Lintasan Konkrit ganti kayu
Oh! Krai Utara
kuala Krai - MAsalah jambatan kecil yang menjadi laluan pintas penduduk di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Batu Mengkebang dekat sini, tetapi tidak selamat digunakan selepas rosak akibat dirempuh banjir sejak hampir setahun lalu akhirnya selesai.
Melalui peruntukan dibawah kerajaan Negeri, jalan pintas menghubungkan lebih 500 penduduk blok pasir puteh dan mengkebang pusat dalam tanah rancangan tersebut kini digantikan lintasan konkrit dan mula digunakan sejak 2 minggu lalu.
Kontraktor projek itu, Mohd Hashim Jusoh berkata, kerja menggantikan jejantas kayu yang di bina selepas jambatan konkrit asal hanyut dibawa arus banjir dengan lintasan konkrit baru itu dimulakan pada 28 ogos lalu.
" Untuk projek lintasan konkrit baru ini, kita tidak akan pasang 'culvert' seperti jambatan konkrit sebelumnya bagi mengelakkan rempuhan air bah",
" Lintasan tersebut sudah boleh digunakan sejak 15 september lalu termasuklah pada hari raya yang lalu"
Projek tersebut difahamkan bernilai RM10 000 di salurkan melalui exco perumahan, kerja raya, utiliti dan alam sekitar negeri, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman melalui Pejabat Tanah Jajahan Kuala Krai.
0 ulasan:
Catat Ulasan