Oh! VJ Indonesia Bengang dengan Khairul Fahmi (keeper Malaysia)...

Oh! Krai Utara

Share

Mula-mula sekali, Murai Batu nak ucapkan tahniah buat pasukan bola sepak negara, Skuad Harimau Malaya kerana berjaya meraih gelaran juara dalam perlawanan Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno di Indonesia, malam tadi.

Walaupun Malaysia tewas 2-1 kepada Indonesia, namun Murai Batu rasa kesemua kesebelasan anak didik kepada jurulatih K Rajagobal ini telah menunjukkan prestasi permainan yang cukup hebat.
Yelah, bukan senang nak beraksi di hadapan 95,000 penyokong fanatik Indonesia yang sentiasa mengancam, serta melakukan provokasi terhadap pemain kita. Tak cukup dengan pancaran laser, mereka juga tak henti-henti membaling botol ke arah pasukan Malaysia.

Murai Batu percaya jauh di sudut hati pemain kita, memang ada terselit sedikit rasa bimbang dan gerun terhadap keselamatan diri mereka pada malam itu.

Apa tidaknya, saat menjejakkan kaki ke Indonesia, penyokong di sana tak sudah-sudah mengganggu pemain kita. Namun, pasukan Malaysia masih tetap bersemangat untuk bermain serta berjuang habis-habisan untuk menjaga benteng pertahanan negara dalam perlawanan yang boleh disifatkan cukup mendebarkan itu.
Kalau hendak diikutkan, memang sukar bagi Murai Batu terima kekalahan Malaysia, apatah lagi selepas skuad negara lebih dulu mendahului satu mata dalam perlawanan tersebut.

Tapi, bayangkanlah apa yang akan berlaku andaikata perlawanan malam tadi berpihak pada Malaysia. Murai Batu rasa, tentu kebanyakan penyokong Indonesia tak akan berpuas hati.

Silap-silap, mereka akan bertindak lebih agresif lagi. Misalnya, melakukan huru-hara serta merosakkan stadium yang menyaksikan Malaysia mencipta sejarah apabila bergelar juara Piala AFF buat julung kalinya.
Apapun, tahniah buat K Rajagobal kerana telah mengemudi pasukan Malaysia dengan begitu baik sekali. Namun, di antara kesemua kesebelasan pemain Skuad Harimau Malaysia itu, Khairul Fahmi Che Mat turut disebut-sebut sebagai antara hero pada malam itu.

Apa tidaknya, penjaga gol kelahiran Kelantan ini telah membuktikan kehebatannya apabila berulangkali menyelamatkan pintu gawangnya daripada dibolosi pihak lawan. Lebih-lebih lagi, menerusi tendangan penalti Kapten Pasukan Indonesia, Firman Utina.

Persembahan Khairul Fahmi yang cukup hebat serta menghiburkan ini turut menarik perhatian penyokong Indonesia. Malah, dia juga khabarnya dikatakan mempunyai wajah yang mirip dengan salah seorang VJ Indonesia, Daniel Mananta.

Disebabkan itu dua orang rakan Daniel Mananta iaitu Arie Untung dan Fitri Tropica telah mengambil kesempatan untuk bergurau dengannya di dalam akaun twitter mereka.
Kata Fitri kepada Daniel: "Dear kiper Malaysia. Plis ngalah. Atau gw sebarin foto lo yang ini. #eh?! http://plixi.com/p/66391822".

Daniel pulak macam tak suka dirinya dikaitkan dengan Khairul Fahmi. Arie yang pada mulanya mengakui bengang dengan Kahirul Fahmi terus memendamkan perasannya itu kerana mukanya mirip Daniel.
Begitupun Daniel sempat menghantar twit yang ditujukan khusus buat Khairul Fahmi. Katanya, Khairul Fahmi sepatutnya berdepan dengan dirinya terlebih dahulu dalam Piala AFF akan datang.
"Hati hati Kiper Malay, tahun depan saya yang akan maju.... KIPER ALAY! *sorotan mata sipit tajam*," kata Daniel.-www.murai.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...