana Masalah Keluarga

Oh! Krai Utara

Share
BUKIT MERTAJAM: Kematian pengasas Kosmetik Aveer, Sarina Jaafar, yang ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam, tiada kaitan dengan kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh secara kejam bersama tiga individu lain baru-baru ini.
Anak saudara mangsa, Naimah Said, 32, berkata Sarina, 45, dipercayai membunuh diri akibat tekanan perasaan yang dialaminya sejak beberapa bulan lepas dan wanita itu juga pernah cuba membunuh diri dengan menggelar pergelangan tangan.
"Sepanjang pengetahuan saya, beliau tidak ada masalah dalam pernigaaan. Jadi, kematiannya mungkin lebih berpunca daripada masalah keluarga kerana sebelum ini, Mak Anjang (panggilan mesra Naimah kepada Sarina) juga pernah beberapa kali menceritakan masalah keluarganya, dan kami percaya tiada unsur-unsur lain dalam hal ini (kematiannya)," katanya ketika ditemui di kediaman Sarina, Ahad.
Beliau berkata Sarina pernah menyuarakan hasratnya untuk mengunjungi rumah Sosilawati di Kuala Lumpur bersama rakan-rakan seperniagaan lain sebaik mengetahui berita kematian jutawan kosmetik itu melalui media.
"Arwah memberitahu hendak ke sana untuk menyertai kenduri tahlil dan membacakan Yaasin untuk rakan baiknya itu (Sosilawati), dan hanya menunggu panggilan daripada rakan-rakannya.
"Tetapi mereka (rakan-rakan Sarina) tidak menghubunginya, dan arwah tidak sempat menunaikan hasratnya itu," kata beliau yang akrab dengan mangsa.
Naimah berkata Sarina sempat menghubunginya sebelum ditemui mati dan berpesan supaya beliau menjaga anak mangsa serta membantu urusan perkahwinan Mohd Azrul Affendi Jakaria, 24, yang dijadualkan berlangsung Januari depan.
"Mak Anjang pesan suruh jaga anak serta minta uruskan perkahwinan anaknya nanti, sebelum panggilan antara saya dan dia terputus," katanya.
Sementara itu, anak kedua Sarina, Siti Badryah Jakaria, 23, berkata keluarga beliau masih terkejut dan sedih dengan kejadian yang menimpa ibunya itu.
Jurucakap polis ketika dihubungi berkata, laporan bedah siasat menunjukkan tiada sebarang unsur jenayah dalam kes itu, dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sarina yang mengusahakan perniagaan kosmetik sejak lebih lima tahun lepas, ditemui mati tergantung oleh anaknya yang berusia 16 tahun dan ketika kejadian, mangsa dikatakan bersendirian di rumahnya.-BERNAMA
Read More - OH Artis: TERKINI! Pengasas Kosmetik Aveer Bunuh Diri Kerana Masalah Keluarga

OH Artis: TERKINI! kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya - 700 Hadir Tahlil Sosilawati Dan Tiga Lagi

Oh! Krai Utara

Share
KUALA LUMPUR: Kira-kira 700 orang termasuk anggota keluarga terdekat, ahli politik dan kenalan rapat Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga lagi mangsa pembunuhan kejam menghadiri majlis tahlil di kediaman jutawan kosmetik itu di Taman Harmonis, Gombak di sini malam Sabtu.
Majlis tahlil yang dipimpin oleh Imam Surau Al-Khairiah, Gombak, Mohd Noor Syarun itu bermula selepas solat Isyak.
Anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, berkata beliau serta adik beradiknya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu sejak kehilangan ibu mereka.
Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Jailani Ngah yang turut hadir mengingatkan masyarakat agar tidak mengaitkan pembunuhan Sosilawati serta tiga yang lain itu dengan isu politik, perkauman dan agama.
"Keadilan perlu ditegakkan tetapi jangan kaitkan kejadian ini dengan isu politik, agama dan kaum.
"Kita juga berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana bekerja siang dan malam bagi menyelesaikan kes ini," katanya yang menyampaikan pesanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim menyeru semua pihak agar memberi ruang kepada keluarga allahyarham Sosilawati untuk "berehat".
Turut hadir anggota Exco Wanita Umno Datuk Maznah Hamid dan ahli keluarga terdekat tiga mangsa lain pembunuhan itu.
Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32; dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.
Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Banting, Selangor. -BERNAMA
  • E-mail this story
  • Print this story
Read More - OH Artis: TERKINI! kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya - 700 Hadir Tahlil Sosilawati Dan Tiga Lagi

