PANAS! Sabotaj Harimau Malaya! Tan Sri Annuar Musa terkejut mutu padang bola latihan skuad negara macam sawah padi!

Oh! Krai Utara

Share

Komen tan sri annuar musa :Terkejut juga baca dan lihat foto THE STAR mengenai layanan yg di beri pd HM di Bangkok termasuk pdg latihan yg tidak memuaskan dan tanpa fasiliti yg sesuai.Saya hairan mengapa ini boleh terjadi sedangkan KEJOHANAN INI ANJURAN AFF yg beribu pejabat di MALAYSIA DAN DI PIMPIN ORANG MALAYSIA.Kalau AFC begitu teliti soal penganjuran dan fasiliti MALAH DI PERIKSA TERLEBIH DULU OLEH PENGANJUR sebelum diluluskan dan ini termasuk padang latihan..MENGAPA AFF tidak memeriksa terlebih dahulu??...jika benar layanan sebegitu diberi pada pasukan negara ia memang tak patut berlaku TETAPI SAYA KHUATIR IA BERBALIK PADA ASEAN FOOTBALL FEDERATION(AFF) SBG PENGANJUR YG KITA SENDIRI PIMPIN DAN BERPENGKALAN DI NEGARA KITA..apa pun KITA HARUS MEMBUAT ADUAN RESMI..DAN JANGAN IA MENGGANGGU KONSENTRASI PEMAIN KERANA INI MUNKIN PERANG PSIKOLOGI MEREKA..KITA HARUS KUAT BILA BERADA DI BUMI ORANG!!!..TERUS BERJUANGPadang macam sawah padi! Itu nada kecewa disuarakan pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal selepas melihat padang latihan yang digunakan Harimau Malaya di Bangkok, semalam.Penganjur Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) menyediakan padang di Jaran Buraprat untuk skuad kendalian Datuk K Rajagobal menjalani latihan namun ia tidak seperti yang diharapkan.Keadaan permukaan padang yang berlopak, rumput tebal boleh mengundang kecederaan kepada pemain dan lebih mengecewakan, padang awam itu tanpa tempat persalinan dan bilik air.Bagi Subahan, beliau tidak menyangka AFF dan juga Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memberi layanan buruk kepada skuad kebangsaan yang dianggap boleh menjejaskan persiapan menghadapi Thailand pada separuh akhir kedua Piala AFF esok.“Saya amat kecewa dengan padang latihan disediakan. Ketika Thailand datang ke Kuala Lumpur pada aksi pertama separuh akhir, kami beri layanan baik dengan menyediakan anggota polis dan stadium latihan tertutup tapi di sini mereka beri padang sawah kepada kita.“Tindakan mereka langsung tiada semangat kesukanan, ini hanya merugikan masa latihan skuad kebangsaan di sini,” katanya. ~bmPenyokong Thai beratur beli tiket, baki 1,000 lagi tiket, Perlawanan berlansung di Stadium  supachalasai maksimum penuh 25,000 penonton info-Siam Sportpic.twitter.com/58Ge4vLUKedahkini - laporan terus dari DANOK, Thailand....Agak-agak la...kalau nak SPIN isu di Malaysia ....AFF jangan nak main politik.....?

Read More - PANAS! Sabotaj Harimau Malaya! Tan Sri Annuar Musa terkejut mutu padang bola latihan skuad negara macam sawah padi!

Oh! Khairul Fahmi (keeper Malaysia)...Udah Jadi Fenomena facebook dan twiteer! cakde malaysia

Oh! Krai Utara

Share


Sehingga jam 7.12 Fan Khairul Fahmi mencecah 144 721,laju gilerrr.....
Komen peminat dirangkaian sosial Twitter Khairul Fahmi


Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan 'Support Timnas', yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.

Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.

Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 144 000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula.

Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan.

"Terima kasih kerana mengembalikan 'keseksian' dalam bola sepak Malaysia," kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu.

Lima daripada 10 trend teratas Twitter seluruh dunia didominasi perlawanan bola sepak yang berlangsung selama 90 minit pada pertandingan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno.

Sebelum ini, Twitter juga menjadi platform kepada penyokong bola sepak Indonesia yang berang dan mendakwa Malaysia memenangi perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur secara tidak adil, manakala penyokong Malaysia lebih gemar menunjukkan sokongan dan kecintaan mereka menerusi Facebook.

Seorang lagi pemain cemerlang, Mohd Safee Mohd Sali, hampir mendapat hit 17,000 "Like" dalam Facebook dari 15,000 pada separuh masa perlawanan.

Mohd Safee yang menjaring gol pertama pada perlawanan akhir kedua, turut merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah lima gol.

Apa yang paling menarik ialah pemain Manchester United iaitu Rio Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam akaun twitternya, @rioferdy5.

"Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia pada final Piala Suzuki. Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lepas. Memang satu pasukan yang bagus," katanya.

Dilaporkan bahawa penduduk Asia Tenggara merupakan pengguna terbesar Twitter dan Facebook dengan Indonesia mempunyai 15 juta 'tweeters', ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Brazil, manakala rakyat Malaysia mempunyai 'friends' Facebook paling ramai dengan purata 230 setiap pengguna. - BERNAMA
Read More - Oh! Khairul Fahmi (keeper Malaysia)...Udah Jadi Fenomena facebook dan twiteer! cakde malaysia

Oh! VJ Indonesia Bengang dengan Khairul Fahmi (keeper Malaysia)...