OH Artis: TERKINI! Khidmat seks guna iklan akhbar -Hanya dengan satu panggilan

Oh! Krai Utara

Share
Hanya dengan satu panggilan sahaja, anda boleh membuat tempahan untuk mendapatkan khidmat seks!
Itu antara taktik terbaru yang digunakan oleh segelintir pengusaha rumah urut di sekitar Lembah Klang terutama yang beroperasi secara haram.
Jika sebelum ini lelaki hidung belang yang ingin mendapatkan khidmat seks perlu mengunjungi rumah-rumah pelacuran, kini semakin banyak rumah urut yang turut menawarkan perkhidmatan tersebut.
Apa yang lebih mengejutkan, dengan berselindung di sebalik nama pusat urut, rawatan kecantikan atau penjagaan kesihatan, pengusaha terbabit kini berani mengiklankan premis mereka di dalam media cetak.
Dengan memaparkan jenis perkhidmatan yang disediakan serta nombor telefon untuk dihubungi tanpa meletakkan nama lokasi yang lengkap, pasti ramai yang menyangka iklan itu hanya menawarkan perkhidmatan urutan sahaja. -baca lagu di kosmo
Read More - OH Artis: TERKINI! Khidmat seks guna iklan akhbar -Hanya dengan satu panggilan

OH Artis: TERKINI! kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Pemukul Kriket Mungkin Antara Senjata Digunakan

Oh! Krai Utara

Share
Sebatang pemukul kriket yang ditemui di Sungai Panchau, Banting, dekat sini, mungkin satu daripada senjata yang digunakan dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu yang lain.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, pemukul kriket itu merupakan sebahagian daripada objek yang ditemui di sungai dalam gerakan mencari bukti pembunuhan tersebut.
"Antara objek yang dijumpai dari sungai ialah pemukul kriket yang dipercayai satu daripada senjata pembunuhan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, di sini Jumaat.
Mohd Bakri berkata, polis menjangkakan akan memperoleh laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA)daripada cebisan tulang yang dijumpai dalam sungai dan juga ladang tersebut dalam tempoh empat hari lagi.
Beliau menambah, buat masa ini polis telah menghentikan usaha mengumpul bahan bukti daripada sungai dan juga ladang yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan yang menggemparkan negara itu.
Mohd Bakri juga berkata, polis percaya telah membina kes yang kuat terhadap peguam dua beradik tersebut dan enam lagi yang ditahan dalam siasatan.
"Bagaimanapun, kawasan terbabit masih dikawal kerana kita mungkin akan meneruskan siasatan jika diperlukan," katanya.
Beliau juga mengesahkan bahawa pihaknya kini menyiasat kes pembunuhan lain yang berkaitan dengan peguam tersebut, termasuk seorang wanita yang dibunuh di Banting pada April lalu.
Polis juga telah memperoleh perintah lanjutan reman terhadap lima suspek sehingga 23 September ini.
"Kita juga akan mendapatkan lanjutan reman untuk tiga lagi suspek esok (Sabtu)," katanya.
Semasa ditanya jika siasatan dalaman perlu diadakan berhubung kurangnya tindakan dalam laporan orang hilang sehingga pembunuhan berprofil tinggi Sosilawati, Mohd Bakri berkata: "Biar kami fokus pada pembunuhan ini dahulu."
Beliau menambah, polis juga masih belum menghubungi pihak berkuasa India dan Interpol mengenai kehilangan seorang warga negara berkenaan selepas kali terakhir dilihat berjumpa dengan peguam terbabit.
"Sekiranya dan apabila kami memerlukan bantuan berkaitan kes, kami akan menghubungi mereka," katanya.
Mohd Bakri juga mengingatkan media untuk menghentikan membuat spekulasi dalam kes tersebut dan membiarkan polis menjalankan tugas mereka.
"Tolong beri kami masa dan ruang untuk membuat penyiasatan. Jangan biarkan ia tergelincir dengan maklumat salah," tambah beliau
Read More - OH Artis: TERKINI! kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Pemukul Kriket Mungkin Antara Senjata Digunakan

OH Politik: Hanya Hukum Allah Selesai Masalah Jenayah Kejam! - Mufti Kedah

Oh! Krai Utara

Share
Mufti saran hukum Qisas 


ALOR SETAR - Masyarakat kini harus kembali kepada ajaran al-Quran dengan melaksanakan hukum Qisas atau hukum balas bagi kesalahan jenayah melampau yang disifatkan kejam dan di luar tabii. 

Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, hanya hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada pesalah dan orang sekeliling dapat membendung jenayah kejam daripada terus berleluasa. 

“Hukuman sedia ada tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada masyarakat, tidak hairanlah jenayah makin berleluasa sehingga ada pihak sanggup membunuh warga emas, kanak-kanak mahupun membuang bayi tanpa ada belas kasihan,” katanya. 

Sheikh Muhamad Baderudin berkata, hukuman Qisas seperti yang termaktub dalam kitab suci adalah sesuai untuk semua zaman, malah Allah SWT telah menyebut bahawa hukuman ini dapat memberi kehidupan yang selesa pada masyarakat. 

“Apabila masyarakat melihat kesan daripada hukuman ini, contohnya mencuri hukumannya potong tangan. Mereka akan takut untuk melakukan jenayah itu kerana boleh menyebabkan mereka hilang anggota badan. Oleh itu mereka tidak berani buat begitu pada orang lain kerana hukum balas ini adalah supaya pesalah merasai keperitan mangsa,” katanya. 

Sheikh Muhamad Baderudin mengulas kejadian tragis yang menimpa jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dipukul, dibunuh dan dibakar selain abu mayat kesemua mangsa dibuang ke dalam sungai, baru-baru ini. 

Tragedi yang turut memberi kesan pada masyarakat ialah insiden seorang warga emas wanita, Lian Osman, 74, yang tinggal bersendirian di Yan, mati dibunuh selepas disamun di dalam rumah sendiri pada 15 Ogos lalu. 

Kejadian lain membabitkan seorang wanita berusia 26 tahun, Suhana Mohd Shariff dari Kota Tanah, dekat sini, yang ditikam rakan baiknya sendiri sebanyak tujuh kali di perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur sepanjang 17.8 sentimeter. Kejadian pada 2 Mei itu menggemparkan rakyat Kedah kerana dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan. 

Sheikh Muhamad Baderudin berkata, manusia menjadi semakin kejam apabila kehidupan mereka bertunjangkan duniawi sehingga sanggup berbunuhan demi harta kekayaan. SH

“Banyak faktor yang menyumbang kepada kekejaman, antaranya tekanan hidup, gila harta dan kuasa. Sikap cintakan duniawi punca berlakunya kepincangan dalam masyarakat. Kita sudah hilang nilai-nilai murni dan agama yang sepatutnya dipupuk sejak kecil,” katanya. 

Menurutnya, ajaran Islam tidak hanya mementingkan hukuman setimpal, sebaliknya sebelum pesalah dikenakan hukuman, mereka perlu diberi didikan. 

“Jika didikan tidak beri kesan, barulah dikenakan hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran. Ini termasuk gejala sosial seperti buang anak dan berzina,” katanya. 

Sheikh Muhamad Baderudin turut kesal kerana perbuatan kejam yang banyak dipaparkan di dada akhbar menunjukkan realiti kepincangan masyarakat kini. 

“Orang yang bertamadun tidak akan melakukan kekejaman yang melampau,” katanya.
Read More - OH Politik: Hanya Hukum Allah Selesai Masalah Jenayah Kejam! - Mufti Kedah

OH Artis: TERKINI! kes bunuh Sosilawati Lawiya - Suspek Bukan Ahli Seumur Hidup DAP! Celakanya Si Pengadu Domba

Oh! Krai Utara

Share

DAP hari ini membuat laporan polis ke atas akhbar harian Utusan Malaysia dan bekas pemimpin pemuda PKR kerana cuba mengaitkan pembunuhan jutawan kosmestik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dengan ahli parti itu.

NONEADUN Komtar Ng Wei Aik (kanan) yang memfailkan aduan itu di ibu pejabat polis Jalan Patani berkata dakwaan dan laporan yang dibuat oleh naib ketua pemuda PKR Mohd Zahid Md Arip dan Utusan adalah “tanpa asas dan bertujuan memburuk-burukkan DAP”.

"Suspek itu tidak pernah menjadi ahli DAP, apa lagi menjadi ahli seumur hidup,” kata Ng kepada pemberita. Katanya, sesetengah pihak cuba menjadikan pembunuhan itu sebagai isu perkauman di negara ini.

Ng, yang juga setiausaha pemuda DAP Pulau Pinang mendesak polis menyiasat akhbar itu dan Mohd Zaid yang meninggalkan PKR pada tahun 2006 mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi memfitnah membawa hukuamn maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Utusan Malaysia
 pada 16 September lalu memetik Mohd Zahid yang melabelkan DAP sebagai “hiprokit” kerana lambat membidas pembunuh Sosilawati dan tiga yang lain.

Berikut petikan dua perenggan yang menjadi pertikaian itu:

Sosilawati Lawiya police search afp 2Mohd Zahid mempersoalkan kenapa DAP langsung tidak bersuara bagi mengutuk pembunuhan kejam tersebut, sedangkan sebelum ini parti berkenaan gah mendakwa organisasi mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak semua pihak.

Mohd Zahid juga dilaporkan berkata: "Apakah tindakan membisu ini mempunyai kaitan dengan dakwaan yang mengatakan bahawa suspek utama adalah ahli seumur hidup parti tersebut. Jika benar (dakwaan itu), ternyata DAP sebuah parti hipokrit yang hanya memperjuangkan kepentingan kaum tertentu sahaja."


temerloh hospital 110505 tan seng giawMohd Zahid sekarang ini adalah ahli majlis tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Sementara itu, naib pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw memberitahu Harian Metro semalam bahawa dakwaan suspek pembunuhan itu adalah ahli seumur hidupnya adalah palsu. Tan juga menafikan laporan kononnya suspek itu seringkali membuat sumbangan kewangan kepada parti itu.

"Dakwaan itu bertujuan merosakkan imej parti,” katanya sambil menambah bahawa pemilihan anggota DAP dilakukan dengan tegas dan ia bukan tempat untuk penjenayah.

[Baca berita penuh]
Read More - OH Artis: TERKINI! kes bunuh Sosilawati Lawiya - Suspek Bukan Ahli Seumur Hidup DAP! Celakanya Si Pengadu Domba

OH Artis: TERKINI! kes bunuh Sosilawati Lawiya - MATI dipukul, ditikam, dibakar, disembelih kami tak peduli! Hakikatnya beliau periang, pemurah

Oh! Krai Utara

Share
MATI dipukul, ditikam, dibakar, disembelih. Biarlah apa sahaja perkataan digunakan oleh media massa bagi mensensasikan berita mengenai misteri kematian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiyah yang dikatakan telah dibunuh, namun bagi aktres Lydiawati, dia percaya sahabat baiknya itu masih hidup!
Sementelah, ujian DNA yang dikatakan akan diketahui hasilnya dalam masa terdekat ini belum lagi mengesahkan segala bahan bukti, khususnya sejumlah serpihan tulang yang ditemui di lokasi Sosilawati dikatakan mati dibunuh di Sungai Panchau, Tanjung Sepat, Banting, Selangor itu milik pengasas syarikat kosmetik Nouvelles Visages itu.
Turut dikatakan dibunuh di lokasi sama ialah peguam peribadi Sosilawati, Ahmad Kamil Abdul Karim, pemandunya, Kamarudin Shansudin dan pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad.
“Saya percaya Sosilawati masih hidup dan mungkin sekarang ini dia masih dikurung dan disorok di mana-mana lokasi dan berada dalam keadaan penuh terseksa,” luah Lydiawati dalam suara sebak menerusi talian telefon. Kali terakhir Lydiawati berhubung dengan Sosilawati adalah menerusi telefon dalam minggu kedua Ramadan lalu.
Korang tau lebih lagi tak....bacak kat sini la bro, sini _KOSMO he3 terima kasih kerana membaca blog ini, sudi2 datang lagi ya...bukan apa ko memang best la bro!
Read More - OH Artis: TERKINI! kes bunuh Sosilawati Lawiya - MATI dipukul, ditikam, dibakar, disembelih kami tak peduli! Hakikatnya beliau periang, pemurah

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...