Oh! Krai Utara

Share


Mula-mula sekali, Murai Batu nak ucapkan tahniah buat pasukan bola sepak negara, Skuad Harimau Malaya kerana berjaya meraih gelaran juara dalam perlawanan Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno di Indonesia, malam tadi.

Walaupun Malaysia tewas 2-1 kepada Indonesia, namun Murai Batu rasa kesemua kesebelasan anak didik kepada jurulatih K Rajagobal ini telah menunjukkan prestasi permainan yang cukup hebat.
Yelah, bukan senang nak beraksi di hadapan 95,000 penyokong fanatik Indonesia yang sentiasa mengancam, serta melakukan provokasi terhadap pemain kita. Tak cukup dengan pancaran laser, mereka juga tak henti-henti membaling botol ke arah pasukan Malaysia.

Murai Batu percaya jauh di sudut hati pemain kita, memang ada terselit sedikit rasa bimbang dan gerun terhadap keselamatan diri mereka pada malam itu.

Apa tidaknya, saat menjejakkan kaki ke Indonesia, penyokong di sana tak sudah-sudah mengganggu pemain kita. Namun, pasukan Malaysia masih tetap bersemangat untuk bermain serta berjuang habis-habisan untuk menjaga benteng pertahanan negara dalam perlawanan yang boleh disifatkan cukup mendebarkan itu.
Kalau hendak diikutkan, memang sukar bagi Murai Batu terima kekalahan Malaysia, apatah lagi selepas skuad negara lebih dulu mendahului satu mata dalam perlawanan tersebut.

Tapi, bayangkanlah apa yang akan berlaku andaikata perlawanan malam tadi berpihak pada Malaysia. Murai Batu rasa, tentu kebanyakan penyokong Indonesia tak akan berpuas hati.

Silap-silap, mereka akan bertindak lebih agresif lagi. Misalnya, melakukan huru-hara serta merosakkan stadium yang menyaksikan Malaysia mencipta sejarah apabila bergelar juara Piala AFF buat julung kalinya.
Apapun, tahniah buat K Rajagobal kerana telah mengemudi pasukan Malaysia dengan begitu baik sekali. Namun, di antara kesemua kesebelasan pemain Skuad Harimau Malaysia itu, Khairul Fahmi Che Mat turut disebut-sebut sebagai antara hero pada malam itu.

Apa tidaknya, penjaga gol kelahiran Kelantan ini telah membuktikan kehebatannya apabila berulangkali menyelamatkan pintu gawangnya daripada dibolosi pihak lawan. Lebih-lebih lagi, menerusi tendangan penalti Kapten Pasukan Indonesia, Firman Utina.

Persembahan Khairul Fahmi yang cukup hebat serta menghiburkan ini turut menarik perhatian penyokong Indonesia. Malah, dia juga khabarnya dikatakan mempunyai wajah yang mirip dengan salah seorang VJ Indonesia, Daniel Mananta.

Disebabkan itu dua orang rakan Daniel Mananta iaitu Arie Untung dan Fitri Tropica telah mengambil kesempatan untuk bergurau dengannya di dalam akaun twitter mereka.
Kata Fitri kepada Daniel: "Dear kiper Malaysia. Plis ngalah. Atau gw sebarin foto lo yang ini. #eh?! http://plixi.com/p/66391822".

Daniel pulak macam tak suka dirinya dikaitkan dengan Khairul Fahmi. Arie yang pada mulanya mengakui bengang dengan Kahirul Fahmi terus memendamkan perasannya itu kerana mukanya mirip Daniel.
Begitupun Daniel sempat menghantar twit yang ditujukan khusus buat Khairul Fahmi. Katanya, Khairul Fahmi sepatutnya berdepan dengan dirinya terlebih dahulu dalam Piala AFF akan datang.
"Hati hati Kiper Malay, tahun depan saya yang akan maju.... KIPER ALAY! *sorotan mata sipit tajam*," kata Daniel.-www.murai.com.my
Read More - Oh! VJ Indonesia Bengang dengan Khairul Fahmi (keeper Malaysia)...

Oh !:: Harimau Malaya tumpaskan Garuda Indonesia dengan agregat 4-2

Oh! Krai Utara

Share
Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala AFF-Suzuki
2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam ini.

Malaysia tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan timbal balik.

Separuh masa: MALAYSIA 0 INDONESIA 0

Penjaring:
MALAYSIA: Mohd Safee Mohd Sali (min 53)

INDONESIA: Mohammad Nasuha (min 71), gol sendiri (min 87)

PENGADIL: Peter Daniel Green (Australia)

--Bernama



err ada sesapa nak buat kenduri sempena kemenangan ni....cakde malaysia!
Read More - Oh !:: Harimau Malaya tumpaskan Garuda Indonesia dengan agregat 4-2

Oh: AFF Suzuki Cup: Malaysia through to Final

Oh! Krai Utara

Share
HANOI: Malaysia qualified for the final of the Suzuki Cup Asean Football Federation (AFF) tournament after holding Vietnam to a 0-0 draw in the second leg semi-final at the My Dinh Stadium here Saturday night…MALAYSIA BOLEH!
User-agent: *
Allow: /
Read More - Oh: AFF Suzuki Cup: Malaysia through to Final

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...